Tuesday, November 25, 2014

MAKAN-MAKAN DI SANDAKAN,SABAH

Assalamualaikum...

Melancong ke Sandakan, Sabah? Makan di mana ya? Lupakan sekejap tentang fast food - KFC, McD, Pizza Hut, Marrybrown, Burger King dan yang segaris dengannya. Boleh didapati di seluruh Malaysia setakat fast food itu,betul kan?Ok, fokus kepada Sandakan sebuah bandar di tepi laut, tentunya aneka makanan laut segar menjadi tarikan istimewa untuk dinikmati.

Saya lahir dan melalui zaman kanak-kanak, remaja sehingga berusia 19 tahun di Sandakan, kemudian pada 20 Mei 2000 lagi enam hari menjelang harijadi saya yang ke-20 ketika itu...saya sudah berada di Kuala Lumpur di Semenanjung Malaysia, hidup saya berubah bermula dari tarikh tersebut. Sehingga kini 2014 Oktober, saya masih lagi di bumi Malaya mencari rezeki di sini...tapi setiap tahun saya akan pulang ke kampung halaman berhari raya bersama keluarga tercinta.

Dalam belasan tahun ini... saya melihat banyak perubahan di bandar Sandakan, tapi untuk cerita hari ini saya fokus kepada subjek makan-makan di Sandakan.
Terkini saya melihat ada banyak pengaruh makanan dari Semenanjung Malaysia antaranya masakan tomyam, paprik, nasi lemak, rendang, sambal merah, lontong/kuah lodeh.

Senarai menu berikutnya boleh didapati di kedai-kedai makan biasa, dan makanan jalanan/street food.


SARAPAN PAGI/WHOLE DAY

Mee goreng dan telur mata
Pisang goreng
Aneka roti
Nasi kuning berlauk sambal telur atau ikan tongkol
Cakoi
Terang bulan (apam balik)
Sup ayam/daging
Kuih muih tradisional
Jagung bakar

Menu di atas biasa saya jumpa pada waktu pagi, sama ada di kedai-kedai makan/tepi jalan - street food atau di atas pasar besar. Di Sandakan ada kilang memproses mee kuning kering, selalunya mee goreng di sini gelap berwarna hitam disebabkan kami guna kicap yang banyak untuk goreng mee ini. Ayam goreng seketul sangat mahal contoh, paha ayam goreng boleh berharga RM 5 - RM 6...itu baru seketul.

Yang uniknya di sini...semangkuk sup kosong mesti ada sebagai pelengkap hidangan, contoh kita pesan nasi kuning berlauk dan minuman, diiringi sup kosong walaupun kita tidak request.

Pisang goreng menggunakan pisang Sabah atau pisang sanggar. Aneka roti, cakoi dan mee goreng biasanya terdapat di kedai makan Cina. Oh ya, di sini majoriti kaum Cina yang berniaga, kedai dan restoran mereka ada di mana-mana. Minoriti yang berniaga makanan terdiri mamak muslim/keling dan orang tempatan atau yang separuh tempatan...hehe...sini banyak pendatang from Indonesia dan Filipina mencari rezeki mengharap tuah dalam kehidupan mereka, datang dengan cara halal atau haram itu saya tak nak komen apa-apa...korang tengoklah sendiri. Dan di sini juga ada penjual permaidani - from Pakistan mereka menjaja dari rumah ke rumah.

Untuk selera mamak muslim atau dipanggil keling menurut panggilan orang tempatan, lebih kurang sama macam di Malaya juga, ada roti telur, roti canai...senang cerita segala macam aneka masakan mamak muslim pun ada. Cuma kalau kita order minuman macam ni sebutannya:

Nescafe nai - nescafe susu panas, sini semenanjung sebut nescafe saja kan
Milo ping - milo sejuk/milo ais
nescafe nai ping - nescafe ais
Nai merujuk kepada susu dan ping merujuk kepada ais/sejuk

#menu-menu di atas yang selalu saya jumpa ketika zaman sebelum merantau lagi, sekarang bermacam-macam menu baru yang muncul. Cuma sebutan nai dan ping itu masih kekal sehingga sekarang.

MAKANAN POPULAR DAN AVAILABLE SEPANJANG HARI

Sayap ayam /kepak ayam panggang
Buntut, hati dan pedal/bedal ayam panggang
Ikan tongkol bakar
Udang, ketam, sotong,ikan bakar/panggang
Rumpai laut
COTO MAKASSAR
Bakso
Sup ayam/daging
 Jagung bakar

Coto makassar itu sengaja saya highlightkan sebab melalui dapatan di blog-blog di "rumah pakcik Google" ada banyak yang menulis tentang kesedapan coto makassar ini. Betul dan memang betul...ianya sedap sangat, saya bagi 5 bintang...hehehe...


Bos Cina tapi pekerja tempatan - pemandangan biasa di kedai-kedai makan, ianya dijamin halal, yang masak semuanya Islam, InsyaAllah walaupun majikannya non Muslim.
Yang tak halal selalunya ada bunting/banner/gambar arak di sekitar kedai, yang itu jangan masuk, sure tak halal punya.
Kita juga akan selalu melihat ayat sebegini - SERVE NO PORK di dinding restoran.
 Ada juga restoran yang pamer gambar-gambar lama Bandar Sandakan di dinding-dinding restoran, hitam putih dan dibingkai cantik-cantik.

Di meja-meja makan...ini merupakan perkara biasa, jom lihat gambar yang saya maksudkan:-

 Nak makan guna chopstik, sudu garfu...terpulang, nak tambah seasoning kegemaran dalam makanan yang diorder pun ikut suka kamu.

Ok, sekiranya kita hendak makan di tempat yang standard tapi berbaloi-baloi, ala-ala mahal gitu... tentunya ada restoran sebegitu. Antaranya Restoran Ocean King yang terletak di tepi laut, English Tea Restaurant dekat Agnes Keith House (dapat view panorama bandar Sandakan dari Pavilion), di Sim-Sim pun ada siap free nasi lagi. Pasar malam berhampiran perpustakaan dan pejabat pos ada banyak pilihan bakar-bakar, seafood, nasi campur, makanan tradisional, jalan menuju ke Bandar Ramai-Ramai. Ada tempat lain lagi tapi korang carilah sendiri ya? Mood melancong dan meneroka gitu..

Sebenarnya walaupun saya orang Sandakan...saya sekadar limpas/lalu sahaja tempat-tempat makan sebegitu...sebabnya untuk aneka seafood udang, ikan, ketam, ikan pari segar bugar...rumah kami  tak jauh sangat dari laut, kami beli terus dari nelayan yang mencari rezeki di sekitar Pantai Dandulit. Murah pun murah di bawah RM 10 sekilo, segar pun segar.

Ayam? Sentiasa berharga RM 10 dan ke atas setiap kilogram, memang mahal dan ianya menjadi juadah istimewa ketika perayaan dan kenduri kendara.
Ikan kembung atau ikan lumahan, mengikut panggilan tempatan dan ikan sardin...boleh jatuh harga sehingga seringgit sekilo! Sampai jemu makan, tapi bukan selalu ada masa-masa tertentu saja.

Purata harga ikan di Sandakan di bawah RM 5, di bawah RM 10...yang pasti sentiasa lebih murah daripada harga ayam perkg. Sayur dan buah-buahan.. Alhamdulillah tersangat banyak pilihan, ikut citarasa masing-masing nak yang mana. Katakan kita dari bandar Sandakan hendak ke Sepilok yang terletak di batu 16... dalam perjalanan adalah perkara biasa melihat gerai-gerai buah-buahan di tepi jalan. Antaranya buah terap, cempedak, rambutan, pisang.

Di Sandakan, perkara biasa kita melihat orang tua-tua berjalan berpasangan atau bersendirian...bukannya tidak dipedulikan oleh anak-anak, tapi ada di antaranya memang jenis kuat bekerja tenaga pun masih gagah lagi, turun sendiri ke bandar membeli barang-barang yang mereka perlukan (bercakap sedikit tentang apa yang dilihat).

Kaum Cina dan bangsa Sungai hampir sama sahaja bentuk muka dan kulit mereka - mata sepet, kulit putih, yang membezakan dari segi pakaian, bahasa atau kadang-kadang sukar dibezakan sekiranya kita orang luar yang berkunjung ke sana.

Pasaraya, premis perniagaan dibuka seawal pagi bermula jam 7.30am/8.00 am. Pasar besar dan kedai-kedai makan dibuka lebih awal sebelum atau ketika matahari baru terbit. Tempat yang happening, agak meriah tertumpu di kawasan Waterfront Sandakan sehingga waktu lewat malam. Lain-lain tempat akan mula sunyi seawal jam 8 pm ke jam 9 pm.
Bandar ini 'bangun' awal dan 'rehat' pun awal.

Ok... jom layan gambar lagi :-

 Rumpai laut/agar-agar, yang dalam bungkusan plastik tu saya tak tahu namanya















 Buah terap dari belakang rumah kami


Isi buah terap


sambal lada








 ABC


COTO MAKASSAR - kami pilih coto makassar campur/special, ada nasi impit, hirisan daging, urat, paru, isi ayam. Rasa kuahnya ada rasa kacang tanah ditumbuk, rasa lemak manis-manis...datang Sandakan WAJIB makan ini!


  Waterfront Sandakan


 Anggur laut - kategori rumpai laut, saya sangat-sangat suka yang jenis anggur ini, makan begitu saja pun sedap (ikut selera sayalah hehe...)



 Ok, abaikan orang dalam gambar tu... yang penting nak cerita pemandangan Waterfront, Sandakan kat belakang saya tu...


 Tu papan tanda pelancongan yang di belakang saya.





Laut Sulu
Di seberang sana terletak Pulau Nunuyan, dekat saja kan...


 Makanan terlarang tetapi popular, sama seperti rokok seludup - tentunya telur penyu, boleh didenda puluhan ribu jika didapati membeli dan menjual. Ini tuan rumah hidangkan kami sewaktu berkunjung berhari raya. Telur penyu seperti bola ping pong yang lembut.

 
Udang masak nanas pun sekali hidang dengan juadah di atas.


Sekitar waterfront, sayang sekali matahari terbenam arah lain...tak nampak dari sini



 ABC buah special sekali dengan aiskrim, di Waterfront,Sandakan


Burger ayam special

___________________________________________________________


Gambar-gambar seterusnya diambil semasa berada di Kota Kinabalu...sama jer makanannya dengan di Sandakan, tak banyak beza. Jom layan gambar makanan...

 

 Ini namanya putu/piutu, diperbuat daripada ubikayu parut, diperah airnya kemudian digoreng tanpa minyak, ada yang ditambah kelapa parut atau gula, semacam pengganti nasi.







 Inilah ikan tongkol bakar dan ikan kerisi bali bakar


 Buntut ayam/tongkeng bakar 



 Sambal kicap iringan sayap ayam, buntut ayam panggang

 








 Sayap ayam panggang...pun WAJIB makan









 Sekali lagi...WAJIB cuba, mesti makan sayap ayam bakar/panggang kalau datang Sabah





 Yang ini agak mahal boleh mencecah harga RM50 seekor - LOBSTER





 Aksesori wanita daripada pearl/mutiara, pastikan anda handal dalam proses tawar menawar untuk dapat harga terbaik dan puas hati. Kalau ada kawan orang Sabah, bawa dia sekali, lagi mudah kalau pandai cakap bahasa tempatan.

OLE-OLE (Nak cepat pergi ke Pasar Umum/Central Market, semua ada di sana)

udang kering
ikan bilis
ikan terubuk masin
belacan merah/papar
kuih cincin
kuih penyaram
souvenier - key chain, T-shirt etc



 love,
monalizahrais
kapar klang
25/11/2014
selasa




8 comments:

  1. Terimakasih atas info,xsabar nak cari coto makassar.bulan 2 kami akan menjelajah ke sanaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, saya sendiri tak sabar balik kampung halaman mesti nak pekena coto makassar, dan... jangan lupa singgah tempat-tempat menarik untuk dilawati... Sepilok, Agnes Keith House, menyusuri Sungai Kinabatangan etc :D

      Delete
  2. Terbaik sandakan..walaupun jauh merantau di tanah smnjg..sandakan tatap dihati.

    ReplyDelete
  3. X sabar utk ke sandakan tanggal cuti sekolah nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pergi ke? saya lambat reply tu pasal terus tanya dah pergi ke belum

      Delete
  4. Haha..memang syiok bha sandakan..walaupun sia org samananjung..Pengalaman 2 tahun di sandakan mmg ndak dapat ku lupak bha..makanannya murah..org nya baik jga..sandakan ndak juga terlampau sibuk dan ndak juga tlampau sepi..bagus untuk urg2 bejiwa halus..haha...tanjung pisau..pulau berhala.pulau shanghai..batu sapi..sim2..tinusa..batu putih..ai na legend bha tu...bagi sya skrg....yg paling rindu..of cos bha seafoodnya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. part jiwa halus tu saya suka dengar randy...dtglah lagi ke sandakan...saya sendiri baru balik dari kampung ni...ya seafoodnya memang best pandai mengasi rindu sama kita kan..haha...

      Delete