Assalamualaikum…
Hai semua pembaca blog saya! Alhamdulillah petang ini saya
menyambung siar di blog ini. Seperti biasa kena mulakan dengan cuaca – cuaca di
luar rumah cerah, panas lit-lit, mencengkam jiwa dan perasaan kita, cuaca di
dalam hati pun cerah tapi agak damai sebab ada angin sepoi-sepoi bahasa
menyejukkan jiwa. Amboi ayat… sejak akhir-akhir ini cuaca di Klang agak panas
di siang hari namun begitu ada masanya terselit ribut seketika, angin kencang
dan hujan lebat. Apatah lagi emosi kita.
Oklah, terus kepada tajuk ‘impian’ jadi nyata. Saya tulis
‘impian’ bukan impian. Ada beza tu, apa sebab? Itu tandanya kena baca
cerita-cerita di bawah.
Saya percaya kita semua pernah terfikir sesuatu seakan ada
lintasan di ruang fikir…tidak lama kemudian apa yang terlintas di fikiran itu
menjelma di hadapan/menjadi kenyataan. Rasa terkejut pun ya. Kita bagi contoh,
sedang saya duduk santai menonton tv, tiba-tiba saya terfikir suami saya di
tempat kerja, sudah makan belum, dia tengah rehat atau sedang sibuk dengan
kerjanya. Beberapa saat kemudian smartphone saya berbunyi, di skrin tertera
nama suami, saya sambut telefon dan dia bertanya saya sedang buat apa, dah
makan belum dan yang sewaktu dengannya.
Next, saya teruskan dengan cerita yang lainnya.
BURUNG/KAPAL TERBANG
Zaman kanak-kanak dulu saya suka tengok burung terbang. Ada waktunya
kita dapat melihat sekawan atau sekelompok burung terbang di langit. Saya sering
tertanya-tanya burung ini dari mana ke mana? Bestnya kalau aku jadi burung
bebas terbang ke mana-mana. Kemudian saya terfikir lagi, alangkah seronoknya
dapat terbang bersama burung-burung itu…pengaruh cerita The Neverending Story
ada babak kanak-kanak duduk di atas badan binatang besar, turut mempengaruhi
fikiran saya ketika itu. Ditambah lagi saya suka tengok slot dokumentari
National Geographic bertambah tinggi imaginasi saya. Saya percaya dunia di ‘luar
sana’ sangat luas dan besar tapi saya terlalu kecil untuk tahu apakah bentuk
sebenar dunia di ‘luar sana’ itu.
Akhirnya ‘impian’ terbang bersama burung tercapai pada
penghujung usia 19 tahun seminggu sebelum birthday saya yang ke 20 tahun, saya
menaiki kapal terbang sambung belajar di KL.
ALAT KAWALAN JAUH/REMOTE CONTROL
Zon cerita masih di ruang zaman kanak-kanak. TV kami jenis hitam
putih. Lesen TV perlu direnew setiap tahun kalau saya tak silap ingat. Bekalan elektrik
guna generator. Atau guna bateri besar tu. Adik saya selalu berangan-angan
sedang memegang remote control untuk pindah siaran TV. Memindah siaran TV tidak
semudah memicit butang remote control… kita kena pulas semacam tombol di tepi
TV. Sekarang? TV warna, nipis pula tu, remote control di tangan bukan setakat
berfungsi mencari siaran TV mana yang kita suka, malah berfungsi merakam, edit
siaran dan banyak lagi yang kita sama-sama tahu fungsinya remote control itu.
GRAB CAR
Grab car - ini bahagian kegemaran. Saya sejenis manusia yang
tersangat penakut memandu, memegang stereng. Lebih sanggup tunggu bas atau
panggil teksi. Takut saya tu…sampai ke tahap dah pergi ambik lesen kereta pun…terbengkalai
tengah jalan tak habis ambik lesen, nampak sangat penakut kan…kalau ada sesiapa
yang mampu menghilangkan ketakutan memandu saya ini…silakan berbagi tips hehehe…
Sebelum saya menjadi pengguna tegar app Grab Car… saya menyimpan
beberapa nombor pemandu teksi yang dipercayai.
Apa-apa keperluan segera yang memerlukan saya bergerak pantas, cepat sampai ke
destinasi… saya hanya call pemandu teksi, sanggup bayar lebih. Sering juga saya
terfikir kalaulah saya ini orang kaya…alangkah seronoknya ada pemandu peribadi,
kita duduk santai di belakang biar driver tu penat memandu melayan traffic jem
dan sebagainya. Tak perlu susah-susah panggil teksi atau berpeluh tunggu bas…berhimpit
bersesak dalam bas, huhuhu…
Sekarang saya nak pergi mana-mana, saya booking Grab Car
dulu..hanya perlu menapak beberapa langkah dari pintu rumah tunggu Grab Car
sampai. Senang sangat-sangat dan memudahkan banyak urusan.
Pernah seorang pemandu Grab Car bercerita…dia kalau nak keluar
makan dengan isteri atau membeli barang keperluan atau sekadar berjalan-jalan
di mall…dia sendiri panggil Grab Car saja, malas mau driving lagi mau fikir
minyak, tol dan parkir. Raya puasa baru-baru ini saya dan suami jalan-jalan di
Kota Kinabalu guna Grab Car saja walaupun adik saya suruh pakai keretanya. Suami
saya cakap, walaupun Kota Kinabalu itu kampung halamannya sebelum merantau ke
Semenanjung Malaysia… dia sudah tidak familiar dengan jalan-jalan di KK, ada
banyak perubahan, pembangunan pesat bandar-bandar baru.
HOLOGRAM, AKSES INTERNET
Sebagai peminat dan penonton filem-filem aksi, sudah tentu saya
terbiasa melihat bermacam teknologi pelik yang digunapakai dalam filem. Pelik dan
tak masuk akal, namanya pun wayang…sekarang melihat kembali filem-filem aksi
yang lama-lama seringkali saya menyebut – rupa-rupanya benda aneh ini sudah
menjadi realiti pada masa sekarang.
Beberapa tahun sudah… adik saya datang rumah bercerita tentang
pensyarahnya yang memakai semacam jam tangan…kemudian pensyarahnya itu menekan
butang hologram di hadapan mereka. Kata pensyarah adik saya jam tangan special
itu dibelinya di Singapura. Bukan sekadar jam tangan…lebih kepada smartphone cuma
dalam bentuk jam tangan.
Masa zaman kanak-kanak dulu menikmati animasi Power Rangers di
kaca tv, imaginasi saya ketika itu merasakan alangkah seronoknya ada jam macam
Power Rangers …tapi sekarang setelah dewasa melihat sendiri lambakan gajet
pelbagai jenama di pasaran tidak pula saya berminat membelinya…mungkin sebab
skrin kecik sangat tak puas tengok. Suami saya pernah beli smartphone jenis jam
tangan, akhirnya dia jual balik, tak seronok pakai katanya…skrin kecil, button
susah mau picit lebih senang guna swipe di skrin smartphone jenis biasa.
Ketika belajar di UM, saya selalu stress setiap kali ada assignment…
saya perlu ke library dan cyber café. Buku rujukan yang diperlukan untuk
tugasan sentiasa tiada, atau apabila cek rekod buku, masih dalam pinjaman
pelajar lain. Cyber café pula sentiasa penuh siang malam. Kalaupun ada
kosong..kurang selesa sebabnya sentiasa sesak dalam tu. Almaklum…kawasan padat
student UM, perkara biasa CC sentiasa sesak. Walaupun CC bawah blok rumah sewa saja
pun.
Saya ada komputer sendiri…berharga RM5000, (sekarang sudah masuk stor di rumah di kampung halaman) tapi tiada capaian
internet. Telefon pula bukan jenis skrin macam sekarang ini, telefon tangan
ketika itu zaman glamour Nokia 3310. Saya selalu terfikir alangkah seronoknya
kalau ada satu gajet yang semuanya apa saja info yang saya hendak tahu…semuanya
di hujung jari..nah sekarang akhirnya…sampai tahap tak cukup satu smartphone,
info tanpa sempadan kewujudan laman social sampai tahap tak larat nak
melayannya…padan muka aku! Hahaha…saya sekarang guna 2 gajet smartphone setiap
satunya berisi RM38 pakej internet sebulan, maknanya total RM76 hanya untuk
pakej internet tidak termasuk kos panggilan biasa. Dan 1 laptop untuk menulis.
Saya pernah mendengar satu ceramah agama di TV, ustaz tu cakap
mengikut kajian di Malaysia ini smartphone lebih banyak berbanding bilangan
penduduk Malaysia. Purata seorang memiliki sekurang-kurangnya 3 gajet. Tu dia…
Gajet sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Kalau tiba-tiba
kita terjumpa seorang anak muda remaja tapi tak guna gajet…ini sangat ganjil. Macam
mustahil pun ya. sampaikan ada satu pesanan dari ustaz jugalah ~ zaman sekarang
ibu bapa jangan risau sangat tentang apa kerja anak-anak kita di masa hadapan…tapi
kita kena risaukan dulu macam mana kita hendak mendidik anak-anak kita di zaman
milenia ini, kita selalu terlepas pandang apa yang anak-anak kita lihat di
skrin smartphone mereka.
SURAT DAN TELEFON
Baru-baru ini saya melihat satu-satunya telefon awam dekat surau
di satu shopping mall ini telah tiada. Tinggal wayar terjojol keluar di
dinding. Kali terakhir saya mengguna telefon awam pun saya sudah lupa tahun
bila tapi rasanya sebelum tahun 2010
ketika saya belum ada akaun fb, sebelum daftar masuk ‘planet alam maya’.
Pernah satu ketika saya kehabisan kredit telefon, hendak call
suami saya…telefon awam ada depan mata ni, syiling pun ada dalam handbag, tapi
saya lebih sanggup beli top up kredit berbanding guna telefon awam. Kenapa jadi
begitu? Sebab sudah biasa dengan
kemudahan yang ada, ada pilihan yang lebih baik berbanding telefon awam.
Walaupun saya dari generasi 80-an yang merasai zaman surat
menyurat, e-mail, telefon awam…ternyata mengguna kemudahan terkini jauh lebih
baik. Cepat dan mudah.
Semuanya tinggal kenangan. Zaman saya belajar dulu, alangkah
susahnya berhubung secara terus dengan keluarga di kampung…selain berbalas
surat dengan emak, saya perlu kumpul syiling, ‘hack’ telefon awam untuk call
jiran sebelah rumah kami…saya kena tunggu beberapa minit untuk bercakap dengan
orang tua saya sebab jiran perlu ke rumah bagitau saya call…barulah dapat bercakap
dengan mereka.
Sewaktu melihat sidang video di tv pada tahun-tahun sebelum
ledakan gajet ini…saya sering terfikir kalau satu hari di masa hadapan saya
dapat bersidang video dengan family saya di kampung…sekarang kita sama-sama
tahu salah satunya app Whatsapp membolehkan kita ‘bersidang video’ bila-bila
masa, dan di mana-mana jua asalkan ada capaian internet.
Penutup cerita – banyak sangat cerita ‘impian’ jadi nyata. Posting
kali ini saya tulis bab gajet sajalah. Nak tulis semuanya tak larat, hari pun
dah petang ada benda lain yang perlu dibuat. Ok lah, kita jumpa di lain hari…tata...
love,
monalizahrais
Selangor
27 Ogos 2018
Isnin
No comments:
Post a Comment