Muka hadapan buku
Muka belakang buku
Buku ini bertajuk The Meaning Of The Glorious Qur'an Part XXX. Hadiah daripada seorang ustaz kerana saya dapat menghafal surah-surah pendek yang terdapat di dalam Al-Quran.Nama ustaz tersebut Ustaz Mohd Ghazali Hj Shafiee. 01 Julai 1992, tarikh yang saya tulis pada bahagian dalam muka surat pertama buku ini. Tapi gambarnya tidak dapat di download, entahlah kenapa. Berulangkali saya cuba download... tetap tidak berjaya.Menurut ustaz tersebut, asalnya buku ini dari Lubnan, kawannya yang bagi. Kemudian dijadikan hadiah kepada saya. Terjemahan surah-surah pendek yang terdapat di buku ini, daripada Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris. Pada masa itu saya rasa sangat pelik kenapa ustaz ni bagi buku macam ni, kenapa tidak bagi terjemahan dalam Bahasa Melayu? Berada di sekolah menengah, sesekali saya akan mencari kamus dan cuba memahami terjemahan yang terdapat di dalam buku ini. Tanpa saya sedar, rupa-rupanya buku ini sentiasa berada dengan saya dari zaman kanak-kanak sehinggalah dewasa.
Pencil case ini dibeli pada tahun 1999, masa tu tingkatan enam atas di SMK Elopura Sandakan, Sabah. Sampai ke hari ini saya masih menggunakan pencil case ini. Masih dalam keadaan elok. Tapi harganya sudah lupa. Kalau tak silap saya, dibeli di Gentingmas, Sandakan menggunakan duit biasiswa.Boleh dicuci dan dikeringkan seperti kain baju juga. Kainnya jenis kain payung. Saya suka melihat bunga-bunga pada pencil case ini,sebab itulah dibeli.
No comments:
Post a Comment