Assalamualaikum…
Hari ini cuaca cerah bermula pagi sehingga sekarang saat saya
menulis cerita ini. Dan cuaca di dalam hati pun cerah ceria. Kelmarin saya
basuh toto, jemur, tinggal hujung toto ada sedikit basah, lembap. Sambung
semalam jemur lagi dan masih basah sedikit di hujungnya. Pagi ini saya jemur
lagi, hujung toto yang basah tu dah kering cuma saya sengajakan untuk jemur
lagi bagi kering kaw-kaw. Kemudian basuh selimut dan jemur bantal bagi hilang
bau bantal tu. (berapa banyak jemur daaa)
Oklah kita tinggalkan cerita toto, bantal dan selimut. Bahai?
Bahai membawa maksud beg plastik. Di Sabah di kebanyakan tempat beg plastik
kita sebut bahai. Kenapa kita bercerita tentang bahai?
Tadi di Facebook (FB) melintas satu cerita yang membuatkan saya
tersenyum sendirian. Ah kita memang selalu tersenyum setiap kali melihat FB
bukan? Ada seseorang bercerita dia didatangi kumpulan gores dan menang. Bersungguh
menyuruh dia join gores dan menang. Encik D (bukan nama sebenar) bertanya
adakah pasti dia akan menang kalau dia join peraduan ini. Dibalas jawapan
memang akan menang. Bahagian melucukan bagi saya ketika membaca ceritanya itu
ialah – akhirnya Encik D menyuruh kumpulan itu gores sendiri dan menang
sendiri, kemudian berlalu pergi.
Spontan ingatan saya kembali ke zaman kanak-kanak. Saya selalu ikut arwah bapa saya ke banyak tempat sama ada laut, pasar, ladang kelapa
sawit, mencari kayu dan papan untuk membuat rumah atau ketika arwah bapa
bertukang menyiapkan rumah penduduk kampung.
Bahai – di pasar besar di Sandakan ketika itu pada tahun 80-an,
saya dan arwah bapa sedang membeli keperluan dapur ikan dan sayur. Ada banyak kanak-kanak
usia sebaya saya menjadi penjual bahai. Kanak-kanak ini memang kerjanya menjual
bahai pelbagai saiz. Kita kalau dah beli macam-macam barang dan menjinjit
banyak bahai di tangan, kanak-kanak ini akan mengekor kita sambil offer bahai
yang dijual. RM 0.50 saiz besar dan RM 0.20 saiz sederhana.
Oleh kerana rimas dengan karenah kanak-kanak penjual bahai ini
yang kadang-kadang semacam memaksa pun ya, akhirnya arwah bapa tanya balik
budak-budak tu… “Ini di tangan aku ni bukan bahaikah? Sama-sama juga kita ada
bahai kan? Sudah ku cakap aku nda (tidak) mau bahai, kau paksa juga beli?”. Budak-budak
tu sekadar tersengih-sengih garu kepala, kemudian berlalu pergi. Sebenarnya selalu
juga arwah bapa saya membeli bahai saiz besar mereka. Semua barang dapat
dikumpul dalam satu bahai besar. Sekarang kanak-kanak penjual bahai sudah tiada
di Pasar Umum Sandakan, tapi sudah upgrade bawa kereta sorong. Menurut adik
saya, bergantung kepada berapa banyak barang dan jauh dekat barang kita yang
perlu dihantar ke kereta. Kalau tak silap saya lebih kurang RM5 ke RM10.
Sesuatu yang menyentuh hati saya pada satu hari tiba-tiba
melintas di dinding fb… melalui page komuniti Sandakankini, ada ahli yang
upload kisah kanak-kanak penjual bahai. Di ruangan komen ada banyak confession
yang mengatakan zaman kanak-kanak mereka sangat susah, mereka mencari duit
poket dengan cara menjual bahai. Selesai menjual bahai dan hasil jualan itu
cukup untuk sarapan… mereka akan naik ke tingkat atas pasar makan mee goreng,
nasi kuning. Ketika itu, seringgit dua sahaja kita sudah dapat menikmati mee
goreng dan telur mata. Agak hebat sebenarnya matematik kanak-kanak penjual
bahai ini. Kenapa saya kata begitu? Apalah sangat RM 0.20 kan? Cuba kita kira…RM
0.20 x 100 pcs = RM 20. Itu saiz sederhana. Saiz besar RM 0.50 x 100 pcs = RM
50. RM 50 pada tahun 80- an…kita sama-sama tahu nilai duit sebanyak itu agak
besar nilainya bagi seorang kanak-kanak yang membesar dalam suasana miskin.
Bahai berwarna hitam digunakan untuk stok barang basah di Pasar
Besar Sandakan (zon cerita masih pada 80-an ya). Driver bas dan konduktor sudah
sedia maklum tentang ini. Dalam bas sudah disediakan gelen yang dibelah dua… khusus
untuk menyimpan barang basah seperti ikan, udang, ketam, ayam. Gelen ini
disimpan di bawah tempat duduk penumpang atau di belakang pemandu bas. Yang lucunya
sebab semua bahai penumpang bas berwarna hitam… ada masanya tertukar bahai. Terambil
bahai orang lain. Korang pandai-pandailah ingat bahai sendiri.
Lagi satu ingatan tentang bahai, fikiran emak saya tersangatlah
unik. Dia akan cuci bahai itu, bagi sabun dan bilas kemudian dijemur. Alaaa..macam
jemur kain tu. Dah kering, simpan. Tapi khas untuk bahai yang diguna isi ikan
tadi. Saya tanya emak kenapa emak suka cuci bahai? Emak jawab… bahai tu
bukannya rosak, boleh pakai lagi, cuma perlu dicuci saja, hilangkan bau hanyir
ikan… sekali lagi, unik kan emak saya?
Next, kembali ke zaman sekarang. Sudah beberapa tahun berlalu, bahai/plastik
beg dikenakan caj RM 0.20/pc. Mula-mula diperkenalkan… banyak pro dan kontra
nya. Kami suami isteri beli plastik beg hanya untuk mengisi sampah harian sejak
bermulanya caj beg plastik. Sebelum ini kami pakai semula beg plastik yang percuma
tu. Saya akui, kadang-kadang saya terbasuh juga bahai-bahai ikan yang kami beli
di Pasar Besar Meru, Klang, hahaha…terbawa-bawa perangai emak.
Stok bahai sentiasa ada di rumah. Memang kita simpan dan guna
semula, banyak kegunaannya. Tentang ini semua orang pun tahu kan?
Kita kembangkan lagi cerita bahai, semasa saya menjadi pelajar teater zaman muda-muda dulu umur 20-an... ada satu istilah, 'plastik diri' yang membawa maksud bahasa badan/body language.
Lagi satu nak beritahu kepada pembaca... kami belajar layang-layang guna plastik yang digunting, rangka badan layang-layang pakai lidi kelapa. Ketika kali pertama melihat layang-layang kertas... saya agak hairan, jakun pun ya...ππππ
My husband sebut bakul. Bakul yang saya tahu semacam raga plastik atau raga rotan. Lain tempat lain sebutannya.
‘Gores dan menang’ di fb. Maksud saya membuat hantaran status di
fb bernada sentap dan ‘menggores’ perasaan orang lain. Yang ‘tukang gores’
perasaan itu merasakan dirinya telah menang dan yang ‘digores’ dan ‘tergores’
perasaannya dianggap kalah. ‘Menggores’ perasaan orang lain dan merasakan
dirinya telah menang sebenarnya dialah orang yang paling kalah. Kalah yang
dikalahkan..hihihi…kita jenis yang macam mana?
Semoga hari-hari kita selalu ceria dan berbahagia, tata titi tutu...kita jumpa lagi di lain cerita ππππ
love,
monalizahrais
Klang, Selangor
31 Januari 2019
Khamis
No comments:
Post a Comment