Hari ini, tengah hari ini saya masih ingin menceritakan...atau lebih tepat lagi meluahkan perasaan. Biasalah perempuan kan, sinonim dengan luahan perasaan. Tetapi seboleh mungkin saya cuba tapis dan saring setiap kata-kata yang bakal ditaip, kerana adanya banyak pihak yang perlu difikirkan perasaannya.
Pemergian bapa kami sebenarnya menyedarkan saya banyak perkara. Maksud saya perkara yang berkaitan dengan kehidupan, adat orang tua-tua, pandangan orang kampung, kisah sedih dan menyakitkan hati. Banyak peristiwa tersingkap yang membuatkan saya selaku anak sulung lapan beradik itu perlu berfikir dari setiap sisi sesuatu perkara tersebut.
Oh ya, ini bukan cerita tentang berebut harta dan sewaktu dengannya. Alhamdulillah kami adik-beradik dan ibu kami, ikatan kasih sayang dan persefahaman begitu teguh padu, tersimpul kukuh erat, sama seperti sewaktu arwah bapa kami masih hidup.
Dan namanya pun di sebalik tabir...apa sahaja yang berada di balik tabir itu biarlah dirungkaikan di tempat yang sepatutnya, hanya sesekali angin bertiup menyelak tabir rahsia...
Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Mudah-mudahan keluarga kami sentiasa berada di dalam lindunganNya...Amin...
No comments:
Post a Comment