Assalamualaikum…
Cuaca di luar rumah cerah sejak pagi sehingga jam ini, cuaca di
hati pun cerah, Alhamdulillah. Tajuk hari ini ‘impian jadi nyata’. Tapi kenapa
‘impian jadi nyata’ bukan impian jadi nyata? Kadang-kadang ada benda yang kita
nak capai menjadi realiti, tapi bukan 100% seperti yang kita harapkan, menjadi
realiti dalam bentuk lain yang paling hampir atau tercapainya impian itu
setelah kita lupa dengan sendirinya…tiba-tiba kita terrr…ingat eh kita pernah
nak jadi seperti itu sebelum ini.
Semua orang mengalaminya…beza pada kisah kita yang berlainan
warna. Ini kisah saya. mungkin hanya cerita biasa-biasa saja tapi pada diri
saya sendiri, ada makna yang tersendiri (amboi, mood sentimental dah masuk
dah).
@mangga@
Semalam semasa saya sidai baju di belakang rumah, pandangan saya
terlihat pokok mangga jiran sedang berbuah lebat, sambil sidai baju gerak fikir
saya menjadi lebih berwarna seakan kanvas lukisan membayangkan alangkah
sedapnya mangga ini dimakan bersama pencicah sambil santai tengok tv. Kemudian saya
teringat kampung halaman sendiri, terbayang-bayang pokok buah-buahan yang
ditanam arwah bapa di belakang rumah, sehingga hari ini kami masih dapat
menikmati hasil buah-buahan tanamannya.
Selesai sidai baju saya teruskan kerja-kerja rumah yang lain,
masak, makan, solat. Beberapa jam kemudian, tiba-tiba kedengaran salam di
pintu rumah, rupa-rupanya jiran hantar buah mangga. Apa lagi, rezeki jangan
ditolak, seperti pucuk dicita, ulam mendatang.
@tembikai@
Plan asal saya dan suami hendak ke pasaraya beli sedikit barang
keperluan. Sebelum itu saya dah rancang nak beli tembikai, tiba-tiba teringin
sangat nak makan tembikai. Entah sebab apa, saya sudah lupa, plan kami tak jadi
kerana kami perlu bergegas ke tempat lain, kemudian kami singgah di rumah
sepupu suami sekadar bertanya khabar, tambahan pula sudah lama tak jumpa. Nak tahu
apa jadi lepas tu? Tuan rumah hidangkan kami buah tembikai, banyak pula tu dan
manis buahnya. Alhamdulillah kenyang dibuatnya. Tak jadi beli di pasaraya
rupanya rezeki makan tembikai sebagai tetamu.
@Gunung Kinabalu@
Cuti Raya Puasa tahun ini… kami suami isteri beraya di Sandakan,
kemudian beraya di Kota Kinabalu, setelah itu ambik flight Kota Kinabalu –
Kuala Lumpur. Saya berharap supaya dapat ‘selfie’ dengan Gunung Kinabalu, dalam
bas pun jadilah. Sewaktu beli tiket bas Sandakan – Kota Kinabalu… awal-awal
lagi saya dah ‘cop’ tempat duduk tepi tingkap.
Kan tingkap bas ekspress tu
luas, sampai tempat perjalanan menghampiri Gunung Kinabalu, benda biasa kita
dapat melihat Gunung Kinabalu dari jarak dekat. Senang nak ‘selfie’. Dahulu bas
akan berhenti rehat dekat restoran di Ranau, senang bergambar
berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, tapi bas yang kami naik ini perhentian
rehatnya di tempat lain yang tiada latar pemandangan Gunung Kinabalu.
Semakin menghampiri daerah Ranau Kundasang, hujan turun dengan
lebat. Aduh, saya dah sedih dah. Huhuhu…Gunung Kinabalu agak kabur di
penglihatan, asbab cuaca kurang baik, bas juga bergerak perlahan dan
berhati-hati kerana jalan licin. Ditakdirkan bas rosak di pertengahan jalan. Kami
terpaksa berhenti menunggu bas ganti. Kami berhenti di mana? Di Kundasang tempat
yang ada jual aneka sayur, buah-buahan, bunga serta hasil tempatan yang lain
seperti beras kampung, souvenier, makanan ringan. ‘Berhadapan’ Gunung Kinabalu. Hujan lebat tadi
beransur reda, cuaca mendung berubah
semakin baik, semakin cerah. Hampir 3 jam kami berhenti di sini.
Dan… syukur Alhamdulillah impian saya bergambar
berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu tercapai! Siapa sangka di sebalik kejadian
bas rosak akhirnya kita dapat bergambar sepuas-puasnya, impian jadi nyata beb! Siap rakam video lagi untuk
kenangan. Alangkan kita bergerak sendiri berkereta dari Sandakan menuju Kota
Kinabalu pun, tidak semestinya kita dapat bergambar berlatarkan Gunung Kinabalu…kadang
tu cuaca cerah tapi Gunung Kinabalu ‘malu-malu’ sedang elok ditutup awan. Saya melihat
bas persiaran yang banyak parkir di situ sambil berfikir, mereka tourist yang
pastinya membayar lebih banyak berbanding saya yang sekadar menaiki bas
ekspress ini mengejar flight di KK sambil beraya di sana. Kemudian terkandas di
sini kerana bas rosak. Siapalah kita untuk menduga masa hadapan.
@universiti, anak dan cucu@
Semasa saya remaja sekitar tahun 90-an menghampiri tahun 2000, oleh
kerana keluarga saya miskin, adik-beradik ramai…impian saya tak banyak, ketika
itu acuan pemikiran saya terbentuk oleh persekitaran kecil, bukannya ada media social
seperti sekarang. Habis sekolah, jadi guru, berkahwin – ini pemikiran keluarga
saya yang diterap dalam pemikiran anak-anak ketika itu. Cita-cita selepas
sekolah yang sering kedengaran selain guru, polis, jururawat atau doktor. Tengok
TV setakat TV 1, TV 2 dan TV 3. Sedikit maklumat dari cikgu sekolah yang
berasal dari Semenanjung Malaysia dan buku-buku di perpustakaan sekolah dan
awam.
Cita-cita saya yang paling tinggi ingin menjadi optometris
sekiranya saya berjaya memasuki matrikulasi (sekarang biasa disebut asasi),
tapi saya tak mengharap sangat ketika itu sebab sedar diri datang dari keluarga
miskin.
Memang tak tercapai pun, tak dapat masuk matrikulasi, saya
sambung belajar di tingkatan enam selama dua tahun. Selesai STPM, ketika rakan
lain sibuk-sibuk mengurus borang masuk UPU dan pinjaman PTPTN, saya buat dek,
buat tak tahu jer… sebabnya saya masih berpendapat saya ini miskin. Tak ada
duit susah nak sambung belajar. Maka saya memasang impian supaya saya dapat
kahwin awal seawal umur 20 tahun. Agak lucu dikenang kembali. Impian kahwin
awal? Sambil berharap ada yang akan naik meminang, supaya saya dapat anak awal,
anak itu pula cepat besar dan cepat kahwin… saya target sebelum umur 40 tahun
atau awal 40-an saya dah ada cucu. Tu dia…impian zaman remaja dulu. Padahal calon
suami pun tiada, atau senang sebut boyfriend/pak we pun tak dak.
Borang masuk U atau kita sebut borang UPU ‘datang sendiri’ ke
rumah. Bapa kepada seorang rakan sekampung saya dengan rela hati membeli borang
untuk semua anak-anak kampung yang baru lepas ambik result STPM. Saya ikut-ikutan
saja. Isi borang UPU, hantar borang dan urus PTPTN. Rezeki saya dapat masuk
Universiti Malaya (UM). Semua urusan menjadi mudah, Alhamdulillah. Malah tambang
flight dan belanja saya ke UM juga menggunakan wang PTPTN. Selain sedikit
sumbangan dari politician.
Anak kepada bapa yang membelikan kami borang UPU itu tidak dapat
memasuki universiti. Beberapa tahun juga rakan saya itu mencuba permohonan
masuk universiti tapi bukan rezekinya di situ. Dan dia kahwin awal berbanding
kami yang meneruskan pengajian di universiti.
Setelah jejak kaki di UM… sesekali saya teringat impian zaman
kanak-kanak saya yang sering melihat burung terbang di langit itu. Pemikiran
kanak-kanak saya pada masa itu sering bertanya ke mana burung-burung ini
terbang? Dunia ini sangat luas tapi saya tidak tahu seluas manakah ‘dunia’ itu
dan apa isinya, apa yang ada di luar sana.
Tentang anak dan cucu, saya berkahwin agak lewat (mengikut
pandangan orang tua di kampung, kan kalau orang kampung biasanya kahwin awal)
ketika umur 28 tahun. Setelah 8 tahun duduk di Kuala Lumpur.
Sehingga saat ini ketika saya menulis cerita ini… saya dan suami
yang dah berkahwin selama 10 tahun, kami belum ada rezeki anak lagi. Anak dan
cucu yang saya impikan semasa zaman remaja tu… menjadi ‘nyata’ cuma dalam bentuk
yang lain. Suami saya anak bungsu dari 8 beradik. Beza usia saya dan suami,
suami tua 8 tahun berbanding saya. Suami saya generasi 70-an. Dan saya generasi
80-an.
Kakak dan abang suami saya, semuanya kahwin awal seawal umur
belasan tahun. Dan dapat anak awal. Umur saya belum sampai 40 tapi saya dan
suami punya anak buah dan cucu saudara yang sentiasa bertambah tahun demi
tahun. Nampak tak? Faham tak maksud saya tu? Keluarga sebelah saya pun begitu
juga. Kami sama-sama berasal dari keluarga besar/big family.
Macam yang saya cakap di perenggan awal-awal tadi, masing-masing
kita mengalami situasi ‘impian jadi nyata’, cuma dalam bentuk berlainan cerita.
Katakan kita nak beli handbag jenama MONIA tapi duit tak berapa
nak ada. Pilihan lain beli handbag MONIA yang tiruan, beli dekat pasar malam
atau online, ‘impian jadi nyata’ lah tu. Tercapai juga hasrat menayang jenama
MONIA walaupun bukan yang original. Ibaratnya
gitulah.
Apa lagi ya? Impian di masa hadapan. Ada dan sentiasa refresh. Sebab
ianya melibatkan masa hadapan, biarlah kekal terbuku di fikiran buat masa
sekarang, nanti anytime kalau ada yang dah tercapai menjadi nyata atau ‘nyata’
kita sambung tulis lagi (senyum). Semoga semua urusan kita dipermudahkan, Aamiin…
love,
monalizahrais
Klang, Selangor
29 Oktober 2018
Isnin
No comments:
Post a Comment