Assalamualaikum…
Ok, kita sambung cerita lagi.
@telefon@
Dua bulan. Lama tu. Kesian encik suamiku.
Setiap malam tak video call, call biasa pun jadilah, melayan rindu. Mula-mula
kami bervideo call, nak tergelak pun ya, first time tu. Rasa ganjil sangat. Yalah
dulu zaman kenal sebelum kahwin, tak adanya video call whatsapp fb bagai. Just
call dan mesej saja. Bertunang pun tidak, terus kahwin. Dah kahwin
bertahun-tahun, tetiba berjauhan sekejap (what? sekejap kau cakap? 2 bulan tu,
huhuhu…). Sebab saya tidur awal sebelum 9 pm sudah Zzzz dan mimpi, if my
husband call me selepas jam 9 pm memang tak berjawablah panggilan tu. Waktu
siang saya sibuk ke sana sini mengurus rumah, dah malam baru terasa penat
badan. Ada sekali tu saya sambut call sambil mamai, esok pagi saya tengok
history dalam phone… eh adalah, biar betul, aku cakap apa malam tadi?
Hahaha…siangnya suami call dan gelakkan saya. Tahun-tahun sebelumnya paling
lama kami berjauhan 3 bulan, sewaktu arwah bapa saya sakit dan selepas dia
meninggal dunia.
@kucing@
Kucing di kampung ada 5 – Mulia, Chi, Milan,Koi,
Wisel. Kucing kampung – lasak, agresif, apa yang kami makan, kucing berlima ni
pun bedal, semua masuk – nasi mee rambutan durian sayur. Beres, licin pinggan.
Tolak batu dan kayu. Ikan dan daging tak payah tanya yang tu sah-sah makanan
ruji encik dan cik kucing. Mereka berlima menjadi escort saya pada awal-awal
minggu saya di kampung. Sampai tahap kita ke tandas siap tunggu kat luar tu,
kita masuk bilik tidur kucing-kucing ni dah ready berkampung depan pintu. Siap
cakar-cakar pintu bilik lagi. Pintu buka sikit jer… cepat-cepat masuk bilik
lompat atas katil kita, dok gesel sana sini aduhai… geli tau!
Saya suka kucing, setakat suka tengok dan
bagi makan tapi saya takut pegang kucing. Awak makan 10 kali sehari pun, kucing
berlima pun join makan sekali. Cucu-cucu emak siap dodoinyanyikan lagu-lagu
untuk kucing-kucing ni, letak dalam buaian sampai tertidur kucing berlima tu.
Malam…kadang saya terlupa tutup pintu bilik, tengah nyenyak tidur tu…c Mulia
masuk bilik baring tidur tepi kita, sekali lagi sambil menggesel-geselkan badan
dia tu minta dimanjakan, aduduh…kenapakah begitu kucing, saya pakai baju
Catwomankah?
@menulis@
Asal entry ini panjang, seakan tiada
titik noktah. Infiniti. Sejak dari kampung lagi saya dah mula menulis cerita
balik kampung tapi alahai… ilham saya umpama
empangan pecah, saya tenggelam timbul hanyut
dibawa arus air, agak sukar mengempang ilham yang muncul, apabila mula
menulis susah hendak berhenti. (flight of ideas). Akhirnya saya biarkan begitu
saja, sekarang berada di Klang saya pick up poin utama dan terjadilah tulisan
ini. Hanya cerita-cerita kecil tentang diri saya, bukan orang penting/terkenal
dalam masyarakat umum pun, tapi saya menulisrekod cerita di blog ini melayan
tangan gatal sangat! Gatal menulis gitu.
Jenis tangan gatal yang perlu diubat
dengan cara menulis, melayan perasan, tak perlu ubat klinik. Tulislah apapun, yang
penting tak gaduh dengan orang lain. Di blog ini, kamu jangan cari kesalahan
tatabahasa atau ketat longgar tercabut skru paku bagai struktur ayat-ayat yang
saya gunakan. Sebab saya sendiri yang tulis, edit, siar, memang kamu akan jumpa ada terlalu banyak
kesalahan ayat di sana sini. Blog ini tempat saya bersantai, melayan perasaan,
mengasah parang tulisan atau menggilap peluru abc, yang kalau saya bercerita
secara live kamu akan boring, mengantuk, menyampah mendengarnya.
@provokasi, ujian@
Begitulah adat, ada yang suka ada juga
yang benci kita. Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Saya bukan jenis
peramah, rajin sembang gebang berjam-jam, anti social pun tidak, saya hanya
melayan benda-benda perlu. Orang tanya kita jawab, seadanya. Orang senyum kita
pun senyum. Selalunya saya lebih banyak mendengar berbanding bercakap. Pendengar
yang baik hihiii…(yalah tu, banyak cantik kau punya ayat). Apa-apa pun yang
kita dengar atau baca…tidak semestinya kita setuju. Tapi saya diam sajalah,
takkanlah saya nak cakap “aku tak setujulah apa kau cakap tu”. Silapnya kita
selalu tersalah sangka apabila orang lain mendengar melayan cerita kita, kita
menyangka mereka juga bersetuju dengan pendapat kita. Walhal kita mendengar
dengan baik sambil sesekali menyelit bercakap sekadar mengikut rentak bicara.
Cara pandang, tinggi rendah suara,
plastic badan tau dah dia nak provoke/uji saya aduiii…saya ni bukan siapa-siapa
pun. Orang biasa, rakyat marhaein sama macam awak, taraf ikan bilis jer pun.
Nak uji provok saya, huhuhu…layankan saja dan kita pun hidang ayat-ayat
selamat, tak mau panjang-panjang cerita, debat gaduh itu ini.
@emak@
Emak sedang memasuki zon sensitif(emosi)
pada usia emasnya sekarang – 55 tahun. Family kita umpama satu set pensel
warna, pensel yang sama namun beza pada gelap terang warna pengalaman
masing-masing. Emosi rapuh, cepat terasa dalam kebanyakan situasi. Ada ketika
saya tak layan sangat bebelan emak, malas ‘memeriahkan’ suasana sebenarnya, dah
dia emak, yang kau dok balah gaduh tak sudah tu memang tak akan pernah ada
akhirnya. Lagi-lagi kalau emak kau jenis degil, bossy.
Sudahnya agak-agak nak marah tu rileks
dulu…ingat waktu kita kecik-kecik dulu zaman kanak-kanak, betapa karenah kita
dari umur sehari sampai tahap umur kita bujang trangtrangtrang berkahwin dan
sehingga hari ini dia tetap layan kita dengan penuh kasih sayang – marah bebel
sayang menangis merajuk semua ada. Pada fasa umur usia emas emak, kita tak tahu
siapa yang akan pergi dulu dan berapa
lama masa yang kita ada untuk meluangkan masa bersama. Memanglah duduk jauh
kita ada teknologi terkini – fb, call, mesej, whatsapp tapi tetap tak sama
dengan ‘face to face’. Saya yang sudah bergelar perantau mula umur 20 sehinggalah
sekarang menghampiri 4 series ini jika dikumpul-kumpul waktu bersama emak
secara ‘face to face’ berapalah sangat masa yang ada, dalam setahun paling
kurang sekali saya dapat pulang ke kampung halaman, ada nasib baik dan rezeki
lebih, dapatlah beberapa kali pulang menjenguk orang tua dan adik-beradik. Selebihnya
duduk sini – Semenanjung Malaysia. Dalam kebanyakan waktu, hati mesti sado beb!
Huhuhu…
Sewaktu dihulurkan borong permohonan
rumah untuk anak-anak peneroka bulan November 2015 yang lalu… apalagi saya
terus rembat borang dan isi, Alhamdulillah berhasil pada tahun ini, dapat rumah
yang duduknya dekat sangat dengan kampung halaman. Cuma proses berhijrah semula
ke kampung halaman itu saya tidak tahu/tidak pasti berapa lama. Sedang diusahakan.
InsyaAllah.
Ok, cerita ditangguh lagi, akan
disambung di lain hari, tata…
love,
monalizahrais
Bt3 Jalan Kapar, Klang
22 November 2016
Selasa
No comments:
Post a Comment