Assalamualaikum…
Kembali bersiaran di blog ini. Semua sedia maklum, sekarang di
bulan terakhir tahun 2018, musim cuti sekolah dan musim hujan. Setiap tahun pun
begitu bukan. Sewaktu saya menaip tulisan ini, cuaca di luar rumah mendung dan
kemungkinan besar akan hujan sekejap lagi. Cuaca di dalam hati berselang seli
mendung ya, cerah pun ya.
Sebenarnya, perasaan bercampur-campur hendak marah pun ya,
hendak gelak pun ya, tetapi lebih menghala ke arah rasa lucu dan nak gelak.
Tajuk petang ini – ‘BAWANG’ masuk dalam mimpi. ‘BAWANG’ di sini merujuk kepada tukang gossip, orang yang suka
mengumpat orang lain, sesedap garam aji mengikut seleranya.
Ceritanya begini, sepupu saya anak kepada adik arwah bapa saya
mesej nak datang KL sekali dengan isterinya. Katanya datang hendak
berjalan-jalan, release tension kerja, sambil shopping tentunya. Bermula
27/11/2018 sampai ke tarikh 2/12/2018, kami manfaatkan sepenuhnya masa yang ada
untuk berjalan-jalan santai sambil bergambar di KL Tower, KLCC, sekitar Jalan
TAR sehingga SOGO, I City, Putrajaya serta shopping ole-ole untuk keluarga di
kampung dan diri sendiri di GM Klang dan Kenanga (KWC). Perjalanan sepenuhnya
menggunakan public transport. Awal-awal lagi saya sudah maklumkan sepupu tentang
ini.
Setiap perjalanan saya check in di fb, dan sudah tentu gambar
juga dimuat naik di fb. Selain yang dikongsi di group whatsapp family. Dah jadi
kebiasaan setiap kali family berkunjung di tempat kami di Klang ini, mana-mana
tempat sekitar KL/Selangor yang kami pergi saya akan ‘hebahkan’ di fb. Perkongsian
kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan fb. Sama seperti yang orang lain
buat.
Dalam pada saya check in dan muat naik gambar di fb, saya ada
terbaca beberapa status reversed berkaitan orang lain jangan cemburu, dengki
dengan percutian orang lain. Sebelum itu, di fb saya ada melihat ribut minda
tentang isu ibu bapa menayang result peperiksaan anak mereka. Ada yang gembira,
ada yang suka dan tak suka pun ada, bermacam warna perasaan.
Sebab kenapa tulisan ini terhasil, malam tadi tiba-tiba saya
mimpi pelik ada orang marah dekat saya. Dia marah sebab saya muat naik gambar
selfie, check in di tempat-tempat yang saya sebut di perenggan atas tu…katanya
saya menunjuk-nunjuk padahal kawasan KL saja pun. Kemudian saya bidas (dalam
mimpi tu juga hahaha…gaduh dalam mimpi lah ni, fuh dahsyat kan) saya dan suami
sudah 18 tahun duduk KL/Selangor. Dalam tempoh 18 tahun itu semestinya kami
sudah terlalu biasa melihat dan mengunjungi hotspot pelancongan di sekitar
KL/Selangor ini.
Apabila ada keluarga datang, walaupun kami dah bergambar entah
berapa ratus kali di tempat yang sama… tapi kita tetap bergambar bersama atau
selfie kerana kita menyantuni keluarga yang datang sesekali itu. Dahsyat tak puak ‘BAWANG’ ni, sampai ke mimpi kita
dibawangnya kah kah kah…aduilah hahaha…sampai macam tu sekali kan. Namanya pun
mimpi, orang kata mimpi mainan tidur, so perasaan saya tu lebih menghala ke arah
lucu mengimbas kembali mimpi semalam.
Walaupun begitu… kita sedia maklum dalam hidup kita ini sentiasa
ada yang suka mahupun benci dengan setiap apa yang kita lakukan. Yang penting
kita fokus dengan kehidupan kita, jangan difikirkan sangat apa yang orang lain
fikir tentang kita, asalkan kita tak buat jahat, tak perlu fikir yang
bukan-bukan. Tak baik berprasangka yang buruk-buruk.
Entah kenapa jadi begitu…mungkin persekitaran di fb yang terlalu
toksik agaknya. Contoh, di page hiburan yang memaparkan kisah-kisah artis kita,
lihat saja komen…hmmm kadang tu tajuk berkaitan pengkongsian artis tu dapat
cahaya mata setelah bertahun-tahun berusaha. Pun ‘dibawangkan’ juga alahai…semua
serba tak kena…bawang…bawang…sudah-sudahlah tu, sama-samalah kita tinggalkan
benda-benda yang tak mendatangkan faedah pun. Gossip memanjang yang digossip tu
aman tenang jer hidup, yang tukang gossip? Jadilah seperti mata lebah, jangan
jadi mata lalat.
love,
monalizahrais,
Klang, Selangor
6 Disember 2018
Khamis
No comments:
Post a Comment