Saturday, December 8, 2012

SURIRUMAH

Assalamualaikum, hari ini Sabtu bermula dengan pagi yang sekejap mendung berselangseli cerah. Sepanjang minggu ini, hampir setiap hari hujan terutama pada waktu tengah hari menganjak ke waktu petang, malah berlanjutan sehingga awal malam.
Hari ini cerita pasal surirumah. Pada zaman serba moden yang dibanjiri melimpah ruah dengan teknologi yang pelbagai, segala macam smart, antaranya smartphone... surirumah kini lebih advance berbanding surirumah zaman mak bapak kita. Masing-masing pun sama hebat pada zamannya, cuma perbezaan dari sisi teknologi yang saya maksudkan.
Kita ambil satu contoh, emak kita pada zamannya sekitar -+ 30 tahun yang lepas... sekiranya hendak membuat resepi kuih muih yang baru, sudah tentu perlu bersemuka dengan rakan-rakannya yang tahu buat resepi berkenaan. Jadi, sudah pasti rakan tadi akan demo step by step dari A to Z. Dalam proses belajar ini selalunya akan diselangseli dengan aktiviti bersembang, makan minum malah mengambil masa beberapa hari sehingga emak kita pandai membuat kuih muih yang dipelajari. Malah akan ada follow up dari sifu yang mengajar memastikan sama ada anak murid tidak rasminya itu sudah terror sama sepertinya.
Sekarang, semua orang pun tahu, on sahaja laptop atau smartphone kita walaupun setakat surirumah... taip apa saja resepi semuanya yang berkaitan akan muncul, sampaikan kita sendiri tak larat hendak pilih yang mana satu. Malah siap ada perancangan lagi hendak cuba yang mana dulu. Contoh, kita taip ayam masak merah, tetapi yang muncul di skrin bukan hanya ayam masak merah, berjenis masakan ayam yang lainnya turut terselit sama.
Kadang kala ada suri rumah yang lebih hebat berbanding wanita berkerjaya. Ada yang pandai mengaplikasikan kelebihan teknologi dengan melakukan pekerjaan dari rumah, malah mendapat pendapatan lumayan! Kesimpulannya kalau kita wanita berkerjaya, jangan pandang rendah wanita lainnya yang hanya surirumah, menguruskan rumahtangga, anak dan suami semata-mata.
Ada wanita yang berpendidikan tinggi tetapi memilih menjadi surirumah setelah berkahwin. Pastinya ada beza isteri/ibu yang menjadi surirumah jika dibandingkan dengan surirumah yang tidak berpendidikan. Maksud pendidikan yang saya sebutkan tidak menjurus kepada pendidikan formal sekolah rendah, menengah, universiti sahaja. Terpenting sekali pendidikan agama. 
Ramai yang ditanya latar belakangnya apabila seseorang itu berjaya, kadang-kadang emaknya sekadar surirumah sahaja, tetapi apabila diamati... bukan sebarang surirumah tetapi begitu teguh pegangan dan amalan agamanya sehingga dia berjaya mendidik anaknya menjadi orang yang berguna kepada masyarakatnya.
Menjadi surirumah akan ada masanya sibuk dan adakalanya banyak masa terluang juga. Waktu sibuk sekiranya anak-anak dalam proses membesar dan tidak ada pembantu rumah. Masa lapang setelah anak-anak besar sedikit dan hanya memerlukan pemantauan minimum atau ketika anak-anak sedang berada di asrama/sekolah. 
Saya pernah mengenali seorang kakak yang bosan duduk di rumah, ketika itu saya sedang bekerja di sebuah kilang elektronik. Menurut kakak yang saya kenali itu, dia bekerja bukan disebabkan wang, duit tidak menjadi masalah baginya, sekadar suka-suka sahaja untuk mengelakkan rasa bosan duduk di rumah. Dia berkahwin pada usia seawal 18 tahun dan pada usia 30-an ketika saya berkenalan dengannya, dua orang anaknya bersekolah menengah dan duduk di asrama, seorang lagi anaknya dihantar ke kampung bersekolah di sekolah agama. Dia dan suami berniaga pelbagai jenis tudung di pasar malam sekitar Lembah Klang.
Seorang lagi rakan sekerja saya pada masa itu, dia belum mempunyai anak lagi, dia dan suaminya juga berniaga makanan, katering dan ada pekerja sendiri. Dia juga mengisi masa terluangnya dengan bekerja. Katanya lagi kalau dia sudah bosan bekerja di situ, dia akan berhenti pada bila-bila masa. Yang menariknya ada seorang lagi rakan apabila ditanya penemuduga kenapa dia ingin bekerja di kilang tersebut... jelasnya suaminya seorang askar dan selalu outstation. Sekurang-kurangnya dengan bekerja shift siang dan malam dia tidak akan rasa keseorangan.
Elakkan bergosip, bersembang kosong yang langsung tidak mendatangkan faedah sekiranya kita banyak masa terluang. Lebih baik masa lapang itu diisi dengan mempelajari kemahiran tertentu, contohnya menjahit ataupun sekiranya berlebihan dari segi kewangan, tidak salah mengikuti kursus jangka masa pendek, ada banyak faedahnya. Menghadiri majlis ilmu juga mungkin dapat dipraktikkan. Siapa tahu ilmu yang diperolehi dapat diamalkan disampaikan kepada orang lain pada masa akan datang, kita tidak tahu. Contoh, kita mengikuti kelas agama berjadual, tak banyak setakat beberapa jam dan itupun sehari dalam seminggu misalnya, kemudian pada satu hari kita duduk dalam satu majlis keramaian dan bersembang dengan rakan semeja. Secara kebetulan rakan semeja kita itu sedang musykil tercari-cari jawapan... macammana hendak jamak solat ketika sedang dalam perjalanan. Secara kebetulan sedikit ilmu yang diperolehi sewaktu mengikuti kelas-kelas agama dapat membantu menjernihkan permasalahannya.
Menjadi surirumah tidak bermakna kita tidak tahu apa-apa. Stigma sebegitu patut digantikan dengan kepercayaan menjadi surirumah menjadikan seseorang wanita itu berkemahiran tinggi dalam bidang perniagaan online, memasak, jahitan, penulisan dan lain-lain kemahiran. Air tangan seorang isteri/ibu yang mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupannya, apabila dia memasak atau mendidik anak-anaknya, InsyaAllah tidak sia-sia dan penuh dengan keikhlasan dan keberkatan. 
Ada seorang rakan fb saya, tidak perlulah disebut namanya di sini. Pada zaman sekolah menengah saya dahulu, senior saya ini merupakan seorang pelajar pintar, sangatsangat pintar pada pandangan mata saya sebabnya dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima, kedudukannya konsisten di dalam kelas, sentiasa nombor satu dan mendapat markah 100% dalam semua subjek memang miliknya. Tidak ada seorang pun yang dapat menandinginya. Dia sentiasa menjadi pelajar terbaik, disayangi guru dan rakan-rakan. Sangat mudah baginya memasuki universiti disebabkan kecemerlangannya itu.
Bertahun-tahun berlalu, rangkaian facebook menemukan kami semua di laman maya. Sepatutnya dengan kelulusan bertaraf universiti itu, kita akan menganggap dia sedang bekerja dan  berpendapatan lumayan. Tetapi saya silap, dia hanya seorang surirumah, seorang isteri dan ibu kepada seorang anak. Malah dia tidak malu mengakui dia seorang surirumah. Tetapi kepintarannya itu sebagai seorang surirumah diaplikasikannya dengan mempelajari kemahiran membuat kek dan manisan, menyulam dan menjahit, mengambil tempahan membuat baju dan kuih raya. Setiap kali dia post gambar kek yang baru dibuatnya, ratusan like dan komen positif dapat dilihat di wall fbnya. Malah melalui blognya juga, dia mempunyai rangkaian sahabat alam maya yang ramai. 
Itulah antara bukti menjadi surirumah pun boleh menjana pendapatan lumayan. 9 daripada 10 sumber rezeki datangnya daripada perniagaan.
Sumber inspirasi kita sebagai seorang surirumah berkebolehan terlalu banyak, jalan-jalan sahaja di alam maya pun sudah dapat bermacam cara yang boleh dipilih. Saya mengatakan sebegitu sebagai panduan kepada diri saya terlebih dahulu. Saya juga seorang surirumah dan dalam proses menjana pendapatan lumayan dari rumah, InsyaAllah.
Yang pasti, wanita menjadi surirumah tidak janggal dilihat, tetapi kalau lelaki yang menjadi surirumah, agak pelik juga pada pandangan mata saya. Pun begitu, ada juga lelaki yang menjadi surirumah, isterinya bekerja di luar rumah, tetapi suaminya ini menjana pendapatan dari rumah sambil melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh dan menjaga anak. Terima kasih kepada teknologi kerana wujudnya mesin basuh automatik (langsung sedikit pun tangan tidak basah, just masukkan baju dan serbuk pencuci/pelembut pakaian, lepas itu tekan punat on/start), periuk nasi elektrik, cerek elektrik dan lain-lain lagi barangan rumah yang memudahkan kita melakukan kerja dengan pantas dan selamat. Sambil mesin basuh beroperasi, kita masih boleh 'curi tulang' dengan menaip sesuatu di laptop kita. Yang paling glamour sambil-sambil berfacebook.  Atau sementara nasi kita sedang dimasak oleh si periuk nasi elektrik... jalan-jalan sekejap mencari resepi untuk masakan istimewa!
hakcipta terpelihara,
monalizahrais  
  
      
  
  

Tuesday, November 27, 2012

RUMPAI LAUT I














Gambar di atas tidak mengikut susunan, sekadar memberitahu secara bergambar bahan yang diperlukan. Sangat mudah membuat kerabu rumpai laut, just campurkan semua bahan sahaja.

Sunday, November 25, 2012

PELIK

Hari Ahad, hujung minggu, ada yang bersiar-siar bersama keluarga atau shopping atau rehat saja di rumah. Hari ini kami tak ke mana-mana, pun rehat saja di rumah, rehat yang tak rehat sepenuhnya, masa untuk basuh baju yang dah berlambak tu dan kemas rumah. Sambil buat kerja, ambik kesempatan menulis di blog. Suami demam, lupa beli ubat yang dia biasa makan semalam semasa kami pergi pasaraya berhampiran untuk beli lauk. Dia pula jenis yang tak suka makan ubat kaedah tradisional, nak yang cepat saja, makan ubat moden. Tak boleh kata apa daaa... suami dah terbiasa sebegitu. Demam, tapi dok menghadap motor dia tukang sana tukang sini, obses dengan motor kesayangannya itu. Saya kalau rasa badan macam nak demam rasa sejuk kepala pun berat biasanya saya akan minum air teh halia, teh o limau, minum sup, sapu minyak kayu putih, seboleh-bolehnya akan mengelak pergi klinik. Saya tak suka makan ubat moden, itu yang minum teh halia bagai tu. Tapi kalau rasa berat sangat, misalnya kena alahan pergi jugalah ke klinik.

Tak boleh buat apa-apa, suami yang tak nak, so sekali lagi tak dapat nak kata apa-apa daa... dia takkan minum macam yang saya buat tu, nanti dia akan gerak juga pergi farmasi cari ubat dia tu, hehehe... nak mengubah perangai yang sudah sebati dengan seseorang tu bukannya dapat dibuat dalam sehari dua. Buat dek sajalah, jangan salah sangka maksud saya mengatakan demikian, kadang-kadang dalam sesetengah situasi, tak boleh layan sangat perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita tension, biarkan saja dan ianya akan pulih seperti biasa.


 Malam tadi puaslah internet sampai ke pagi, mentang-mentanglah malam minggu. Pagi tadi baru tidur sejam dua, bangun sebelum zohor. Tajuk entri hari ini pelik. Pelik sebab masa 'jalan-jalan' kat alam maya tu, macam-macam yang ditengok kan. Alah, semua orang pun suka 'jalan-jalan' tengok apa yang dia suka. Zaman sekarang orang cakap, dunia di hujung jari, taip apa saja akan keluarlah bermacam-macam benda yang kadang-kadang tak terfikir di kotak fikiran kita tu.

Saya tak minat sangat dengan gossip artis, walaupun begitu  sesekali saya ambil tahu perkembangan terkini, misalnya artis kahwin, anugerah sekian-sekian...

Dan malam ke pagi yang sudah berlalu, saya  melihat bermacam fesyen artis wanita Malaysia. Membuatkan saya terfikir, apa perasaan mereka memakai pakaian yang 'terlalu cantik', sampaikan ada yang nampak baju dalam, puting susu, seluar dalam, lurah buah dada dan bermacam lagilah, ngeri tengok....itu belum masuk bab bergambar dengan artis lelaki yang bermacam posing itu, patutlah golongan ini selalu ditegur oleh ustaz ustazah, malah pembaca dan penonton pun selalu juga bersuara menyatakan rasa tidak puas hati mereka.


Lagi satu yang saya kurang berkenan dan dibimbangi menjadi ikutan peminat mereka... setiap kali hendak berkahwin akan ada gambar-gambar praperkahwinan, bergambar berpegangan berpelukan seperti orang yang dah kahwin. Malah baru majlis bertunang pun sudah ada tempat bersanding, majlis besar-besaran, sekali pandang sebijik macam majlis kahwin. Itu tidak termasuk dua, tiga, empat majlis di tempat yang berbeza. Setakat beberapa majlis yang berlainan, kalau sekadar menjamu tetamu dengan makanan, niat menghebohkan perkahwinan kira ok jugalah tapi sekali dengan majlis sanding bertemakan 'itu ini' yang jelas bertentangan dengan tuntutan agama. 

Orang biasa yang bukan artis paling pun cuma beberapa jam sahaja menjadi raja sehari dan bukannya tersebar ke seluruh negara cerita mereka tetapi sudah namanya artis apa sahaja berkaitan artis akan  mendapat perhatian lebih daripada biasa. Agak-agaknya apa perasaan orang tua mereka, ahli keluarga terdekat seperti adik beradik setiap kali gossip liar berkaitan mereka tengah panas di pasaran?

No komen, memikirkan semua ini saya berharap semoga tidak ada ahli keluarga saya yang menceburi bidang hiburan sama ada menjadi penyanyi/pelakon/model. Mohon dijauhkan daripada bidang yang banyak menjanjikan hiburan duniawi semata-mata. Biarlah kita kerja biasa-biasa sahaja tidak terpandang di mata manusia asalkan dipandang oleh Allah S.W.T. Semoga keluarga kami dijauhkan daripada menceburi bidang pekerjaan yang sia-sia, sentiasa berada dalam lindunganNya dan keberkatanNya, amin...

  


 
 

NASI KALER PINK, SUKA SANGAT!









Disengajakan untuk menggambar nasi sedemikian rupa, inspirasi dari iklan yg berbunyi 'panjangnyer...'


Oklah, gambar-gambar di atas merupakan hasil awal dalam proses saya mengenal dan cuba memasak beras basmathi. Pertama kali memasak beras jenis lain, saya bermula dengan beras herba ponni yang guna nisbah 1 beras : 2.5 - 3 air. Menjadi, dan seterusnya saya cuba memasak beras basmathi Moghul, pertama kali mencuba menjadi bubur sebabnya terlebih air, kali kedua percubaan seperti gambar-gambar di atas dan seterusnya dapat dilihat pada entri sebentar tadi berkaitan tajuk Nasi Minyak & Ayam Masak Merah.

Selain itu saya cuba juga memasak beras basmathi Moghul ini just masak letak air dan garam sahaja setelah direndam selama 30 minit dan turut dicuba memasak nasi kuning - rendam beras selama 30 minit, masukkan sedikit garam, santan dan serbuk kunyit. Pun manjadi juga, Alhamdulillah.

Gulai ikan tongkol (yg paling ringkas selalu saya buat)

Ikan tongkol
Bawang merah, putih, kunyit hidup, halia, serai - ditumbuk/kisar (bahan A)
Garam, gula
Air asam jawa atau tomato (bahan B)
 Cili merah belah dua atau cili (sebarang jenis ikut suka)

Tumis minyak, masukkan bahan A sehingga naik bau dan berubah warna, diikuti ikan tongkol, tumis sekejap.

Masukkan air, bahan B, garam, gula secukup rasa.

Masukkan cili merah

Setelah masak, siap untuk dihidangkan...

***  kadang-kadang saya bubuh serbuk kari ikan dan santan.



Tidak tahu kepada tahu akhirnya, yang penting keazaman dan kesungguhan kita hendak mempelajari sesuatu, tidak tertumpu kepada resepi makanan sahaja malah apa sahaja kemahiran - motivasi kepada diri sendiri.