Assalamualaikum…
Musim cuaca panas dan ingatan untuk diri saya sendiri – jaga
kesihatan. Tolonglah jangan sakit, demam terutamanya. Saya try basuh manual
toto (selimut tebal yang selalu jual kat Mydin), dan jemur di ampaian belakang
rumah. Dua hari dah kering, nampak sangat panas sungguh cuaca kita. Biasa kami
basuh dekat kedai dobi di Rantau Panjang, Klang.
Banyak isu menarik di fb sekarang…eh hari-hari ada isu menarik
tertarik kebaboom lah! Google dan facebook dah jadi macam adik-beradik,
‘gudang’ maklumat kehidupan kita seharian. Taip apa pun di ruangan ‘search’
keluar macam-macam – tahap tak larat baca dah, banyak sangat.
Viral tentang isu panggilan – teguran seorang doktor terhadap
seorang peniaga online, etika berbahasa dan memanggil orang lain mengikut
gelaran, kedudukan etc. Ok, status ‘bunga api’ berdentum sana sini memeriahkan
langit facebook kita. Macam-macam warna dapat dilihat. Sesungguhnya itulah
wajah sebenar facebook, muka buku – muka jiwa dan raga kita dalam bentuk alam
maya.
Saya tak nak bercerita semula tentang itu. Saya hanya ingin berkongsi
pengalaman mula-mula berhijrah ke Semenanjung Malaysia – KL dan Selangor, dari
sisi cara kita berbahasa, memanggil gelaran terhadap orang lain sama ada yang
dikenali atau tidak.
Ok, mula di Sandakan dulu. Ok, katakan anda berumur lingkungan 20
– 40 an. Kita pergi tamu (sini semenanjung sebut pasar malam). Kita beli
barang, dan penjual memanggil kita makcik, adik, sayang, rayang. Padahal kita
muda lagi. Yang memanggil kita, si penjual tu nampak lebih tua dan berumur dari
kita. Dah memang macam tu stail panggilan mesra mereka. “Kita juga bermaksud
‘kamu”. Kadang-kadang terdengar dialog seperti ini – “Kita mau beli apa?”,
bermaksud “Anda/awak/kamu ingin beli apa?”
Di pasar malam dan kedai-kedai di KL –Selangor ini– “abang long,
kak long, kak/abang/akak nak beli apa?” yang memanggil tu kadang-kadang sebaya orang
tua kita. Dan kita pula umur mungkin sebaya anak dia. Tapi memang dah macam tu
cara panggilannya.
Mula-mula saya agak janggal memanggil peniaga yang sebaya mak
bapa atau tua sedikit dari kita dengan
panggilan abang dan kakak. Biasa di negeri kelahiran saya selamba jer kami
sebut makcik/pakcik. Tapi agak berlainan di sini. Tersasul sebut makcik/pakcik
nampak sangat berubah air muka tu.
Saya sering mengingatkan family saya yang pertama kali berkunjung
ke sini – jangan panggil pakcik/makcik sembarangan kecuali dia bahasakan
dirinya makcik/pakcik. Budaya berlainan. Tegas saya, kita di tempat orang,
bukan di tempat sendiri.
Kadang-kadang saya tengah belek-belek barang di kedai, tiba-tiba
ada jurujual tegur dari belakang– makcik nak beli apa? (amboi mentang-mentang I
comel dan gebu, hahaha…) Kemudian saya pandang dia… cepat-cepat jurujual tu
tukar dialog – eh kakak rupanya, nak beli apa kak?. Padahal saya tak rasa
apa-apa pun, sebab dah terbiasa di Sabah kita umur 20-an/30-an dipanggil
makcik/pakcik bukan isu besar.
Semalam dan kelmarin – Semalam membawa maksud malam tadi (Sabah)
vs sehari sebelum itu (Semenanjung Malaysia). Kelmarin membawa maksud sehari
sebelum hari ini (Sabah) vs beberapa hari sudah (Semenanjung). Semalam dan
kelmarin berbeza makna pada tempat yang berlainan ianya seperti pantat dan
punggung. Pantat kalau di Sabah merujuk kepada punggung tapi di semenanjung
merujuk kepada kemaluan bahagian hadapan.
Sebab saya dah belasan tahun duduk KL – Selangor… kadang-kadang
terjadi salah faham, ‘tersasul’ ketika bercakap dengan family sendiri. Contoh,
saya tanya – kau ‘duduk’ mana sekarang? Terkebil-kebil dia mendengar saya sebut
perkataan ‘duduk’ tu yang membawa maksud ‘tinggal’ kalau di Sabah.
Contoh – ‘Duduk’ rumah sewa atau rumah sendiri? Sama maksud
dengan ayat – ‘Tinggal’ rumah sewa atau rumah sendiri?.
Duduk = tinggal.
Setiap kali berkunjung ke rumah family sebelah suami, sebab
suami saya anak bongsu dan family dia jenis big family… anak buah dan cucu kami
ramai sangat, tak larat nak kira dah berapa orang semuanya. Saya dan suami
seperti ‘Tuan Besar’ dan sudah tentu saya ‘Mem Besar (bukan membesar tau),
‘Puan Muda’. Sebelah suami saya, kedudukan dan gelarannya begini – ada
panggilan khusus iaitu ‘Datu’, semacam golongan bangsawan gitu. So, hendak dijadikan cerita, yang si cucu dan
anak buah ini selalu tersasul, keliru memanggil saya dan suami. Kadang-kadang
tu umur lebih kurang sebaya pun ya. Jadinya macam ni, anak buah sekejap panggil
saya auntie, sekejap lagi panggil kakak, nasib baik tak dipanggil adik hahaha…
tu belum masuk bab si cucu memanggil kita auntie dan kakak, aduiii…meriah,
meriah…
Setinggi manapun gelaran dan kedudukan kita – yang dinilai cuma
amalan kita untuk dibawa ke ‘sana’. Bahasa social media termasuklah urusan
niaga online – susah untuk kita berbahasa formal seperti berurusan di atas
kertas rasmi. Memang tidak ada guideline khusus, sudah namanya social media,
memang gitulah adatnya. Terserah atas diri sendiri, mengatur adab di laman
maya. Ni belum masuk bahasa berblogger lagi, tunggang terbalik serabut ayatnya
almaklum – sendiri taip, sendiri edit dan sendiri siar.
Saya setiap kali balik kampung halaman… ok, masa menunggu nak
masuk flight tu, tengah duduk-duduk santai di bangku…sering ada yang menegur
kita bertanya begini – “adik, sekarang cuti semester ke?” atau “dik, adik study
kat mana? cuti semester berapa lama?” saya respon ‘saya bukan student’ dah
dapat jangka riak wajah hairan/tak percaya/saspen yang bertanya tadi tu.
“Ingatkan student,” balasnya lagi. (well…tiba-tiba I rasa muda you!).
*ini cerita dah siap taip waktu mood cuaca panas hari tu...tapi baru hari ni dapat publish. selepas ni nak masuk cerita bekam, sambungan cerita makan minum bertarikh 26/3/2016 yang lepas.
love,
monalizahrais,
Batu 3 Jalan Kapar,Klang
Selangor
16 Mei 2016 Isnin
No comments:
Post a Comment