Adalah satu hari tu, saya nak pergi ke satu tempat. Dekat saja dengan rumah, jadi saya naik bas sajalah. Tunggu bas lebih dari sepuluh minit. Bukan basnya tiada, tapi bas tidak singgah walaupun sudah dilambai dari jauh. Pemandu tu bagi signal suruh tunggu bas yang seterusnya.
Dalam proses menunggu tu, ada seorang pakcik lingkungan 40-an di seberang jalan hendak melintas. Biasalah, apabila jalan sudah lengang sedikit dia pun melintas dan kami sama-sama menunggu bas.
Kemudian bas sampai dan saya biarkan dulu pakcik tu naik.
Tiba giliran saya hendak membayar tambang, pemandu mengatakan tambang saya sudah dibayar. Diringkaskan cerita, pakcik yang tidak dikenali itu yang membayar tambang saya.
Saya ucapkan terima kasih jugalah pada pakcik tu. Entah kenapa dia bermurah hati membayar tambang untuk saya. Kami tidak kenal satu sama lain.
Pada masa itu saya cuba untuk tidak melayan fikiran yang macam-macam kerana yang penting saya selamat sampai ke destinasi yang hendak saya tujui.
Mungkin pakcik tu ada sebab tersendiri berbuat demikian. Tiba-tiba saya teringat kisah bapa saya semasa graduation dulu.
Saya tumpangkan bapa di rumah kawan di Pantai Dalam. Masa tu saya tinggal di Vista Angkasa. Ada satu malam tu, lebih kurang dalam jam 11 malam, saya dan bapa menaiki teksi dari UM. Saya turun di Vista dan saya arahkan pemandu teksi itu hantarkan bapa ke PD. Keesokan harinya bapa memberitahu saya yang tambang teksinya free.
Aku : Buli pula percuma kan pak. Selalunya pemandu teksi di KL ni banyak yang tipu, biarpun bukan semua begitu. Mangkali tiada duit kecilmu pak. Itu yang dia bilang enda payah bayar.
Bapa : Banyak juga duit pecahku. Aku tengok juga harga di meter teksi tu. Tapi dia bilang, enda payahlah. Percuma saja untuk kita dua orang.
Aku : Ohhh...syiok juga tambang percuma.
Sekali lagi, mungkin dia ada sebab berbuat begitu.
No comments:
Post a Comment