Assalamualaikum…
Cuaca di luar panas, cuaca di dalam hati redup,nyaman seperti
kita sedang berdiri di bawah pokok rendang. Mood code : hijau. Klang 30’C, mostly cloudly – mengikut ukuran
my assistant - Miss Acer Green.
Sebulan dan 2 minggu setelah discaj wad from Htar, Klang. Tak
sabar nak tulis diet makan minum saya, walaupun tak gempak mana pun. Turun 6 kg
je, alahai, apa-apa pun tahniah untuk diri saya sendiri, 6 kg yang mencabar
dan seksa juga mendapatnya. Saya nak
tulis berat terkini pun malu, aduh. Masih dalam ‘radar’ big size, yang pasti
comel itu tatap Gai.
Target turun 20 kg Gai, bolehkah? Wau! Kalaulah tercapai target
dah boleh dah jadi ‘budak sekolah’ jap, hihi…Entahlah. Harap-harap konsisten +
kuat semangat menjaga makan minum, fizikal dan mental, amin…you! Doakan.
***********
~ Mr. Google, Social media ~
Kita ada 10 jari dan satu dunia internet umpama seluas galaksi
sedia untuk dijelajah. Pergi sejauh mungkin, ikut kemampuan akal, gerak fikir
kita. Tabayyun, menggilap maklumat. Rugi bayar data internet RM 80 sebulan
kalau tak digunakan sepenuhnya untuk kebaikan. Baik dan buruk sentiasa seiring,
pilihan pada kita hendak yang hitam atau putih (saya pilih bintang). Sebab
banyak sangat info sampai blur pun ya,
saya follow 3 saja beb. Oklah 3 page ini pun dah banyak sangat info-info
kesihatan, bahasa yang digunakan sangat friendly, info ringkas tapi padat, ada
sesi soal jawab, pemilik page ini aktif online, hampir setiap hari ada je
dapatan menarik di wall fb mereka. Siapa tu? Saya tulis kat bawah na –
Encik Matt
Dr. Zubaidi Hj Ahmad
Nor Azniza (midwife/bidan)
********
Next, cerita makan minum (fizikal dan rohani) - my style. Serasi dengan saya, mungkin tidak pada anda. Atas diri kita, kita amalkan diet yang dapat diterimapakai oleh badan kita.
~ Gula ~
Stop gula putih/gula kastor. Saya guna stevia. Sumber manis lain
– ubi purple, labu, buah-buahan, kismis, madu, buah tin, kurma etc. Tapi
agak-agaklah, bukannya bantai 1 tan sekaligus. Sebelum ini dalam setiap masakan
saya bubuh gula, sekarang dah surrender dah. No sugar – white sugar. Saya cuma
tambahkan manis dalam senyuman. Ok, senyum…
******
~Ais, air sejuk~
Saya kurangkan, sesekali minum atau buat-buat tak nampak.
~ Nasi ~
Sekali sehari. ¼ portion from pinggan kita. Nak stop terus tak
kuat, tak biasa, maklum dari kecik jenis makan nasi. Guna beras perang. Sayur
lebih.
*****
Sebelum pengalaman pertama masuk wad bulan sudah, cara makan
minum masak di rumah biasa-biasa je. Rebus/singgang, panggang, kukus, sesekali
goreng, tumis. Sekarang pun masih macam tu juga kaedah masak saya. Malah air
yang dimasak je suami minum, tak mau yang tapis-tapis punya. Selera suami saya
jenis ‘old school’, hanya makan ‘real food’. No fast food. Kau letaklah burger
10 tingkat pun, fries membukit di pinggan… dia pandang kosong jer burger dan fries tu. KFC dan chicken chop dia boleh
makan lagi, cuma kita order nasilah. (chicken chop dan nasi? Ya, chicken chop dan
nasi, hairan bin ajaib pekerja restoran tu kami request nasi gai).
Saya jenis selera warna warni mengerlip lip lap gai. Saya jenis
cerewet, pemilih bab makan minum sebenarnya, ceritanya gini – kalau makanan kat
luar tu tidak menepati ‘KPI’ selera saya, saya akan ‘balas dendam’ dengan
memasak sendiri – cari resepi dan masak ikut selera saya. Itu yang saiz gebu
semacam tu. Saya makan menu tradisional/old school/real food tapi sesekali saya
ambik fast food – keropok, kfc, nugget, fries. Tapi sekarang dah stop terus –
NO fast food.
Untuk air masak/air kosong, saya beli siap-siap dua botol
cantik, setiap sebotol 1.2 liter, so total 2.4 literlah. Saya isi penuh, letak
siap-siap dekat ‘port’ kegemaran saya yang memang saya akan stay berjam-jam
dekat Encik Green – my laptop. Asal kosong jer terus refill. Minum sikit-sikit
tapi berterusan.
Cuti pedas, sambal dan adik-beradiknya. Nak jaga tekak.
Urus stress & masa tidur – saya cuba tidur sebelum pukul 12
tengah malam, bangun sejam dua sebelum Subuh, merebut waktu ‘Golden Hour’, berpagi-pagi,
- mandi dan buatlah apa-apa yang patut sebagai seorang Muslim. Ibarat kita
mohon ‘subsidi’ so kita kena ‘isi borang’ permohonan. Hantar ‘pos laju’ special
request to Allah.
Ada satu dapatan di fb, anak muda usia 20-an dia nak kahwin,
masa test baju kahwin dia berkenan sangat dengan satu baju ni, tapi masalahnya
sangkut dekat berat badan dia yang chubby tu. Sebab nak sangat pakai baju tu
untuk kahwin nanti, dia tekad + padu kuruskan badan, dalam masa sebulan berat
badan dia turun banyak dan akhirnya dapatlah dia pakai baju idaman dia tu. Itu target
dia, usia muda sungguh.
Lain orang lain caranya, untuk diri saya sendiri – usia dah 30-an, dekat sangat dah angka 40 tu, terasa macam melambai-lambai kat saya, so
diet makan minum yang diatur diset untuk ‘long term’. Sedikit tetapi
berterusan, InsyaAllah. Sesekali diet saya tu terbabas, namun secepat mungkin
kembali semula ke landasan. Saya sangat sangat sangat seriau tengok
jarum/picagari aduhai…(antara sebab saya bersungguh diet).
Kiranya tempoh sebulan ini seakan peralihan dari satu bab lama
menuju bab baru. Hati kena sado beb, huhuhu… buku lama simpan dalam stor, beli buku baru.
Dalam kepala – puasa dan bekam. Yang ini mungkin saya mulakan
bulan hadapan, pun tak berani tulis lebih-lebih, buat dulu baru pulun tulis
share.
Hari last dekat Htar bulan sudah, Februari - gula saya 11.8 mmol. Bulan Mac ini, setakat ini, bacaan gula saya maintain di bawah 7 mmol, terendah
5.6 mmol, saya periksa secara random saja, beberapa kali seminggu, ikut
kuantiti kualiti apa yang saya makan. Ada sekali tu saya jadi tikus makmal –
saya try nasi lemak + sambal pedas manis + ayam goreng berempah + sayur masak
lemak + ice lemon tea, ambik kau bacaan naik 9.8 mmol. Taubat nak!
Jam badan/semulajadi – Alhamdulillah tak payah pasang alarm
bangun setiap pagi. Mudah dan dipermudahkan. Sebelum tidur malam – saya set
minda cakap kat diri sendiri saya nak bangun jam 4 pagi dan buka mata jer pagi
tu tengok jam nampak angka 4 pagi, Alhamdulillah. Rasa lebih segar, ringan
badan, fikiran pun segar bugar. Selain 4 pagi, saya pernah try set jam badan
jam 3.30, 4.30, 5 pagi dan Alhamdulillah bangun tepat pada waktunya (huhuhu…mohon
dijauhkan dari sifat riak dan takbur).
Tengok tv, saya tonton hanya rancangan tertentu saja, favourite
slot - thriller pada malam-malam tertentu itu wajib, di sosial media
juga begitu, saya hanya fokus page tertentu. Tak mau fikir/lihat benda-benda
yang membuatkan fikiran kita ‘serabut'.
Senaman? Saya senam sikit-sikit, yang ringan-ringan. Buat kerja rumah pun dah berpeluh dah.
Kabur kat mata dan kebas-kebas kat tangan kaki dah
hilang/kurang, dulu rambut gugur banyak sekarang tak lagi, yang paling nikmat
sujud lama sikit tak sesak nafas dah, syukur sangat-sangat. Saya ada satu habit – saya akan pakai
baju/seluar/tudung yang sama beberapa kali dalam seminggu, walaupun ada baju
lain yang dah beli tapi belum pakai lagi pun. Rasa pakaian membesar dah vs badan rasa kecik sikit - effect
dekat pinggang, bahu, paha itu ada sikit longgar. Tu baru 6 kg. Harap-harap semangat saya
terus padu turunkan lagi berat badan. Aduh masih lagi mood malu-malu bercerita,
baru turun 6 kg waduh-waduh.
Ok, setakat ini untuk masa ini, InsyaAllah akan disambung lain kali, tata...
love,
monalizahrais
Bt.3 Jalan Kapar,
Selangor
26 Mac 2016 - Sabtu
No comments:
Post a Comment