Assalamualaikum…
Mood menulis turun naik hari ini. Cuaca dalam hati (aduh tak
habis lagi dengan cuaca dia ni!) masih tenang, aman damai, ada sedikit perasaan
rindu, amboi! rindu sapa tu?. Hmm…mungkin kena bagi malam sikit, tambah mood
sejuk + gerimis sikit then letak kilat guruh sana sini, baru best!. Mood –
sentimental value. Biarlah rahsia, pinjam sekejap tajuk lagu Ctdk. (my
assistant, Acer tell me – now 33’ – mostly cloudy katanya). Badan ‘Green’ tak
ada tanda bulat kecik tu, yang tanda untuk suhu tu, maklum, generasi old school.
Nak beli Apple, atau Mac tak mampu lagi RM. Masih berusaha untuk kaya raya beb.
Semakin banyak kita menulis, semakin terserlah siapa diri kita. Atau..
terdedah aib tanpa sedar, mohon dijauhkan. Manusia tiada yang sempurna, kurang dan
lebih ibarat kanan dan kiri kita, itulah aturan yang telah ditetapkan. Rentak
akal fikir kita beza satu sama lain seperti berbezanya cap jari kita. Biasa
kita dengar – no body perfect, ayat klise tapi kekal glamour sepanjang waktu. Menulis
dan berkata-kata, ibarat sama tapi tak serupa.
Atau seperti kembar seiras, tapi beza tetap ada.
Pada sisi
pandang pembaca, apatah lagi di ruangan blog ini, saya tidak tahu, tidak kenal
pun siapa yang membaca setiap cerita yang saya rekod di sini. Paling kurang …1/4
kisah hidup saya tertulis, tersimpan di blog ini, namun begitu, ada part
tertentu dalam kehidupan saya yang tidak ditulissimpan di sini. Gerak fikir +
kreatif diolah dalam elemen seni yang lain. Mungkin akan saya kongsi pada waktu
yang tepat, sesuai. (in progress…pending mood … semoga dipermudahkan).
Ok, fokus kepada tajuk – gerhana matahari. Apabila kau dan aku
bertentang mata, gerhanalah rasa…(extra turn - masuk sekejap elemen romantik).
Pernah merasai gerhana matahari penuh, sewaktu zaman kanak-kanak saya. Kami
standby siap-siap penuh semangat, teruja ‘menyambut’ fenomena ini. Kita dan
alam semulajadi berkait rapat, anak kampung, setakat ayam, kucing, anjing
memang ada di sekeliling kita. Dan, kita juga peka pergerakan mereka.
Menghampiri waktu gerhana matahari – orang tua kami menyuruh
kami memerhati pergerakan kucing, ayam, awas apa sahaja bunyi di sekeliling kami.
Belajar dari alam. Orang dulu-dulu dia tak macam kita yang duduk bandar ni. Dia
punya pengamatan tentang alam dan manusia sangat sangat cemerlang, pemerhati
yang sangat bagus.
Emak saya sewaktu pertama kali datang KL, flight nya malam, dalam
perjalanan menuju KL… saya tanya emak dia rasa apa. Nak tahu dia jawab apa? Dia
jawab begini – “banyaknya lampu di sini, macam kelip-kelip di kampung kita”.
Pergh!!! Jawapan dia ada elemen seni beb!.
Ok, kembali semula ke dalam radar cerita – cuaca cerah beransur
mendung perlahan-lahan, semakin mendung, kelam…spontan kucing-kucing kami naik
rumah, seperti rutin hari-hari biasa menghampiri Maghrib. Ayam-ayam kami
bergerak bertenggek di pokok cempedak, pun… rutin hari-hari biasa cik dan encik
ayam.
Yang paling cantik – bunyian cengkerik/serangga malam tu. Subhanallah!
Aturan yang telah ditetapkan. Pergerakan siang ke malam, kembali siang dalam
bentuk gerhana matahari ini seperti siang dan malam yang dicepatkan masanya.
Ibarat menekan button ‘forward’ lebih cepat daripada biasa.
Gelap sepenuhnya. ‘Peak hour’ yang ditunggu-tunggu. Kami pasang
lilin. Belum ada bekalan elektrik di kampung kami ketika itu. Beberapa minit
berlalu. Suasana kelam gelap beransur-ansur terang semula. Menghampiri waktu ‘Subuh’
terdengar ayam-ayam kami berkokok. Seiring waktu menjelang ‘siang’ bunyi unggas
malam beransur hilang dan kucing-kucing kami turun semula ke tanah. Emak selalu
berpesan, ketika cuaca buruk – hujan lebat angin kuat, kita perhatikan gerak
kucing, ada ‘hint’ tentang tahap bahaya cuaca yang sedang ‘meradang’ itu.
Ok, masuk iklan dulu, Red light mood - bab monyet… monyet, jaaangannnn
monyet… Beberapa tahun ke belakang membawa ke hari ini – setiap kali musim
buah-buahan di belakang rumah… kami bersaing/bergaduh dengan gerombolan monyet
yang sesuka hati mak bapak nenek moyang dia tu balun habis rambutan, mangga,
terap, tendakal kami. Dasar monyet sungguh!. Nak makan buah, kena gaduh dulu
dengan monyet-monyet ni. Kenapa jadi begitu beb? Ada banyak pembangunan, banyak
kawasan hutan ditarah licin, monyet-monyet dah hilang tempat tinggal makan
minum mereka. Sudahnya jadi begitu.
Kena monyet ganas dan gatal, pun ya. Sampai ke tahap
ceroboh rumah dapur kami, seram rasa, gerhana pun ada, kalau nampak perempuan
dia siap kenyit mata lagi you! Ini real story, bukan saja-saja tulis beb!. Pecahkan
botol kicap dan sos, ‘mencuri’ nasi dan lauk. Meroyan sungguh monyet-monyet tu,
terdesak sangat kehidupan mereka. Kita ni manusia jer pun, kalau terdesak dalam
hidup kita buat apa beb? Dia cuma takut dengan adik-adik lelaki saya. (saya
lahir tahun monyet, mengikut calendar Chinese, eh menyelit interframe jap, oh
ya monyet, ½ namamu ada dalam 1/3 namaku, huhuhu…).
Mitos/cerita-cerita rakyat – palu gendang kuat-kuat, ketuk tiang
rumah, ketuk tin, berteriak, menyanyi, meratap, kononnya matahari ditelan naga,
kita kena buat begitu supaya naga muntahkan matahari yang ditelan. Masih ada
yang percaya dan mengamalkannya. Saya dengar
sendiri bunyi-bunyi ini, sewaktu ‘peak hour’ gerhana matahari tu. Pengalaman merasai
sendiri gerhana matahari pada zaman kanak-kanak saya, sentiasa subur di ingatan,
mengenangnya semula ibarat melihat bunga ros yang sedang kembang mekar
(amboi!).
Pada zaman social media
sekarang… berlambak bertimbun info gerhana matahari, hujung jari. Jari ada 10,
tekan itu ini, sampai tahap tak larat nak baca dah. Last-last tengok youtube,
siap. Laman sesawang ini turut berfungsi sebagai platform menjernihkan cerita-cerita
mitos/rakyat yang sama kelam/gerhana tetapi kekal menarik. Cukup-cukuplah kita
jahil zaman kita, tak perlu kita wariskan untuk anak cucu kita. Ajar-ajarlah
mereka solat sunat gerhana matahari, lebih afdal.
Gerhana rasa sepanjang minggu ini, dapatan di group whatsapp kawan-kawan sekampung zaman kanak-kanak saya membawa khabar berita ada beberapa orang tua yang 'sudah pergi'. Mereka seperti ibu bapa kami, kenal bukan sehari dua, sejak kita belum lahir sehingga sekarang dah dewasa dah kita ya. Perantau seperti saya ini, hanya jejak kampung halaman cuma beberapa hari dalam setiap tahun yang dilalui. Orang-orang tua di kampung yang sebaya usia orang tua kita, yang dilihat setiap tahun setiap kali saya pulang ke kampung halaman, melihat garis usia di wajah mereka, uban di kepala, cara pandang, senyum, cara cakap... semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Ketika hatimu sedang rawan, mengadulah kepada Tuhan.
love,
monalizahrais
Bt.3 Jalan Kapar, Klang
Selangor
23 Mac 2016 - Rabu
No comments:
Post a Comment