Assalamualaikum…
Menghampiri Mac 2017, singgah sekejap di blog saya tadi, untuk
bulan Februari ini belum ada cerita baru disiarkan di sana. So hari ini saya
nak tulis sikit, cerita tentang ubat. Sebelum itu, kita periksa cuaca di luar
rumah cerah, cuaca di dalam hati pun cerah, haha…macam tak sah kalau tak letak
cuaca ya, dah semacam trademark pula. Hish takkan kita perlu serius muka ketat
sepanjang waktu, tak gitu?
31’C bilang si Green. Mostly cloudy, angin 5km/h dan humidity
80%.
Semalam saya unfriend seorang friendlist. Marah tidak, benci pun
tidak, kenal pun tidak. Unfriend sebab sangat-sangat tidak selesa melihat iklan
jual jamu dia tu berbaur ayat-ayat lucah, tanpa berkias, tanpa beralas. Nama profile
seorang wanita, gambar profile gambar bertiga dia, suami dan seorang anak kecil
lingkungan umur +- 2 tahun.
Seluruh wall fbnya penuh dengan ayat-ayat lucah. Dia aktif
mengiklankan produk jamu perawannya itu yang saya pasti tidak ada hologram dan
pengesahan sticker dari pihak yang sepatutnya. Homemade katanya, dan terhad
bergantung kepada order yang diterima. Overclaim, drama lebih, wayang lebih.
Semua orang pun tahu kebaikan jamu, cuma cara dia mengiklankan produk tu yang
buat kita kurang selesa. Seolah-olah dalam fikiran kita ini asyik memikir seks
sepanjang masa.
Agaknya soft spot Malaysian banyak berkaitan hal-hal dalam kain kot, iklan
di tv, papan iklan tanpa malu promosi produk untuk
ketat/kuat/gagah/perawan/teruna dan yang sewaktu dengannya. Guna ayat-ayat
lucah. Itu pasal pengasas produk terus kaya, mewah dan bergaya. Saya selalu
terfikir, bahan-bahan untuk produk kuat ketat perawan ini kilang dia dekat mana
sebenarnya? Yang ditayang dekat tv harta benda banglo kereta mewah lifestyle
pengasas produk itu saja, tak pernah lagi saya ternampak kilang atau cara
pembuatan benda-benda alah ni. Maklumkan saya kalau saya terlepas pandang.
Bersangka baik… saya yang terlepas keretapi agaknya.
Tentang ubat moden… pernah kita nampak bangunan Pharmaniaga dekat
Shah Alam tu, biasanya dekat kotak/bungkusan dia tu ada alamat pengeluar, kita
google dapat cari dengan mudah. Siap imej lagi. Baru-baru ini ada sepupu
sambung study bidang farmasi, lepas ni kita tanya terus dia hal-hal ubat.
Ada satu program tv - Food Source bercerita tentang sumber
makanan di Singapura datangnya dari mana. Begitu terperinci bermula dari ladang
membawa ke meja makan. Kita dapat melihat setiap proses penghasilan makanan
itu. Analogi : ‘Dari skrip ke pentas’ – pinjam sekejap elemen teater ini.
Setiap sesuatu itu ada prosesnya, bukannya terjadi terus begitu. Bahagian
proses menghasilkan itu yang kita selalu terlepas pandang. Atau memang kita
tidak peduli langsung.
Kalaulah ada dokumentari atau program tv yang mendedahkan setiap
proses membuat produk kecantikan/jamu etc itu… seperti konsep Food Source itu
kan bagus. Sudah tentu ianya satu bonus/menambah nilai seterusnya meningkatkan keyakinan
pengguna membeli produk mereka… tapi orang kita kau just cakap ayat-ayat power
buat drama sikit pun dah cukup. Bagi elemen hal-hal dalam kain dah
senang-senang jual barang. Laku keras.
Hari ini Rabu, esok Khamis. Malam Jumaat nanti, akan ada banyak
status entah serius entah sarcasm, highlight malam Jumaat. Bermacam warna warni
status malam Jumaat berbaur seks, kena sungguh fikiran mereka yang bercorak
pelangi yang asyik fikir seks memanjang. Malam lain, hari lain tak boleh buat
ke? Seks memang satu keperluan biologi, elemen penting dalam perkahwinan tapi
sudah namanya social media yang digerakkan oleh fikiran… amat mudah
diterjemahkan dalam bentuk tulisan yang bermacam nada dan bunyi itu (biar betul
kau Mona? Nada dan bunyi?) Scroll laju-laju jer lah. Buat-buat tak nampak.
Tiba-tiba saya teringat beberapa tahun lalu, saya up status +-
begini – malam ini panas, rasa lega sudah mandi, dah selesai sungkai (iftar)
dan terawih. Tiba-tiba ada rakan fb respon – “baru siap ehem-ehem ke?”. Saya
jadi macam… biar betul dia ni.. rupa-rupanya malam itu malam Jumaat …macam-macamlah
diorang ni. Dia tak malu ke tulis begitu?
Seorang manusia normal yang dikurniakan nafsu tak kisah kau
lelaki atau perempuan… mana mungkin akan sentiasa berfikiran baik-baik sahaja
sepanjang masa. Ada waktunya akan terbabas tergelincir sekejap fikiran kita
itu. Social media memudahkan fikiran baik buruk kita dibogelkan dengan cukup
mudah, dibaca oleh orang lain.
Zaman sebelum wujudnya social media, betapa susah kita menjaga
percakapan seharian kita, hari ini lebih susah menjaga percakapan mulut dan
hujung jari kita. Padanlah di akhirat kelak mulut kita dikunci hanya jari-jari
dan anggota lain yang dibicarakan.
Ada satu entry saya bertajuk lucah. Saya sengaja letak tajuk
begitu, tapi tidak ada satupun ayat-ayat lucah di dalam entry tersebut, hanya
pada tajuk. Capaian view untuk entri lucah itu melepasi pelayaran 10 ribu dan
sentiasa mencanak naik. Nampak sangat…kau sambunglah sendiri hihiii…dahsyat
tidak?
*******
@Mabuk ubat@
Dulu, setiap kali demam batuk selsema, saya direct ke klinik
swasta ABC. Akhirnya saya serik/taubat
makan ubat (jenis ubat yang dimakan) dari
klinik ABC tu dan tak mau beli ubat dari farmasi XYZ. Tiada niat memburuk-burukkan, saya berpendapat
ubat itu yang tidak serasi dengan saya. Nama ubat? Sudah lupalah, yang saya
ingat satu jer – cetrizine.
Saya jadi pening, sakit kepala, mengantuk amat. Pijak lantai
terasa seperti berjalan atas permaidani, tengok tv beralun seperti kain langsir
ditiup angin. Malah bercakap dengan orang lain saya melihat mereka sekejap
kecik sekejap membesar. Deria pendengaran saya seperti speaker radio yang
dibesar kecilkan volume. Tekak perit, panas.
Nasib baik saya tidak berhalusinasi, ternampak yang bukan-bukan
atau bercakap yang tidak-tidak. Saya tanya suami kalau-kalau ada perangai atau
percakapan saya yang ganjil… balasnya tiada, macam biasa saja, cuma saya banyak
diam, katanya.
Tahun sudah 2016, saya tekad ke klinik kerajaan, walaupun
terpaksa berulang-ulang ke klinik K1M
BB, due to sakit kepala dan sakit yang lainnya, saya perasan saya tidak
mengalami keadaan ‘mabuk ubat’ seperti yang saya nyatakan di perenggan atas. Hanya
rasa mengantuk, tidur sekejap dan lega. Malah, bermula habis sepapan ubat
dimakan (mengikut arahan tentunya) akhirnya membawa kepada hanya beberapa biji
ubat yang ditelan, sakit saya mudah dan cepat sembuhnya.
Mula-mula datang…kena
habis sepapan ubat yang 10 biji tu +- makan untuk 3 hari, akhirnya di lain
waktu sakit yang sama berulang, baru makan sebiji dua ubat, sakit dah baik dah.
Tak sempat habis ubat tu dimakan, balance ubat kita tetap simpan, anytime sakit
yang sama berulang di masa hadapan…telan jer lah ubat tu selagi belum expired.
Baru-baru ini saya ke klinik K1M BB tapi bukan sebagai pesakit,
sekadar meneman suami saya, tangan dia gatal-gatal alahan. Alhamdulillah tahun
ini saya belum pernah ke klinik sebagai seorang pesakit…dan itu membawa makna
tiada ubat yang ditelan lagi setakat ini, semoga saya sentiasa sihat walafiat,
amin…
Ibrah - saya melihat sendiri beberapa orang yang dikenali… saya
andaikan mereka sudah ketagih makan ubat, sesuka hati menelan ubat tanpa pengawasan
doktor. Ubat beli sendiri. Tapi nak cakap lebih-lebih pun susah juga, bukannya
dia dengar pun cakap kita. Kita pula level anak buah jer, sah-sah nampak sangat
‘lawan tauke’ kalau kita beri pendapat. So, kita jadi saksi tanpa rela, tengok
dalam terpaksa sambil berfikir – dia ni normal ke tidak? Biar betul?
Memang nampak macam tak betul sikit dari cara percakapan, turun
naik emosinya itu.
Mood swing memanjang,
suka marah-marah, sensitif lebih, sentap lebih.
XYZ sepanjang masa menghidu Vicks, yang jenis inhaler. Cara hidu
dia tu hidu sungguh-sungguh, sampai saya naik hairan dan tanya dia, selsema
teruk ke? Jawabnya tak, saja-saja hidu sedap bau, best. Aduh jawapan. Tu belum
masuk ubat kencing manis, darah tinggi, kolesterol yang dia telan sebelum
makan, selepas makan dan anytime nak makan benda manis yang sedap-sedap. Saya kira
purata sehari 15 biji – 20 biji +- ubat yang dia makan. Stok ubat dia tu…mula-mula
saya sangka itu beg laptop atau housing notebook, rupa-rupanya itu beg ‘stor
ubat’.
Makan minum tak kawal,
rembat ikut nafsu. Duduk dalam aircond sepanjang masa, langsung tak bersenam
waima senaman yang ringan-ringan, aduh seram nak! Jalan kaki tak sampai 20
langkah dah penat buru-buru cari tempat duduk. Dia botak licinkan kepala (XYZ
ni wanita dan bertudung) katanya tak selesa ada rambut di kepala, rimas dan
panas. Sepanjang masa pakai pantyliner, tak selesa katanya kalau tak pakai,
selalu basah, selalu terkencing kalau batuk/bersin.
Umur muda lagi, baru awal 40 – an. Anak bandar, hidup senang duit
tak ada masalah dari kecik sampailah sekarang. Saya tidak pernah nampak dia
solat.
Saya tegaskan, saya tiada niat memburuk-burukkan XYZ. Ini pengajaran
sungguh untuk diri saya sendiri terlebih dahulu.Sesungguhnya kesihatan tubuh
badan, minda dan fizikal adalah nikmat hidup dan amanah yang perlu kita jaga.
@Emak@
Saya agak risau dengan kesihatan emak di kampung. Emak disahkan
ada darah tinggi, kencing manis. Sampai tahap doctor suruh suntik insulin. Dengar
saja doctor cakap begitu…emak terus stop jumpa doctor. Sampai ke hari ini emak
langsung tak ambil peduli tentang penyakitnya. Adik saya beli glucometer untuk
emak mudah cek/pantau paras gula dalam darah…emak tak pakai pun benda tu. Saya belikan
emak beras perang, nasihat sikit-sikit tentang jaga makan minum…pun tak jalan
juga.
Doa yang baik-baik untuk emak. Dah dia degil tak nak jumpa doctor.
Jenis aktif, tak reti duduk diam emak saya ni, almaklum orang kampung, dia
rajin berkebun bunga menebas rumput di sekeliling rumah. Selalu berjalan kaki
ke sana sini di kampung halaman. Tapi yalah kalau stop terus jumpa doctor kita
pun tak tahu tahap kesihatan emak yang terkini kan, dah dia tak nak, dan kami
anak-anak pujuk dia pun tak berkesan juga. Di luar nampak ok, dalam kita tak
tahu.
Emak jenis macam ni, serupa arwah bapa juga.
Memanglah tawakal
pergantungan terhadap Allah itu tinggi, percaya bahawa hidup mati seseorang
sudah ditentukan. Tapi kita juga sama-sama tahu, menzalimi diri sendiri pun tak
kena juga ya. Misalnya tak nak jumpa doctor langsung. Dipujuk-pujuk pun tak nak
juga. Saya pernah dengar emak bercakap, dia tak kisah sangat tentang kemahuan
hidup saling berlumba-lumba, bersaing bermacam benda seperti material wang
ringgit, kereta rumah anak-anak etc. dia sudah melepasi tahap itu. Sudah bercucu.
Dia sudah tua katanya, yang terpenting sekali umurnya dipanjangkan sampai
ketiga-tiga adik saya yang masih bujang dan bersekolah itu habis belajar dan
bekerja. Sebab itu dia tak kisah sangat
perihal penyakit kencing manis dan darah tingginya itu. Emak still balun nasi,
minum manis, jenis minum manis dia tu sangat-sangat manis, saya panggil double
triple manis.
Arwah bapa saya lagi ‘ohsem’, langsung tak pergi klinik walaupun
dah terbaring terlantar menggigil. Memang tak nak langsung. Saya ingat lagi dia
terpijak duri sawit dan demam hampir sebulan, pun tak nak pergi klinik,
bertahan begitu saja. Pada ketika yang lain pula, dia digigit kala jengking
sampai bengkak kakinya, pun tak pergi klinik, dia ubat sendiri letak kari
macam-macam rempah dekat kaki dia tu, bantai minum air cap badak dan ubat
serbuk cap kaki tiga. Bertahan sehingga surut bengkak kaki dia tu. Sehinggalah satu
hari dia sesak nafas, akhirnya dia mengalah terus dibawa ke hospital membawa
kepada diagnosis kanser paru-paru stage 4.
Mujurlah orang tua kami bukan jenis anti vaksin. Cuma kalau
mereka sakit memang tak nak ke klinik. Tapi kami adik-beradik kalau sakit orang tua
bersegera membawa ke klinik. Ok, setakat ini saja entri ubat, akan disambung lain tajuk tata...
love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar,
Klang
22 Februari 2017
Rabu
No comments:
Post a Comment