Assalamualaikum…
Info pantas untuk anda yang tidak punya banyak masa membaca
entri ‘panjang x lebar x tinggi = kolam renang saiz Olimpik.’ Saya berbekam di
sini –
Pusat Terapi Bekam Sunnah Al – Hajari, beralamat di 13, Jalan
Gombak Ria 3, Taman Gombak Ria, 68100, Kuala Lumpur.
RM 5/cup. Sekali iring dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran
semasa proses berbekam.
Just taip dekat fb, senang sangat godek info di zaman IT
sekarang ni. Untuk anda yang banyak masa membaca bolehlah sambung bacaan
selepas garis ‘kawat duri’ di bawah ini.
**************************
*ini sambungan cerita makan minum bertarikh 26 Mac 2016 (Sabtu)
Setting mood tulisan – romantic, perisa kasih sayang. B adalah ringkasan untuk hubby. Disengajakan menulis
seperti ini, mudah melekat di ruang fikir.
Cuaca di luar rumah cerah (31’C – mostly cloudy), cuaca di dalam
hati redup, nyaman, santai dan tenang. B, I puasa tau hari ini, dah masuk hari
kedua dah. Alhamdulillah. Mulanya I nak tulis cerita bekam ni minggu sudah,
excited sangat nak share, almaklum B, B pun tahu dekat ‘bandar metropolitan’
apalagi kalau bukan Facebook tu tengah hangat isu bekam vs derma darah.
Berdentum status bunga api di sana sini, meriah memang meriah B. Ah, B itu I tak perlu cerita panjang-panjang,
you cari sendiri ok?
Mula-mula I bekam 2 tahun lepas bertarikh 8 Jun 2014. I pergi
dengan suami. Sebelum itu B, I nak pujuk my husband pergi bekam agak payah
juga, I dah macam ni tau – pot pet pot pet bla bla bla bla dah macam serupa itu
ahli MLM. I follow fb bekam dekat atas ‘kawat duri’ tu +- 6 bulan lamanya,
tabayyun maklumat. Setelah I berpuas hati + yakin dengan setiap status bekam
yang tertera di dinding fb Pusat Terapi Bekam Sunnah Al Hajari ini, I pun call
untuk booking tarikh bekam. Ok, dah dapat tarikh, tapi kemudiannya I kena ubah
tarikh lagi sehingga dapat tarikh 8 Jun 2014. Kami ambik slot petang B, petang
Ahad masa tu, itu jer tarikh yang kami berdua suami isteri dapat datang sekali.
Kali kedua berbekam I pergi minggu sudah – pada tarikh 9 Mei
2016 Isnin. I datang seorang, husband tak dapat join, kekangan kerja. I datang
naik public transport jer. From Klang I naik komuter menuju stesen KL Sentral
(RM 5.20), pastu I naik LRT arah Gombak turun dekat stesen Taman Melati, then I
ambik teksi tunjuk alamat terus pergi betul-betul di hadapan rumah pembekam. I
sampai before 10 a.m. Syukur sekali lagi semuanya dipermudahkan, I dibekam
dalam suasana yang santai + nyaman dalam bilik sejuk ada pendingin hawa.
(pendingin ‘adam’ I tak pernah jumpa lagi yer, hihiiii…).
Ok, next I nak cerita pengalaman bekam… Apa dia B? It’s ok B, ianya perasaan normal
untuk 1st timer. I mula-mula nak gi bekam pun takut, cemas pun ada
B, irama heavy metal kat dalam dada ni pergh!!! tak yah cerita banyak B,
berdentum-dentum jadinya, debar tak sudah. Dalam takut tu, buat-buat berani B.
Nak sihat punya pasal kan? ‘Bekam’ tatu lagi sakit B.
Dekat sini dia guna jarum yang semacam pen tekan-tekan tu, bukan
Gillette punya, yang jenis toreh tu I tak sanggup, sangat-sangat tak sanggup. Alah
B, rasa macam kena gigit semut jer, tak sakit sangat. Ikut diri masing-masing
ya.
Cup/gelas yang digunakan dibasuh bersih kemudian disterilkan
dalam ‘oven’ khas. Jarum sekali pakai jer, satu jarum untuk seorang, tak de share
jarum dengan orang lain, bahaya B share jarum kan? B pun tahu tentang itu.
Proses bekam– dimulakan dengan Bismillah, light massage, then
bekam luncur, bekam angin/kering dan bekam darah/basah. Pada tarikh 9 Mei 2016,
I bekam 26 cups – dekat muka 5 cups – pipi kiri pipi kanan,dagu, atas kening
kanan dan kiri, belakang kepala 1 cup,
dekat dada bahagian hadapan 1 cup, betis kiri 1 cup, betis kanan 1 cup dan yang
selebihnya bermula kawasan tengkuk sehingga bawah pinggang. Seram tak B? Hihiii…
Bekam dekat belakang kepala I adalah prevention for 5 jenis
penyakit – yang I ingat darah tinggi, kencing manis, jantung, strok, itu jer yang I ingat, lagi satu sudah lupalah.
Masa I kena bekam tu, ok kita mula dekat muka dulu - perawat bagitau darah atas kening kiri I
banyak + berbuih, pipi kiri pun begitu. Jarum untuk bekam di muka jenis halus
kata perawat, sesuai dengan kulit muka, beza dengan jarum yang digunakan pada
bahagian tubuh yang lain. Darah kotor dekat belakang kepala I pun banyak juga
B.
Bekam di muka I, prosesnya gini – guna jarum halus, ok, bekam angin/kering
1st, kemudian tekan jarum, letak cup, suction +-3 kali bagi darah
kotor keluar, setelah +- ¼ cawan darah kotor dah keluar… cup dibersihkan
kemudian proses tekan jarum + suction +- 3 kali + cup dibersihkan dan
seterusnya proses ini berulang-ulang sehingga habis darah kotor disedut
semuanya/tiada lagi darah kotor keluar. Untuk I sendiri, dekat muka sahaja
terutama sekali pipi kiri total suction/tarikan/hisapan/lekapan itu I kira
semuanya 30 suction. Aduh B, seram juga bila diimbas semula.
Belakang kepala I, 2 kali cup dibersihkan, maknanya ada 6
suction. Pada dada bahagian hadapan – 3 kali cup dibersihkan, 9 suction.
Bahagian tubuh yang lain, 3 atau 4 suction untuk setiap cup.
1st bekam 2 tahun sudah… dalam proses bekam luncur
dan bekam angin/kering tu… I rasa macam ada aliran elektrik part yang kena
bekam tu, then tak sakit sangat masa darah tu keluar. Jari manis dan jari kelingking
I (kanan dan kiri) kebas sekejap masa tu, ada rasa pening-pening sikit, dalam ½
minit gitu. 2nd bekam Isnin sudah 9 May 2016, bahagian tubuh yang
kena bekam (belakang) – I rasa pedih + pedas sedikit semasa proses keluar darah
tu. Dan hanya jari manis serta jari kelingking sebelah kiri yang kebas sekejap
dalam 15 saat gitu. Darah? Kemerahan, tak gelap sangat dan sedikit ‘beku’
maksudnya semacam agar-agar gitu. Pembekam tu cakap jenis darah kotor kali ini
yang dekat belakang I jenis darah yang tidak digunakan lagi, yang perlu
dibuang.
Oh ya B, sebelum I terlupa,you jangan gelak tau! Dari mula
proses bekam bermula, asyik nak kentut saja dan I pun layankan ajelah, dah dia
nak keluar, nak buat macam mana…nature’s call hihihiii….
I bawa kain sarung/kain batik dari rumah walaupun pembekam ada
sediakan kain. I just berkemban semasa rawatan dibuat. 1st bekam
dulu I tak tahu apa-apa, I dan husband serbu macam tu jer. Ada dua bilik asing,
lelaki dan perempuan. Suasana dalam bilik ala-ala bilik spa, B. Selesa dan
tenang, kaler langsir mood alam
semulajadi gitu – hijau pucuk pisang.
SELEPAS BERBEKAM : Maksudnya B, apa yang dirasa oleh tubuh badan
dan perasaan kita serta proses penyembuhan.
Begini B, hmm… nak mula macam mana ya? Oklah, kita mula dari
muka dulu. Sebab pipi kiri + atas kening belah kiri + belakang kepala I paling
banyak darah kotor dikeluarkan… so lebam tu agak kuat kaler semacam
kebiru-biruan sedikit macam baru lepas kena tumbuk gitu…hihiii…tapi jangan
risau B, dalam tempoh seminggu semua kesan lebam bekam tu akan pulih
sepenuhnya. Dalam proses nak baik tu, ada rasa gatal-gatal sedikit tempat bekam
tu, tapi janganlah garu kuat pula, just garu manja-manja gitu. Dan masa mandi
tu tak perlu sental kuat kulit kita, sapu lembut sopan sabun kat kulit kita. Tak
lama B, seminggu jer proses baik pulih lebam tu. Itu yang kat luar lah, atas
kulit kita.
Ok, next, dalaman kita. Lain orang berbeza saiz pakaian mereka,
ada saiz S, M, XL, misalnya. So maksud I setiap orang akan berbeza cerita,
kesan penyembuhan selepas berbekam pun berbeza, ikut badan masing-masing. Rasa
ringan, lega sangat, terrrr….lebih cergas B, after bekam I turun KL – KL
Sentral ( I round satu mall NU Sentral, actually I cari buku tapi buku takde) –
then I pergi Jalan TAR, ke sana sini atas urusan mencari hotel, booking hotel. Dekat
LRT tu, I tak naik escalator, I just naik tangga jer dan Alhamdulillah, tak
sesak nafas, gerak nafas I macam biasa, tak semput langsung! Alhamdulillah
syukur Ya Allah. Then urusan booking hotel dah selesai… I try to jalan-jalan dalam
Sogo.
After 2 hours barulah I makan makanan berat – I try to makan
nasi putih + Ikan masak merah + suhun campuran tempe dan sayur-sayuran, I lawan
kan minuman air kosong jer. Then I jalan
kaki naik jambatan/lorong jalan kaki from Sogo menuju stesen komuter Bank
Negara. Singgah solat, beli tiket menuju Klang stesen. Dalam tren, I tertidur,
nyenyak sangat. I dah tak peduli orang lain pandang I sebab bekas bekam kat
muka tu agak ketara. Buat tak tahu jer, alah orang lain tak kata apa pun, just
pandang dengan pandangan yang sedikit hairan bercampur terkejut. Sampai stesen
Klang, I jalan kaki lagi menuju Bandar Klang, masuk pasaraya Mydin beli sedikit
makanan, then I ambik teksi balik rumah. Sampai rumah, mandi, solat dan masak
sup ayam. Malam tu I cek gula dalam darah I, 5.8 mmol/l.
After bekam I rabun sedikit, namun begitu tahap rabun ini
semakin berkurang dari sehari ke sehari, rasa mata ada terang banyak. Rasa
pening yang datang tiba-tiba, kepala tak sakit, badan pula rasa sedap badan +
cergas semacam, tapi part pening sehingga memasuki hari ketiga akhirnya saya
mengalah, saya pergi ke klinik K1M, ok, dapat ubat pening + vitamin B kompleks
dan iron tablets. PPP cek mata I dan pucat katanya, darah I normal, but kurang
darah due to banyak darah keluar semasa bekam. PPP suruh makan kerang, tambah
darah.
Tapi B, selera I sungguh, tiba-tiba mencanak naik, selera gebu.
Due to pening-pening, selain kerang, I makan macam-macam, diet tolak tepi, but
still tolak air manis, gula putih dan nasi setakat ¼ portion. I makan antaranya
sup tulang, ikan, nasi goreng USA, kerang bakar, sate ayam, aneka sayuran. (makanan
kat luar tak dapat elak ada gula putih sebagai tambahan perisanya, yang penting
air manis tu kena ganti dengan air kosong atau minuman tanpa gula, contoh kita
request lah air barli kosong). Selepas seminggu, bermula semalam (Isnin) I
puasa. Semalam I cek gula dalam darah after 8 hour puasa – 5.3 mmol/l.
26 cups x RM5/cup = RM 130, diskaun RM10 = RM120 sahaja kos semasa
bekam dekat Pusat Terapi Bekam Sunnah Al – Hajari.
Dari sisi pengisian rohani, I banyakkan mendengar MP3/MP4 alunan
ayat-ayat al-Quran dan lagu-lagu mood ketuhanan/soul music, selain membaca al –Quran.
Yalah kita dah buang darah kotor, so kita nak replace sesuatu yang baik untuk
input dalam badan kita, terbaik tentunya berkaitan elemen agama kita. Dalam masa
I mendengar + menghayati alunan suci ayat-ayat al – Quran tu, kadang-kadang I
tersedu (sedu – hiccup), tersentuh, keluar air mata. Dan semacam ada aliran
perasaan tenang, ringan dalam badan ini, entahlah B, ianya satu perasaan yang
unik, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Jam badan/biologi clock I sedikit terganggu beberapa minggu
(April 2016) sebelum berbekam, mungkin due to gatal-gatal semacam ruam naik kat
bahu dan dada I – pergi K1M dapat ubat alahan/selsema dan lotion Calamine.
Alhamdulillah sekarang, dan hari ini memasuki hari kedua
berpuasa – jam badan/biologi clock saya kembali normal. Sebelum tidur set minda
+ badan nak bangun sekian jam untuk bersahur + ibadat.
Jaga makan minum dah, bekam dah, sekarang tengah puasa, berat
tak timbang lagi ni, hihiii….baju seluar still rasa longgar, badan rasa sedap
badan, ringan, bertenaga, kulit pun I rasa semakin berseri-seri. Alhamdulillah…
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” – Ayat ini diulang berkali-kali dalam Surah
Ar-Rahman.
Perjuangan belum selesai. Cerita ini akan disambung lagi,
InsyaAllah.
love,
monalizahrais,
Batu 3 Jalan Kapar, Klang
Selangor
17 Mei 2016 Selasa
No comments:
Post a Comment