Assalamualaikum…
Sepanjang
bulan puasa ruang fikir saya asyik diterjah dicuit diusik dengan 3 item tajuk
di atas – puasa, anak, mata. Bulan puasa punya pasal memikirkan tentang ibadah
yang perlu diupgrade lebih berbanding bulan-bulan lain… saya biarkan saja ianya
berlegar-legar di kepala. Semalam saya ke klinik, sakit kepala dah seminggu, doctor
cakap/tanya adakah saya STRESS? Dia bagi ubat makan untuk seminggu kalau tak
baik lagi sakit kepala tu datang balik ke klinik. Harap-harap tak perlulah saya
datang lagi, oh sakit kepala tolonglah baik, nyah kau jauh-jauh sakit kepala,
hihi…
Ok,
cuaca di luar rumah agak mendung. Namun dalam hati sentiasa cerah (macam tak
sah kalau tak sebut bab cuaca kan…). Hmmm…bulan puasa, tahun ini ibadah puasa
saya lebih baik berbanding tahun lepas. Semoga amalan saya yang masih banyak
kekurangan ini diterima olehNya. Saya sering memikirkan/impian semoga satu hari
nanti saya dapat jejak di tanah suci waktu Ramadhan membawa ke hari raya, amin…Hari
yang sangat-sangat-sangat-sangat mencabar puasa saya adalah pada tarikh 28
Ramadhan 1437. Tersangatlah letih, lemas + cuaca panas, namun saya tekad selagi
belum pening-pening atau sakit kepala,
masih boleh berdiri dan berjalan dengan betul, saya teruskan sampai ke hujung hari dan
Alhamdulillah
puasa saya sampai juga hari tu.
Ada beberapa hari yang saya terpaksa buka puasa
walaupun sedih – sebab kepala pening, tengah solat lepas rukuk nak bangun
semula tu rasa nak jatuh, berhenti sekejap solat, pergi minum, rehat baring
sekejap barulah sambung lagi solat yang terbengkalai tadi tu. Padahal badan
rasa kuat tak letih pun, tapi sebab pening kepala tahap nak jatuh dah, putuslah
puasa hari tu.
Berbalik
kepada kisah semalam di klinik, tekanan darah 110/60 dan pr 68. Doctor cakap
tekanan darah ok. Sekali lagi tolonglah baik wahai kepalaku… jangan sakit-sakit
pening lagi…huhuhu…please I punya manuskrip tak siap-siap lagi ni.
Menjelang
bulan puasa ada rakan yang bercerita di whatapp group, katanya setiap kali tiba
bulan puasa dia dah mula sedih dah, teringat ahli keluarga yang sudah ‘pergi’. Jangankan
whatsapp malah dalam fb pun kita dapat lihat kesedihan rakan-rakan yang
teringat pemergian orang-orang tersayang dalam hidup mereka – ibu bapa, adik
beradik, kawan-kawan. Tu belum masuk bab raya lagi tu.
Sememangnya
puasa dan raya seperti kunci memori yang dibuka semula setiap tahun – spontan kita
teringat orang-orang tersayang yang dekat dengan diri kita yang sudah ‘pergi’
untuk selama-lamanya hanya kenangan kekal dalam diri kita yang dtinggalkan. Untuk
diri saya sendiri – ingatan terhadap arwah bapa sentiasa berulang-ulang –
memori bersahur, berbuka puasa/sungkai, persiapan hari raya etc. Malam sebelum
raya awal-awal lagi arwah bapa berulangkali mengingatkan kami supaya bangun
awal pagi raya nanti mandi sunat hari raya.
Dia siap mandikan kami lagi. Kita mandi
dulu macam biasa, then arwah bapa akan mandikan kita mandi sunat hari raya. Lepas
tu pakai baju cantik-cantik (kita pakai baju kita yang paling elok walaupun
tiada baju raya masa tu), berwangi-wangi (sekali pakai minyak atar dia daaa…)
sarapan sedikit kemudian pergi sembahyang raya. Saya tidak pernah bersembahyang
raya kerana setiap kali hari raya saya akan uzur – datang bulan, kebetulan kan.
Hanya beberapa tahun kebelakangan ini saya tidak uzur-datang bulan tapi tidak
pula saya pergi sembahyang raya. Dan kebetulan pula sejak bermastautin di
Selangor ini hanya suami dan adik saja yang bersembahyang raya, saya duduk
rumah masak juadah raya. Tahun lepas raya pertama saya di Barangay Oring-Oring
sebuah perkampungan tradisional dalam daerah Brooke’s Point di Pulau Palawan. Saya
teringin merasai suasana solat raya di situ tapi kena time uzur-datang bulan
juga. Sudahnya saya seorang kat rumah menunggu ahli keluarga pulang dari solat
hari raya.
Raya
tahun ini (2016/1437) kami bertiga – saya, suami dan adik Not. Saya masak
juadah ringkas, ketupat segera + kari daging + ayam kicap. Dan kami tidak ke
mana-mana, rakan-rakan dan family semuanya balik kampong halaman. Kami beraya
di sini – Batu 3 Jalan Kapar, Klang. Tahun ini saya dan suami awal-awal lagi
dah set kami tak balik kampong tahun ini. Tahun sudah (2015) kami habis belasan
ribu RM, raya sakan tak cukup tanah di Sabah sambung beraya sampai Filipina,
hahaha… ada sedikit insaf tahun ini hihiii…tahu tak tahun lepas saya beli baju
raya dan kain pasang +- 20 item semuanya? Tu belum masuk bab tudung lagi. Ada yang
saya pakai, ada yang saya sedekah dekat family dan ada juga yang tak sempat
pakai pun. Nafsu lebih kau beli sampai 20 pcs. Ala-ala artis gitu.
Tahun
ini kami bersederhana, pakai apa yang ada, masak juadah ringkas seperti yang
saya nyatakan di perenggan atas, more muhasabah diri hihiii… (bukan bermakna
kami bankrap/muflis, sekadar beringat). Dan tahun ini saya gelar ‘tahun
kesihatan’. Sebab dah banyak kali ulang alik klinik sampai masuk hospital pun
ya, so ianya membuatkan saya lebih cakna tentang kesihatan diri. Hampir setiap
hari saya akan ‘terbang’ di google, facebook mencari info-info kesihatan untuk
saya dan suami – bab pemakanan terutamanya, berusaha upgrade cara makan minum
dan upgrade kesihatan diri. Umur kita semakin naik itu maknanya tahap kesihatan
kita perlukan perhatian istimewa, sebaiknya mencegah lebih baik daripada
mengubati, tak gitu? Ada satu dapatan menarik saya terbaca di fb, pasangan
suami isteri dari Jepun ini akhirnya memeluk agama Islam setelah 7 tahun
mencari info tentang makanan halal Islam. MasyaAllah asbab hidayah pasangan
suami isteri tersebut. Melalui pencarian info makan minum halal dari perspektif
Islam.
Next,
masuk bab anak. Semakin tinggi usia perkahwinan kita tapi kau belum ada anak
lagi, tidak dapat elak, suka atau tidak… mengikut kebiasaan masyarakat Malaysia
kita ini yang bersifat prihatin dan ‘prihatin’, pertanyaan bila nak dapat anak
tu sentiasa kedengaran di telinga kita. Ianya satu isu serius – saya berpendapat
begitu sebabnya dapatan terdekat melalui facebook hampir setiap kali bulan
puasa menghampiri mood hari raya kita lihat ada banyak status bersifat ‘amaran’
yang membawa maksud – balik raya time kumpul beramai-ramai tu tak perlu tanya
bila nak kahwin? Bila nak dapat anak? Tak nak tambah anak lagi ke? Sorang je
anak? Tak nak anak ke? Dan yang sewaktu dengannya. Main poin is… yang bertanya
tu makcik-makcik yang tiada facebook beb. Apa kedehal kau letak ‘amaran’ gitu
di wall fb ko, bukannya dorang nampak/baca pun. Nak-nak lagi dekat kampong halaman
bukannya line internet tu selancar di bandar. Yang membacanya kita punya
friendlist tu je pun. Itupun kalau dorang ada masa membaca.
Sebenarnya
saya teringat seorang adik ini. Sebelum itu saya teringat movie Hobbit tu. Ambil
masa 3 tahun barulah kita dapat ‘cerita penuh’ Hobbit. Sama macam The Lord of
The Ring jugakan. Dari 1st 2nd 3rd kena tunggu
3 tahun untuk complete tayangan cerita di pawagam.
Ok,
berbalik kepada seorang adik X ini, 2 tahun lepas kami beraya di rumah adik X
ni. Masa tu biasalah kat kampong tajuk utama perbualan di hari raya tak lain
tak bukan – kahwin, kerja, anak. Adik X dah kahwin banyak tahun dan belum ada
anak. Yang menyedihkan saya, adik X ‘terperangkap’ dalam situasi family yang ‘push’
bila nak dapat anak dan cenderung menyalahkan si isteri (adik X yang saya sebut
ni lah). Kesian sungguh, riak wajah dia memang nampak sangat ‘stress’ melalui
perbualan dengannya. Saya hanya mampu mendengar, saya faham situasinya itu
sebab saya dan suami pun dah kahwin banyak tahun dan belum dikurniakan zuriat. Cuma
bezanya kami kurang ‘stress’ sebab kami duduk kawasan bandar, berhijrah jauh
dari kampung halaman, di luar lingkungan masyarakat kampong yang prihatin dan ‘prihatin’
tentang kehidupan kita. Faham-faham sajalah kehidupan di bandar kan…masing-masing
sibuk dengan kehidupan pantas. Segala-galanya pantas, malah berfkir juga kena ‘laju’.
Kalau lambat, kita akan tercicir di ‘platform’.
Situasi
adik X ditambah lagi dengan lingkungan family dan rakan-rakannya yang bersifat
klasik, tradisional, more to mistik life, kurang pengaruh agama Islam, lebih
adat berbanding agama. Kemudian tahun lepas 2015 kebetulan saya berpeluang ke
rumah adik X lagi berhari raya. Kali ini dia sudah mengandung 6 bulan,
Alhamdulillah saya tumpang gembira dengan keadaannya itu. Dalam hati saya
terdetik begini – sekurang-kurangnya ‘derita rasa’ adik X sudah terubat
sedikit, dan orang-orang sekeliling sudah tidak/kurang ‘push’ lagi. Adik X siap ambil tangan saya dan
letak atas perut dia. Kita layankan saja. Kemudian saya tanya dia, buat apa
sampai dapat mengandung? Usaha macam mana? Saya bertanya begitu manalah tahu
ada yang dapat saya usahakan untuk diri sendiri.
Apa
yang diceritakan adik X selepas saya bertanya sebegitu benar-benar membuatkan
saya, suami dan seorang adik saya yang mendengar ceritanya itu…membuatkan kami
terkejut, terpempan seketika. Saya semacam ‘blur’ seketika, kemudian rasa
sedih, sebak, geram, kesian ‘berperang’ tak sudah dalam ruang hati saya. Tak
tahu nak kata apa.
Ceritanya
gini beb. Katanya ada seorang bomoh handal (lelaki pula tu) yang mengubat
pesakit menggunakan kaedah menghisap/menyedut sakit menggunakan mulut. Semacam konsep
bekam cuma bomoh ni ‘bekam’ guna mulut. Adik X cakap setelah mendapat ‘waktu
rawatan yang sesuai’, adik X pergi ke pondok yang hanya dia dan bomoh sahaja di
dalam pondok itu. Selepas dibacakan mantera tertentu… adik X mula rasa lemas
tak bermaya kemudian bomoh itu menghisap/menyedut bahagian-bahagian tertentu
badannya – perut dan… tak sanggup saya fikir/sebut lebih dari tu. Tahu tak saya
fikir apa? Adik X dir***l secara ‘terhormat’. Huhuhu…
Selepas
‘rawatan’ itu bomoh tu bagitau lepas ni dah mengandung ada pantang tertentu antaranya
dilarang pijak tanah selama 3 bulan dan lain-lain pantang lagi. Dan anak yang
bakal lahir itu juga akan berperangai pelik, lain dari yang lain katanya. ‘Sequel’
terakhir cerita adik X yang sepatutnya saya ‘tonton’ tahun ini, tapi sebab saya
tak balik beraya tahun ini so entahlah apa cerita terkini adik tu. Kita doakan
yang baik-baik saja untuk adik X.
Walau
macam mana pun terdesaknya kita, please…tolong…berfikir tenang dulu (ingatan
untuk diri saya sendiri terlebih dahulu). Berfikir beberapa minit, bertenang
itu lebih baik berbanding terburu-buru membuat keputusan. Memang tidak mudah
berhadapan desakan orang sekeliling yang prihatin dan ‘prihatin’ dengan
kehidupan kita. Sebagai manusia biasa ‘apps emosi’ kita ada turun naiknya. Sungguh
kisah adik X ini ibrah yang sangat-sangat mengesankan saya. Dia ‘terperangkap’
dalam situasi yang… memang itulah kehidupannya, selama mana masih berada dalam
lingkungan adat melebihi agama, selama itu jugalah akan kekal dalam situasi
itu, mungkin berterusan diwarisi generasi seterusnya.
Next,
tajuk mata pula. Zaman kanak-kanak saya, saya suka sangat makan mata ikan. Malah
kalau waktu makan lauk selain ikan, saya tetap request mata ikan dekat mak. Kalau
tak dapat mata ikan kadang-kadang saya marah, hahaha…apa punya perangai daaa…
Iridology
– ‘terbang’ sana sini di laman maya terjumpa iridology. Mengikut Wikipedia –
Iridology (also known as iridodiagnosis or iridiagnosis) is an alternative
medicine technique whose proponents claim that patterns, colors, and other
characteristics of the iris can be examined to determind information about a
patient’s systemic health.
Menarik kaedah ini, sebab saya orang luar dari
bidang kesihatan, saya melihat/membaca iridology ini sekadar menambah ilmu pengetahuan, cakap lebih-lebih
pun tak patut ya, memandai pula jadinya, nak confirm kita jumpa terus ahlinya.
Sebelum
terjumpa iridology seterusnya membawa kepada sclerology (defined as the interpretation
of the red lines in the whites of the eyes and their meaning for health
evaluation & analysis), saya selalu hairan kenapa tepi mata orang tu
kuning? Kenapa semacam ada ‘cacing-cacing’ halus tepi mata tu? Kenapa mata dia
putih? Kenapa mata orang tu merah, kenapa itu ini dan bermacam-macam kenapa
lagi. Bila dah membaca bab iridology -sclerology ni kita faham sikit-sikit
jugalah part ‘kolesterol ring/plaking kolesterol/sodium ring’, Radii Solaris,
orange tones, etc. ok stop kau carilah sendiri.
Dalam
bidang saya – teater, bab mata ni biasalah – mata adalah jendela hati yang
sering kita dengar, kami juga belajar cara-cara menggunakan mata dalam
performance, saluran perasaan/emosi kita melalui mata. Dari sisi pandang kesihatan, lain pula
ceritanya ya.
Yang
lucunya, sambil-sambil saya membaca bab iridology, menonton youtube kita pun
tengok mata sendiri sambil berfikir mengikut acuan kefahaman kita berdasarkan
pembacaan/melihat youtube tadi. So, tidak perlu ditulis di sini sebabnya akan
jadi semacam kita memandai-mandai diagnosis diri sendiri, nak yang pasti kita
jumpa ahlinya. Face to face.
Ok
lah stop sini dulu, lain kali sambung…tajuk lain pula, tatatata…
love,
monalizahrais
Bt 3 Jalan Kapar, Klang
13 Julai 2016 Rabu
8 Syawal 1437H
No comments:
Post a Comment