Assalamualaikum...
Sekarang malam, azan Isyak dah sudah. Tiba-tiba nak update cerita
di sini, rindu dekat blog ni. Ok, cuaca di luar 25’C –mostly cloudy dan cuaca
di hati tak mendung dan tak cerah sangat. Aik… camana tu? Whatever lah…
Jodoh saling melengkapi antara satu sama lain. Ni nak story
morry sikit – pada satu petang yang indah (alalalala…), saya cakap dekat suami,
nanti kita makan nasi kerabu di restoran yang kami pergi setiap bulan, sekali
dua dalam sebulan kami mesti lepak kat situ. Saya cakap ada menu baru – nasi
kerabu. Sebenarnya saya tak teruja sangat nak makan benda tu, sebabnya dah
banyak kali juga saya memasak nasi kerabu ni. Tapi yalah, disengajakan nak try
makan kat luar.
Suami pandang semacam, dan saya rasa pelik. Dalam hati saya –
‘laki aku ni dah kenapa? Pandang lain macam’.
“Sayang tak makan kan ikan kerapu? Kenapa tiba-tiba nak makan
nasi kerapu pula?”
Rupa-rupanya… dan saya jawab “Aduh bang, nasi kerabu lah, not
nasi kerapu,”
********
Suami cuci motor. Dia kalau basuh motor kesayangan dia tu,
ala-ala masuk spa saya cakap gitu kat dia. Paling kurang ½ jam lamanya proses
‘mencantikkan’ si Belang.
Kebetulan saya duduk tepi tingkap. Suami sambil basuh motor
sekali pakej sembang dengan sorang kakak ni, jiran kami. Saya terdengar
perkataan madu, rancak sungguh ‘sembang santai’ suami dan kakak tu. Ok, dah
siap basuh motor, suami masuk rumah dan saya tanya dia apa cerita sebenar dia
dan kakak tu topic madu pula tu.
Suami sambil tersenyum penuh makna – kami cerita pasal madu
asli. Saya tanya lagi, madu asli yang jenis makan atau orang bang?. Dan jawapan
suami, madu asli lah. Hmm… malas tanya lebih-lebih. Ini bukan cemburu okay.
Ingatkan kakak tu jual madu ke promosi produk ke…
********
Gaduh kecil. Dan nak keluar sekejap lagi. Muka saya tu masih
kelat, masam mencuka garam ajinomoto sos cili sos tiram, sisa geram tak habis lagi. Kita tak sukalah
gaduh-gaduh tapi dah namanya berkahwin, sesekali gaduh itu perkara biasa. Dah
saya tengah bad mood, suami pun usha pujuk-pujuk saya. Entah kenapa dia cakap
gini – “Yang… tengok tu, ada nyamuk terbang dari longkang kita,” saya tak tahu
nak senyum atau nak marah, entah, tapi saya balas macam ni – “memanglah nyamuk
bang… takkan rama-rama pula yang terbang dari longkang,” suami garu-garu kepala
mendengar jawapan spontan saya tu.
****
love,
monalizahrais
Bt.3 Jalan Kapar, Klang
Selangor
7 April 2016 - Khamis
No comments:
Post a Comment