Teknologi terlalu pantas bergerak, sentiasa ada yang baru. Pergi sahaja ke pasaraya mahupun premis yang menjual gadget elektronik, bermacam bentuk dan tentunya bermacam RM juga.
Cantik dipandang apatah lagi kalau yang dipamer di sebalik kaca pameran. Promoter tidak jemu malah tidak pernah sunyi mempromosi barangan tersebut. Dah memang kerja diorang, tak boleh komplen sangat. Tepuk diri sendiri tanya apa yang dihajatkan. Dan jangan lupa jenguk RM yang ada kat akaun.
Penangan teknologi...kalau diikutkan nafsu tu, semuanya hendak dibeli. Tapi berbaloikah? Pertanyaan untuk diri sendiri sebenarnya. Ianya seperti fesyen baju juga. Sekejap sahaja panas di pasaran tetapi lambat laun ianya akan tenggelam dengan 'design' yang lebih canggih.
Lumrah dan begitulah aturannya. Terkejarkah kita seiring usia yang semakin meningkat.
Citarasa kita selalunya berbeza dan sering berubah. Yang masih bujang dan masih memikirkan dirinya sendiri mungkin tiada masalah up to date gadget kegemarannya, ditambah pula dengan kewangan kukuh.
Tetapi yang sudah berkahwin dan beranak pinak...kebanyakannya saya percaya lebih banyak perhatian ditumpukan kepada keperluan yang penting dan barangkali tabungan kewangan untuk masa hadapan, contohnya seperti pendidikan anak-anak, rumah, tanah, kereta malah mungkin melancong ataupun menunaikan haji.
Puas melihat segala yang canggih manggih tu, tengok sajalah untuk santapan mata. Ingatan untuk diri saya sendiri...tak elok membazir. Lagipun bukannya guna sangat pun. Yang ada sekarang pun tak terlarat menggunanya, takkan nak yang baru pula? Isk isk...membazir rasanya, lebih baik beli barang dapur...hehe
Dan...duit yang ada dan ianya berlebihan daripada perbelanjaan keperluan...lebih baik disimpan untuk tabungan masa hadapan. (bikin beli tiket flight pun ok juga tu...haha)
No comments:
Post a Comment