Assalamualaikum…
Waduh-waduh tajuk… nasi lemak cinta…bukan alang-alang, ini kalau
jenis fikiran double triple berlapis-lapis lain yang difikirkan. Apapun,
terserah kamu hendak fikir apa pun. Di luar rumah hujan renyai-renyai, redup,
sejuk, di dalam hati cerah, ceria.
Ada satu restoran yang melekat kuat di ruang ingatan saya, Nasi
Lemak Cinta Sayang, area Shah Alam. Tak pernah lagi kami makan di situ, mungkin
satu hari nanti.
Saya menonton satu program tv berkaitan makanan. Cerita tentang
nasi lemak. Seorang wanita, ibu dan isteri ditemuramah tentang resepi nasi
lemak yang diwarisi daripada ibu mertua.
Keluarga suaminya jenis ‘tertutup’ hanya berkahwin dengan bangsa
dan keluarga sendiri untuk menjaga keturunan. Tapi kalau dah jodoh..kerana
suaminya sangat cintakan dia, sebab itu dia bertahan di dalam family suaminya.
Selepas berbelas tahun berkahwin… dia sentiasa sabar dan tabah,
keluarga suaminya dapat menerima kehadirannya, dianggap seperti keluarga
sendiri. Itupun selepas dia berjaya menguasai beberapa masakan warisan
keluarga.
Saya teringat family sebelah suami. Pun jenis konservatif dan
skeptical (generasi old school yang lahir tahun 70-an dan ke bawah). Hanya
berkahwin dengan keluarga sendiri, cara fikir, budaya, kepercayaan berlegar
dalam perimeter yang dihadkan ruangannya, bersifat tertutup agak sukar menerima
sesuatu yang baru, di luar kebiasaan.
Tapi kami tiada pula konflik atau gaduh-gaduh dengan family
suami hanya kerana saya ‘orang luar’. Cuma dalam situasi tertentu ada satu
mimik muka yang saya perasan… memandang saya dengan perasaan hairan, yalah kita
kan ‘orang luar’. Semasa kami merancang untuk berkahwin, awal-awal lagi saya
tegaskan dengan bakal suami – kami akan berumah sendiri, berdikari, tak kira
rumah sendiri atau rumah sewa, yang penting duduk asing dari family.
Tahun demi tahun berlalu, generasi sebelah suami yang lahir tahun 90-an akhirnya
ada yang berkahwin dengan bangsa lain yang tiada langsung kaitan keluarga.
Ruangan ‘tertutup’ itu sedikit demi sedikit terbuka perlahan oleh banyak
perkara yang bertentangan dengan kebiasaan/pemikiran mereka.
Family sebelah saya banyak kahwin bangsa luar, tiada kaitan
kekeluargaan so kami memang agak open dengan adat, kebiasaan bangsa lain.
Sewaktu saya mula-mula datang Malaya (sebutan kebiasaan kami
untuk Semenanjung Malaysia), parents saya tegas mengingatkan… saya TIDAK DIBENARKAN
berkahwin orang sini. BIG NO. Dilarang berkahwin dengan orang jauh, nanti susah
balik Sabah, kata my parents. Ironinya, walaupun saya berjodoh dengan suami
yang juga Sabahan… selepas majlis kahwin, di Klang inilah kami melalui alam
rumahtangga, mencari rezeki di sini bertahun-tahun.
Pun tetap ‘jauh’ dari family, hehehe…tak pula my parents
bising-bising, sebenarnya asal usul kampung halaman suami saya sangat ‘jauh’
nun di seberang lautan – sebuah tempat yang sangat indah dan legend (tempat
asal mutiara yang terkenal – Pearl of Lao Zu)
iaitu Barangay Oring-Oring, Brooke’s Point yang terletak di Pulau
Palawan, Filipina. Perlu tukar/transit flight beberapa kali untuk sampai ke
kampung dia tu apabila melibatkan perjalanan KLIA – Puerto Princessa (PPS).
Pinjam sekejap ayat glamour ini – kalau dah jodoh.
love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar,Klang
Selangor
28 Mac 2018 Rabu
No comments:
Post a Comment