Assalamualaikum…
Awal pagi lagi dah hujan, sejuk. Berhenti hujan lebih kurang jam
9 pagi. Kemudian panas menyengat sehingga sekarang. Seperti hari-hari
sebelumnya, hujan awal pagi diikuti panas sehingga penghujung hari siang. Yang penting
cuaca di hati kita stabil, kalaupun ada waktunya mendung atau hujan sesekali,
asas perasaan itu mesti cerah (amboi ayat)
Ok, tajuk Helah di Muka Buku. Atau senang faham ayat-ayat helah
di facebook. Selama 8 tahun menjadi warganegara Facebook… tanpa sedar kita
menjadi saksi kepada banyak peristiwa bertulis/bergambar/video rakan-rakan fb. Bukannya
niat kita menyibuk hal ‘rumah’ rakan-rakan fb… maksud saya news feed yang
terhidang di hadapan kita ada yang seperti episod drama yang
bersambung-sambung. Dalam diri masing-masing ada elemen drama.
Semakin banyak kita menulis, semakin terserlah sisi baik buruk
diri kita. Pernah saya mengikuti kuliah berkaitan tanda-tanda kiamat, di akhir
zaman akan terjadi banyak aktiviti penulisan. Tidak semestinya dalam bentuk
buku…yang terdekat, platform Facebook, Whatsapp, Instagram dan yang sewaktu dengannya. Semua benda kita nak
tulis cerita kat orang lain. Ada banyak urusan menggunakan tulisan. Dan sekarang
kita sama-sama tahu… sampai tahap tak larat baca melayan tulisan tanpa sempadan
di fb.
Sekarang kita ‘U turn’ tajuk utama ~ helah di mukabuku. Cerita pertama…
salah satu group komuniti di fb yang saya join…ada ahli group upload sekeping
gambar tanpa dialog…sebelum pilihanraya PRU14 yang sudah. ‘Menceritakan’
seorang YB (Yang Berhormat) sedang menghulurkan bantuan kepada orang miskin. Jadi
kami ahli group pun berduyun-duyun menulis di ruangan komen. Secara keseluruhannya…komen-komen kami
jenis positif, tidak ada unsur maki hamun atau fanatik parti. Semua positif
bersetuju dengan gambar tersebut.
Sebab kita dah tulis komen…setiap kali ada komen baru, automatik
notification fb kita merah. Sambil saya membaca news feed yang lalu lalang di
fb…notification merah semakin bertambah… kemudian saya bertandang semula
di group komuniti, nak tahu sangat apa yang meriah ni... rupa-rupanya tuan
tanah yang post gambar sekeping tadi… dia dah tambah beberapa keping gambar
berbaur provokasi dan semacam ayat-ayat fitnah, selepas beberapa minit dia
upload gambar yang pertama. Maknanya dia ‘add picture’. Komen-komen juga semakin
panas, hangat dan membakar jiwa… sudah ada yang maki hamun bergaduh di ruangan
komen.
Saya sound direct jer… tuan tanah tak patut buat begitu,
seolah-olah perangkap kepada ahli group yang komen positif awal-awal tadi, saya
tanya apa helah dan tujuan dia buat begitu? Kalau ya pun hendak berpolitik…
politiklah secara matang, hujah dengan fakta bukan fitnah. Selain saya… ada
beberapa ahli group yang menyedari helah tuan tanah tadi… juga tidak bersetuju
dan ingin leave group.
Cybertrooper tuan-tuan dan puan-puan, saya klik profile dia,
hanya sekeping gambar bangunan nampak sangat akaun fake. Next, dia siap tekan
emoji ‘haha’ ~ gelak di komen saya. Beberapa minit kemudian, dia request friend
fb saya. Accept tak? Sorry naik lorry ya! Kenapa saya kena accept orang sebegitu?
Fake akaun pula tu? Apa niat? Kemudian ada beberapa friend request menyusul. Semuanya fake akaun, saya syak geng dia. Akhirnya saya
terpaksa block kerana semakin ramai pula friend request – semuanya fake akaun…pergh!!!!serrremmmm…
Cerita kedua ~ saya tulis status throwback/campak balik/flashback
kisah zaman remaja saya selalu menunggu kenderaan balik kampung di satu tempat. Saya bercerita tentang angan-angan pada masa itu kalaulah rumah
saya di situ kan senang…tak perlu menunggu berjam-jam lamanya, balik
sekolah terus menapak ke rumah. Angan-angan itu menjadi kenyataan beberapa
tahun sudah, ada perumahan baharu siap dibina khusus untuk anak-anak
peneroka (kami lah tu). Saya sendiri turun naik ke Majlis Perbandaran mengurus
rumah kami. Jadi mana helahnya? Kemudian ada friendlist datang berkunjung ke post fb saya… cuma komennya berbaur
politik, dia bercerita tentang ragam orang politik, rasa tidak puas hati itu ini begitu begini…saya pun layankan saja macam biasa, sebab apa
yang dia cakap tu ada betulnya…
Selesai berbual…jam demi jam berlalu…tiba-tiba
saya rasa tak sedap hati, saya scroll semula fb saya. Dia yang
rancak komen post status saya tadi tu…tiba-tiba delete semua komennya, tinggal
komen saya. Membawa maksud kalau orang lain baca post saya sekali baca
ruangan komen… seakan-akan saya yang tidak berpuas hati, banyak komplen tentang
itu ini begitu begini…tanpa komennya akan menampakkan seolah-olah saya yang
banyak songeh merungut macam-macam. Akhirnya saya terpaksa delete post, hanya kerana komen kontroversi walhal post saya
langsung tidak bermotif politik. Apa boleh buat kan, manusia macam-macam pe’el.
Cerita ketiga ~ kalau di Instagram ada istilah Instafamous, di
fb juga ada banyak orang sebegitu…tak tahu pula apa istilahnya kalau terkenal
di fb. Ada banyak follower, apa saja yang ditulis mendapat perhatian,
perbalahan, polemik, ribut minda di ruangan komen. Tidak semestinya kita
sebagai follower kenal siapa pemilik akaun yang famous amous anonymous itu.
Kadang-kadang follower tak kisah sangat siapa di sebalik tabir akaun fb,
yang utama status post mesti 'hot and spicy, segar dari ladang'.
Ya, dan saya ada follow seseorang. Kita namakan dia samaran Encik
X. Follower ratusan ribu riban…status postnya sentiasa banyak like, komen dan share. saya follow dia lebih kurang dalam 3 tahun, kemudian unfollow sebab dari
sudut pandangan saya… Encik X sudah berubah, kebanyakan statusnya bersifat perangkap. Ada kepentingan sendiri.
Ceritanya begini ~ Encik X penjual online satu produk
makanan kering. Di samping itu Encik X selalu up status isu-isu viral ~ menyatakan pendapatnya dari sudut pandangannya. Benda biasa,
terkenal atau sendu…isu-isu viral di fb menjadi pemangkin menerbitkan idea
masing-masing mesti nak tulis sesuatu… sama ada sarcasm atau tidak, sekadar
melayan arus viral.
Al kisah pada satu hari, Encik X upload sekeping gambar diiringi
ayat-ayat sedih…katanya beginilah nasib peniaga produk makanan kering
sepertinya…mengharap sepenuhnya cuaca panas baru dapat jemur produk,
kalau hujan hanya mampu berserah. Di ruangan komen ramai
followernya yang mendoakan Encik X supaya tabah, sabar dan yang segaris
dengannya. Dalam banyak-banyak komen, ada seorang follower menyatakan
kemusykilan melihat gambar yang di muat naik itu.
Gambar yang Encik X tunjuk tidak tally
dengan caption, sebab produk makanan kering itu disusun di rak bertingkat khas
untuk mengeringkan produk makanan di dalam ketuhar besar, maksudnya tidak ada
masalah cuaca dalam proses pengeringan.
Dia tanya lagi, adakah gambar itu
milik Encik X atau sekadar hiasan. Encik X mengakui gambar itu miliknya dan dia
juga mengaku mengeringkan produk makanannya guna ketuhar khas kalau cuaca
hujan. Nampak tak helahnya? Atau pinjam sekejap ayat-ayat fb ‘nampak tak
permainannya?’, ‘Acah-acah up status
kesian rupanya sengaja meraih perhatian’, ‘Batak like, komen, share’.
Kemudian follower tanya, kenapa tak cakap awal-awal Encik X ada
rak dan ketuhar khas itu? Kenapa buat caption ala-ala sedih? Jawab Encik X dia
sengaja menguji sejauh mana kepekaan followernya. Selepas itu ada banyak lagi
status jenis ‘menguji’ followernya, yang bagi pendapat saya itu bukan menguji,
tapi lebih kepada helahnya saja untuk menunjuk dia lebih ‘cerdik’ berbanding
followernya. Kerana ada beberapa follower yang apabila tidak sebulu dengannya
di dalam memberi pendapat, Encik X akan twist cerita seolah-olah dia yang
betul, orang lain salah dan ada masanya dia berlagak ‘play victim’ padahal
sudah terang lagi bersuluh Encik X salah.
Akhirnya saya unfollow Encik X kerana
saya berpendapat dia sudah berubah…banyak berubah berbanding pada mula-mula
saya follow dia. Button Unfollow di fb itu bebas digunapakai sesiapapun…tak
setuju tekan saja.
Cerita keempat ~ dalam satu group masakan yang agak terkenal,
saya join group ini sebab ada banyak pilihan menu yang kita boleh cuba masak
sendiri. Ahli group dapat berkongsi masakan dan bebas nak letak resepi atau
tidak. Terpulang. Al kisah ada seorang ahli muat naik gambar masakan sambil
letak caption, dia suka masak masakan itu, kemudian bertanya ada ahli group
yang lain tak yang satu geng dengannya. Caption yang ditulis ok, sedap didengar
dan kira meriah juga ruangan komen.
Tiba-tiba ada ahli group komen menegur post tuan tanah, gambar
itu miliknya, bukan tuan tanah punya. Pemilik asal gambar itu kemudian upload gambar
penuh untuk membuktikan gambarnya dicuri tanpa kebenaran, dia tak kisah kalau
tuan tanah nak pinjam gambarnya cuma dia berharap disertakan kredit asal
gambar. Apa jadi lepas tu?
‘Pencuri’ gambar cuba mengalihkan cerita dengan
bersungguh-sungguh mengatakan dia memang penggemar masakan itu, dia masak
sendiri bukan dia saja-saja buat cerita atau sekadar meraih perhatian. Alalala…isu
utama kredit asal gambar bukannya orang cakap dia berbohong. Ahli yang lain
menyokong pemilik asal gambar masakan tersebut sambil mendesak ‘pencuri’ gambar
tunjuk bukti yang diambilnya sendiri beserta resepi masakan. Kemudian ‘pencuri’
itu upload gambar yang lain mengatakan itu gambar miliknya beserta resepi yang
sering digunakannya.
Tentang kredit kepada gambar asal, si ‘pencuri’ gambar
langsung tak letak kredit walaupun dah ditegur… dia terus saja bercerita
tentang masakan kegemarannya itu. Sudah terang bersuluh silau mata kesalahan mencuri pakai
gambar orang lain pun tetap tidak mengaku.
Tak baik macam tu kak, lembu punya susu, sapi dapat nama. Hasil penat
lelah orang lain yang memasak, tapi senang-senang jer awak pakai gambar dia
tanpa kebenaran, tiada kredit dari mana dapat gambar. Usaha sendiri lebih
baik, orang tak marah.
Untuk diri saya terlebih dahulu, helah-helah di fb ini kita
sama-sama ambil sebagai pengajaran. Kita jangan jadi begitu. Masing-masing kita
punya akaun fb, kita memang bebas berinteraksi dengan rakan-rakan fb yang lain…
tapi jangan ambil kesempatan sekiranya kita ada sedikit kelebihan manipulasi
orang lain. Tapi kalau nak sangat berhelah, nak tunjuk kebolehan buat ayat-ayat
perangkap… boleh, jadilah penulis genre aksi/thriller. Penulis buku bercorak
penyiasatan ke…baru betul-betul thrill! Tak gitu?
love,
monalizahrais
Selangor
1 September 2018
Sabtu
No comments:
Post a Comment