Assalamualaikum…
Bersiaran di bulan Januari 2019, siaran pertama di tahun ini,
Alhamdulillah kita masih diberi peluang menulis di blog ini walaupun ada
ketikanya agak lama juga rumah blog terbiar sunyi sepi. Hari demi hari berlalu,
saya percaya ramai di antara kita yang sangat selesa update apa saja cerita
kehidupan di laman sosial berbanding blog. Setakat ini saya masih setia menulis
di blog sendiri dan dalam masa yang sama saya aktif melayan aplikasi Facebook
(FB) dan Instagram (IG).
Seperti biasa sebelum melanjutkan tulisan seterusnya, tak sah
kalau tak cakap tentang cuaca. Ok, cuaca di luar rumah agak mendung tapi terasa
panas berbahang dan cuaca di dalam hati cerah ceria sambil ditiup angin
sepoi-sepoi bahasa.
Di FB ada cabaran #10yearschallenge. Saya sendiri seronok
melihat gambar-gambar lama dibandingkan dengan gambar terkini. Dan saya sendiri
turut serta cabaran ini. Beberapa hari sebelum ternampak hashtag 10 years
challenge, kebetulan saya terjumpa gambar lama kami sekeluarga dan tahun lepas
kebetulan juga kami semua adik beradik ipar sekali pakej anak-anak dapat
berkumpul masa raya pertama. Apalagi, tangkap gambarlah kami.
10 tahun ~ dalam cerita ini saya ambik timeline bermula 2008 –
2018. 10 tahun usia perkahwinan saya. Dan cerita yang lainnya. Senang cerita,
biarlah gambar bercerita.
Oktober 2008
Gambar ini diambil setelah selesai majlis perkahwinan saya. Semua
adik beradik lengkap, ada di rumah. So kita ambil kesempatan bergambar
ramai-ramai. Cerita di sebalik gambar ini, pelamin emak jahit sendiri, design
sendiri sebaik saja saya telefon dari KL memaklumkan raya kali ini (2008) saya
nak tunang dan kahwin sekali jalan. Sampai di kampung halaman, emak sudah beli
kain dan siap jahit, tinggal saja digayakan di pelamin. Tapak pelamin arwah
bapa yang buat, benda senang nak buat sebab dia kerjanya tukang kayu. Kerusi
kahwin kami sewa RM50 dari jiran sebelah rumah. Pelamin, sebulan lamanya di
rumah dibiarkan begitu saja bermula dari tarikh nikah kami sampailah kami sudah
pulang semula di KL… baru emak buka dan simpan dalam almari. Tapi kerusi antik
tu selesai saja kami bergambar… kami pulangkan semula ke rumah jiran. Masa ini
arwah bapa belum sakit lagi, masih sihat walafiat. Setakat sakit demam adatlah
sakit gitu.
Kemudian masa berlalu bergerak ke hadapan…
2010 selepas majlis kawin adik perempuan saya selesai, beberapa
minggu kemudian arwah bapa mula sakit, keluar masuk hospital dan disahkan
menghidap kanser paru-paru/lung canser tahap 4. Diringkaskan cerita, pada tarih
10/10/2011 akhirnya arwah bapa kami kembali ke rahmatullah. Iaitu +- 2 minggu
setelah majlis kahwin adik lelaki saya. Raya 2011 itu juga kami semua adik
beradik dapat berkumpul dan itulah hari raya terakhir kami semua bersama arwah
bapa.
10 tahun kemudian iaitu 2018
Pinjam gambar anak buah nak bagitau 10 tahun kemudian, sebab cara anak buah bergambar dengan tunjuk jari telunjuk sebelah kanan mewakili nombor 1 digabungkan dengan bola corak tembikai sebelah kiri mewakili nombor 0. Jadilah angka 10 secara simboliknya ya! Kau jangan fikir lain pula, πππππ
RAYA 2018
Saya tak nak cerita panjang-panjang sebab dah tulis kat atas tu biarlah gambar yang bercerita. Yang utama untuk masa hadapan tak kira 10 tahun atau 20 tahun seterusnya semoga kami sekeluarga terus sihat walafiat, berbahagia, murah rezeki panjang umur diberkati Allah S.W. T. termasuklah anda yang membaca cerita ini, aamiin...
Tata..stop kat sini dulu, lain cerita kita jumpa lagi πππππ
love,
monalizahrais
Klang,Selangor
20 Januari 2019
Ahad
No comments:
Post a Comment