Assalamualaikum…
Awal Oktober, 1 Oktober
2018 kita di Klang dikejutkan dengan kejadian ribut, hujan lebat. Berlaku pada
waktu petang, ada banyak pokok besar tumbang, saya melihat sendiri pasca ribut
keadaan pokok besar yang tumbang itu ibaratnya seperti pokok itu dicabut sekali
dengan akarnya, jika setakat dahan pokok yang patah itu biasa dilihat tapi
tercabut sekali dengan akar…pokok besar pula tu, ianya semacam seram juga
dilihat ya. Kebetulan saya berada di rumah ketika ribut melanda, air longkang
di belakang rumah saya naik, hampir-hampir memasuki ruang dapur. Pernah terjadi
banjir paras paha di rumah kami ini pada awal-awal tahun kami berpindah masuk
ke sini. Yang penting cuaca di hati kita tetap cerah, ceria (senyum).
Ok next, kita fokus ke tajuk – Cerita-cerita dari facebook (Edisi
syak wasangka). Setelah kita menjadi warganegara Facebook, sudah tentu kita
akan membaca bermacam-macam cerita yang limpas di ruangan news feed.
Masing-masing ada pendapat sendiri. Warna-warni perasaan. Silih berganti emosi
marah, lucu, sedih, dendam, sentap dan semua jenis emosi yang kita sama-sama
tahu.
A (bukan nama sebenar) tiba-tiba menulis status berbaur marah,
limpas di news feed. Katanya baru sekali dia upload gambar beruniform,
tiba-tiba ada rakan menegur dia jangan menyamar pekerjaan orang lain. Dah dia
memang kerja itu, tiba-tiba ada rakan fb yang syak wasangka dia menyamar. Padanlah
marah. Alahai ini macam pun ada kah? Kalau ya pun tak tahu kawan tu kerja apa
sebenarnya, lebih baik tanya dulu jangan terus jatuh hukum kawan tu menyamar.
Kemudian di ruangan komen ada yang mencadangkan supaya dia yang kena tuduh
menyamar itu mendedahkan pekerjaannya di fb supaya orang lain tak salah faham,
balas orang kena tuduh tu… dia sebenarnya ‘low profile’ dia tidak suka
mendedahkan pekerjaannya di fb.
Selama ini pun saya sendiri menyangka dia seorang peniaga atau
bekerja sendiri sebab gambar yang sering diupload di fbnya berkaitan hobi
bermotor besar dan sedikit cerita isteri dan anak. Itu saja. Selama saya join
fb bermula tahun 2010, saya tidak pernah kisah pun apa pekerjaan rakan-rakan fb
saya, mungkin sebab saya kalau dah online… sibuk dengan hal sendiri. Membaca
ruangan news feed pun… sekadar membaca seumpama angin lalu lalang di sekitar
kita.
Next, pada satu hari yang berbahagia, saya upload gambar sotong
masak kari, pertama kali saya masak sotong sebegitu, ilham saya dapat setelah
makan sotong masak kari dekat kedai mamak. Tiba-tiba ada seorang rakan fb
menulis di ruangan komen, inti komen menyuruh saya upload gambar masakan yang
saya masak sendiri, bukan gambar makanan yang dibeli di kedai! Saya tergamam
seketika. Rakan saya itu tidak percaya saya mampu/boleh memasak sebegitu.
Mujurlah sebelum itu saya dah upload gambar tu dekat Instagram sekali dengan
resepinya. Saya menyuruh rakan saya tu pergi ke Instagram saya untuk melihat
sendiri proses dan resepi penyediaan masakan sotong masak kari yang didakwanya saya
beli dari kedai itu. Tak tahu saya nak rasa apa masa tu, nak marah atau nak
gelak pun ya. Terkejut, sudah tentu terkejut! Kemudian dia terus senyap setelah
saya menyuruh dia melihat sendiri Instagram saya.
Bertahun-tahun sudah berlalu… sekitar tahun 2010-2011 ketika
arwah bapa saya sedang sakit kanser keluar masuk hospital, saya berulang alik
KL – Sandakan - KL melihat dan menjaga arwah bapa saya. Ada ketikanya sampai 3
bulan saya di Sabah, berjauhan dengan suami. Pada masa itu juga…telefon saya
kurang pintar belum ada aplikasi facebook, saya hanya ON fb di cyber café dalam
sejam dua…dalam sebulan sekali atau dua kali saja saya online. Kesempatan online
itu, saya ON fb dan sebab saya berjauhan dengan suami, setiap kali online saya
akan share lagu-lagu leleh lentok, jiwang, lagu-lagu cinta. Kemudian setiap
kali suami call saya, saya akan maklumkan dia bila-bila masa dia online, lagu
jiwang lentok leleh itu saya sengaja post khusus untuk suami. Lagipun kami baru melalui fasa awal
perkahwinan lebih kurang baru 3 tahun berkahwin.
Rupa-rupanya ada seorang rakan fb tersalah faham post saya. Dia
menyangka saya ada kekasih gelap disebabkan post lagu-lagu cinta tu. Dimesejnya
saya kalau ada apa-apa masalah boleh kongsi dengan dia (rakan wanita), jangan
malu-malu, dia sedia membantu katanya. Saya jadi hairan, saya tanya kenapa dia
cakap macam tu? Dia menjelaskan tentang post lagu-lagu cinta tu, dia syak saya
ada masalah rumah tangga. Membaca penjelasan dia, giliran saya menerangkan
cerita sebenar. Selepas itu saya stop share lagu-lagu cinta di fb. Kita tidak
tahu apa sebenarnya ada dalam fikiran orang lain, yang jenis bertanya mohon
penjelasan kalau rasa ragu-ragu… ok lagi, tapi kalau jenis mengadu domba suka
sangat menyebar cerita ikut sedap mulut dia, yang ini jenis bahaya, mohon
dijauhkan.
A dan B yang gaduh tapi C yang tidak ada kena mengena yang
terasa. Ibaratnya begini, aku yang masak, kau yang panas! Pernah dengar ayat
itu kan. C tak ada kaitan, tak terlibat pun dengan gaduh-gaduh A dan B, dah
kenapa memberatkan fikiran menyangka yang bukan-bukan? Kalau sekadar menjadi
saksi gaduh A dan B di fb, terfikir macam-macam tapi kekal berlegar di ruang
fikir tanpa ditulis di fb, ok lagi. Tapi kalau syak wasangka tu dah tertulis di
fb… jadi lain kejadiannya. Sekarang percakapan kita menjadi lebih bernyawa
sebab kita menulis perasaan di media social, dan kekal di situ selagi tidak di
delete. Itupun kalau sempat delete… dibuatnya ada yang screenshot… alahai
faham-faham sendiri. Zaman sekarang screenshot sejenis ‘senjata moden’ yang
cukup bahaya, jika disalahgunakan boleh memudaratkan orang lain. Lebih tajam
dari pisau dan lebih laju dari peluru.
Ada satu group saya pernah join tapi group ni dah bubar lama…
sekadar teringat saja. Ingatan untuk diri saya sendiri bahawa pemikiran orang
lain ada waktunya memang di luar jangkaan, kita tak ada apa-apa maksud tersirat,
tapi siapa sangka ada yang terlebih sensitif, tersentap.
Ada satu ketika terjadi satu bencana alam di satu tempat.
Bencana apa dan di mana tempat tu… tak perlulah saya sebutkan di mana,
sensitif. Kalau tempat lain terjadi bencana dia bersetuju itu peringatan dari
Allah tapi kalau tempat dia kena bencana dikatanya bencana alam, hmmm… Dalam
group ini ada ahli yang share gambar bencana. Kemudian saya dan rakan-rakan
respon, kami sepakat mendoakan yang terbaik untuk mereka dan semoga urusan
mereka yang terlibat dalam bencana itu dipermudahkan. Dan saya pun respon, mungkin
ini juga peringatan untuk kita semua atau sebagai pembersihan atas dosa-dosa
yang kita lakukan sama ada dosa besar atau dosa kecil. Tiba-tiba Y (bukan nama
sebenar) marah dengan saya. Katanya saya tak patut cakap begitu di saat orang
ditimpa musibah. Stop judging katanya, berhenti menghukum orang lain yang
sedang kesusahan. (Padahal dalam group siapa yang buka cerita terlebih dahulu?
Nak gelak pun ya)
Bila masa pula saya menghukum… sebelum itu di fb bertimbun-timbun video dari
alim ulama, daei, ustaz ustazah, penceramah agama mengingatkan supaya
bertaubat, bermuhasabah diri setiap kali terjadi bencana alam. Ada terlalu
banyak peringatan dengan dalil dan bukti sah dari hadis dan ayat-ayat Al-
Quran. Saya jelaskan dekat dia, saya tiada tujuan menghukum sekadar peringatan
kita bersama, saya hanya mengulang inti pati peringatan yang disampaikan oleh
alim ulama kita. Selepas itu disambungnya lagi di fb, dia naik status tentang
jangan ‘menghukum orang lain ketika dalam kesusahan’. Biarkan sajalah. Biarkan
si Luncai terjun tenggelam dengan labu-labunya. Kita teruskan kehidupan kita
seperti biasa.
Saya pernah melihat di fb ada seorang alim agama memuat naik
ayat-ayat Al- Quran dan hadis sahih tentang peringatan supaya bertaubat,
meninggalkan dosa, maksiat yang dilakukan selepas satu bencana alam terjadi di
XYZ. Di ruangan komen saya membaca ada yang marah-marah dengan ustaz
tersebut…memang marah sungguh. Pelik bukan? Ustaz tu bukan bercakap mengikut
pendapat dia sendiri tapi beserta bukti yang sah dan kukuh. Sedangkan ustaz itu
sendiri turun padang membantu mangsa-mangsa bencana alam.
Kisah lain, ada seorang personaliti T yang terkenal (bukan nama
sebenar) muat naik gambar di fbnya, dia bergambar dengan seorang ahli politik
yang juga terkenal. Personaliti ini tidak pernah menyatakan side mana dia
sokong parti politik di fbnya, sebelum ini saya pernah ternampak di news feed
dia pernah bergambar dengan politician yang berlainan parti. Di ruangan komen
ada yang ‘menyerang’ T mengatakan atau lebih tepat menuduh T datang ke majlis
tersebut bertujuan untuk mengampu politician. T membalas (saya percaya T menaip
sambil tersenyum) dia datang ke situ sebab dijemput untuk membuat persembahan,
dia sekadar memenuhi jemputan yang dihantar dari pihak politician tersebut,
sama macam politician yang lain. Tiba-tiba saya teringat ada ada seorang baker
di fb, dia buat kek bertemakan parti PAS, UMNO, PKR. Kemudian ada yang bertanya
baker itu penyokong parti yang mana satu. Baker menjawab hal itu biarlah rahsia
kerana undi juga rahsia, dia sekadar mengikut permintaan customer tak kira
parti apa pun. Bijak tak baker tu? Sudah tentu dia kena jaga bisnesnya bukan?
Jangan sampai tersalah cakap dan mengundang syak wasangka.
Next, ini kisah sambal belacan. Ini juga kisah yang melencong
dari fb, maksudnya terjadi di alam nyata. Sebelum itu, perasan tak kadang-kadang
di fb ada yang sesudah posting satu status, di hujung ayat itu diletakkan
caption ayat-ayat back up/reversed bertujuan supaya tidak dikecam. Contoh U
(bukan nama sebenar) upload gambar masakan kemudian letak caption, ‘masak
biasa-biasa je, bukan pro’ dan disudahi dengan hashtag #jangankecamsaya. Atau
begini – ‘tak suka abaikan je, scroll laju-laju, unfriend or blocked, it’s ok’.
Kenapa jadi begitu? Mungkin sebab ‘persekitaran’ kita di fb yang terlalu toksik
sikit-sikit kecam, sikit-sikit kecam.
Ok, berbalik kepada cerita sambal belacan. Saya pergi ke majlis
X (bukan nama sebenar). Makan minum yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Yang
paling menarik perhatian saya… sambal belacan. Saya rasa sedap sangat sambal
belacan dan saya teringin nak tahu siapa yang buat sambal belacan itu. Saya pun
bertanya dengan salah seorang ahli keluarga X. Saya baru bertanya siapa yang
buat, yang ditanya itu memandang saya dengan mimik muka yang… entahlah tapi dia
semacam marah pun ya, sambil membalas dengan pertanyaan teruk sangatkah rasa
sambal belacan tu, tak sedap kah dan ayat-ayat lain yang segelas dengannya.
Menyedari salah faham itu saya cepat-cepat menjelaskan saya sebenarnya nak
minta resepi belacan, bukan nak komplen. Spontan riak mukanya cerah kembali dan
nada suaranya menjadi lembut. Saya tertanya-tanya sendiri, sambil mendengar
resepi sambal belacan tu di sudut lain fikiran saya, ligat memikirkan adakah
saya tersalah cakap? Atau tersalah nada bercakap? Entahlah.
Kebiasaannya status fb yang kita selalu update itu sejenis
cerita yang bukan cerita penuh, sudah tentu mudah menerbitkan rasa prasangka di
pihak pembaca. Terserah tujuan kita join media social, adakah mencari kebaikan
lebih banyak berbanding melihat yang buruk-buruk saja. Tekan keyboard dan tanya
hati kita sendiri.
love,
monalizahrais
Klang, Selangor
27 Oktober 2018
Sabtu
No comments:
Post a Comment