Saturday, December 24, 2016

BALIK KAMPUNG 2/8/2016 - 5/10/2016 EP. 4


Assalamualaikum…


 21/12/2016 saya terpaksa ke klinik lagi. PPP cakap saya migraine, suruh rehat banyak, tidur awal banyakkan minum air. M*******p terpaksa on hold, layan sakit kepala dulu, sakit kepala saya itu bermula beberapa hari lepas ketika saya rush menaip, tidur kurang, makan tak makan. Kalau dah menghadap laptop, setakat 4 ke 6 jam perkara biasa, tak pandang kiri kanan dah. Rasa macam sekejap sangat walhal lama tu! Kita naik flight  2 jam 45 minit dari KL ke Sandakan terasa lama sangat, boring kemain sekejap-sekejap tengok jam bilalah nak landing ni.


Sekarang sakit kepala dah hilang, saya singgah blog sekejap sebelum membelek semula m*******p yang tertangguh. Tulis yang ringan-ringan dulu. Menulis di blog ini saya just ‘tulis’ poin penting di kepala, kemudian terjemah taip terus, mood santai serabai bantai tulis. Seperti sedang bercakap dengan seseorang di hadapan kita. (alaaa…bercakap dengan laptop ni – si Green nama timangannya).


Saya terfikir, kepala asyik sakit beberapa kali tahun ini, macam mana nak handle benda ni? Supaya tak berulang-ulang. Bukan niat menolak ubat, tapi kalaulah dapat dielak alangkah bagusnya, saya fikir gitu. Kebetulan ada dapatan menarik di fb seorang doktor, elak/kurangkan MSG dan gula katanya – ada seorang pesakitnya yang terpaksa makan ubat setiap hari atas sebab migraine. Kemudian dia syorkan tolak MSG dan gula, Alhamdulillah pesakit itu dah baik dah migrainnya.


Ingatan saya terimbas, saya ada minum Milo dan Nescafe beberapa hari sudah. Terlupa sekejap saya akan sakit kepala kalau minum dua benda ni, kan dah mendapat…ditambah dengan tidur tak tidur, makan tak makan…


Oklah sambung lagi cerita balik kampung yang 2 bulan ni. Saya jarang-jarang balik kampung tu pasal tiba-tiba banyak idea menulis hal-hal berkaitan kampung, padahal cerita biasa-biasa saja pun, bukannya gempak sangat pun. Tak kisahlah gempak tak gempak janji saya puasa hati. Menulis bagi diri saya adalah satu bentuk terapi, semacam hobi gitu. Setiap orang ada hobi, kesukaan masing-masing.


@ Diari @
Saya kemas-kemas bilik. Terjumpa buku latihan adik bongsu. Entah kenapa terrr..gatal tangan membelek buku dia tu. Rupa-rupanya diari!. Pada zaman segala macam di hujung jari ini, diari adalah sesuatu yang… sangat-sangat ganjil. Adik bongsu, 16 tahun ada diari! Alangkan kanak-kanak yang belum tahu membaca pun dah reti belek smartphone…bayangkan remaja 16 tahun. Di fb, ada remaja 16 tahun dengan muka dia yang licin putih make up cun, siap jual produk lagi, follower ribu ribu beb! Zaman saya 16 tahun? Tengok komputer rasa segan, hahaha…


Saya baca diari adik saya tu, sambil tersenyum-senyum sendiri. Teringat blog sendiri + status-status saya di fb. Sambil membayangkan agaknya macam manalah reaksi orang lain membaca tulisan saya? Adakah serupa dengan reaksi saya membaca diari si adik bongsu?


@ Kaset @
Kenal kaset tak? Anak buah saya, yakni anak adik saya turun bawah rumah. Generasi lahir sebelum tahun 2000, saya percaya mesti kenal makhluk kaset ni apa. Rumah di kampung jenis bertiang, jadi tempat parkir kereta. Anak buah naik rumah, duduk tepi saya dengan mimik muka hairan tunjuk sesuatu, kaset. Sambil bertanya hairan, “Ayuk Mun…ini apa?” bayangkan wajah polos kanak-kanak 6 tahun yang pertama kali memegang kaset, gara-gara terjumpa kaset di bawah rumah.


Kebetulan saya dan emak budak ni sedang sembang. Kami berdua sambil tersenyum-senyum menerangkan fungsi kaset kepada anak buah. Entah apa yang ada di fikirannya  ketika itu. Anak buah semacam tidak percaya kaset ini kita boleh dengar  dan rakam lagu. Sejak  bayi lagi, lagu-lagu buaiannya sahaja dari smartphone… macam manalah dia nak hadam pasal kaset tu, bertambah bingung garu-garu kepala si anak buah. Dan ini membawa maksud… adakah kita semakin tua?


@ Gajet @
Rasa ganjil melihat orang-orang tua membelek smartphone, dihadiahkan oleh anak mereka. Sungguh saya rasa ganjil. Mungkin sebab saya duduk bandar, so bila suasana tu berubah terasa sangat ganjilnya. Tapi emak kami awal-awal lagi dah pesan, dia tak nak smartphone, cukuplah telefon Nokia yang biasa-biasa tu jenis yang picit –picit tu. Moden sangat katanya. So kami anak-anak dia pun ikut je lah cakap emak.

 Dah dia kata tak nak, kalau kita bagi pun memang dia takkan pakai punya. Emak jenis old schold sejati. Degil dan bossy, hehe…

Saya teringat satu filem, watak antagonis dalam filem ini dia derma telefon + simcard + langganan internet, percuma seumur hidup = smartphone zombie. Kesannya pelanggan jadi zombie gaduh bunuh sana sini, jadi mereng sewel, ketagih sangat.


Mari kita lihat di dunia realiti, di hadapan di sekeliling kita sekarang termasuk diri kita sendiri– facebook etc percuma, kita just keluar duit untuk smartphone dan langganan internet saja. Agak-agak kalau semuanya percuma? Apa jadi?Dapatan di facebook sebentar tadi saya terbaca ada satu kajian kanak-kanak yang ketagih smartphone dibiarkan 24 jam tanpa telefon… serupa orang ketagih dadah. Dahsyat. Sekarang pun orang punya gaduh di fb kaw2 gaduh punya. ‘Meletup’, ‘berdentum’ sana sini. Ah kau sendiri pun tahu, saya sekadar terrrr…rajin menulis semula di sini.


Syukur my husband uninstall siap-siap whatsapp ect, kecuali facebook itupun jarang-jarang online. Katanya rimas, telefon asyik bunyi. Spontan saya mengingatkan diri sendiri, beragaklah juga nak online sangat tu, dah dapat suami yang bukan kaki game, bukan fb mania, syukur sangat. Jangan saya pula yang terlebih zombie phone nya. Mohon dijauhkan.
X duduk sekali dengan kami, study di PJ. X ini lelaki, family kami.

 Wahai ibu bapa abang kakak datuk nenek dan terutama sekali diri saya sendiri, sama-samalah kita mendidik anak/saudara lelaki kita supaya sekurang-kurangnya tahu benda asas kerja rumah. Senang hidup di rantau orang, dapat berdikari basuh baju, lipat baju, kemas katil, menyapu bilik, basuh pinggan.


Ceritanya begini – X basuh/ sidai/lipat baju, sapu kemas bilik dah ok dah. Buat sendiri. Entah kenapa bab masak-masak dan basuh pinggan serabut bertabur sinki/ dapur/lantai. Biar macam tu je. It’s ok, saya faham mungkin X sibuk dengan assignment, saya tolong kemas dan basuh. Makin menjadi-jadi tahap malas pula dah. Saya dah sikit-sikit mendidih dah, ni tak boleh jadi ni.


Saya tegur, ok jalan, settle. Kemudian berulang semula. Akhirnya saya mendapat akal saya whatsapp X, lecture dia sikit-sikit. Dia respon cepat mesej saya, lebih laju daripada face to face. Saya tegur secara berhadapan… dia diam saja, tak respon apa-apa. Tapi tegur melalui whatsapp? Laju benar.


Dia balas whatsapp, sibuk katanya tak sempat bersihkan pinggan mangkuk yang dia guna. Saya dengan tegas respon -  kalau tak sempat jangan buat! Kita tiada orang gaji di rumah ini. Kau harapkan siapa kemaskan kerjamu?Belajar berdikari supaya nanti kau duduk rumah sewa anytime di masa hadapan tak menyusahkan housemate.
Alhamdulillah settle sehingga ke hari ini. Nampak tak pengaruh gajet/app tu? Huhuhu…padahal kita serumah je pun, hari-hari dok menghadap muka yang sama.


Kadang-kadang ada waktunya X bermalam di rumah sewa rakannya sebab study group dan kelas malam. Lepas tu bila dah balik sini, tiba-tiba dia komplen – teruknya rumah kawanku itu, pemalas sungguh sinki penuh tak basuh pinggan, sampai berlipas berkulat pinggan mangkuk. See? Kalaulah X tak terdidik dengan kebersihan, sudah tentu dia tidak bercakap sedemikian.
Dulu pernah saya share status di fb, ada yang terasa hati siap datang ‘menyerang’ saya di rumah, hahaha… sungguh saya tak tipu tuan-tuan dan puan-puan. 


Saya pula yang kehairanan. Tak tahu nak rasa apa – marah atau lucu. Salah faham tu aduh… saya just share tentang kehairanan saya melihat wayang adik beradik bergaduh, dahsyat pergaduhan mereka. Tu, yang cerita Kublai Khan tu dekat TV 8 dulu. Saya pun tulis status lebih kurang bunyinya begini – ‘Rupa-rupanya pergaduhan adik beradik lebih teruk daripada bergaduh dengan orang luar. Tengah tengok drama Kublai Khan.’  XYZ menyangka saya sedang menyindir dia, padahal tiada apa-apa pun, aduiii…
Dahsyat pengaruh gajet ni, tak gitu?


@ Anak @
Masyarakat kita memang sangat ‘ohsem’ dan ‘amazing’. Dia punya judge serupa kau buat kesalahan besar ala-ala pengedar dadah, dan kena mati di tali gantung, bukan alang-alang beb. Mula-mula kahwin memang kita terasa, semakin banyak tahun berkahwin dan masih berdua… semakin ramai yang ‘prihatin’. Gaya rentak soalan juga semakin padu menusuk kalbu hahaha… Beberapa bulan sudah pernah juga saya bercerita tentang isu anak. Sekarang nak tambah sikit je lagi.


Supermoon. Tiba-tiba O bersuara beri cadangan… menyuruh saya berdoa bersungguh-sungguh memohon dikurniakan anak. Mujarab katanya berdoa sewaktu berlaku benda-benda aneh. Saya tanya dia, siapa cakap macam tu. O jawab, mengikut kepercayaan orang-orang tua. Saya senyum saja sekadar respon – “Mengikut kepercayaan orang-orang tua kak?” kemudian menyambung dalam hati – ‘Kita ikut al Quran dan hadis. Apa kau ingat aku tak pernah berdoa usaha selama ini?’ Saya buat  derk je cadangan dia tu. Tak perlu layan benda gitu.


Kadang-kadang bukan tentang sentap atau sensitif ditanya soalan bila nak ada anak. Kita pula yang kesian menengok si tukang tanya tu? Sebab? Kesian sebab bila sidia binti sidia tersangatlah rajin bertanya kita, saya mestilah tertanya-tanya… mungkin sidia binti sidia ini ada petua atau mesti anak dia cemerlang semuanya. Sedihnya rupa-rupanya sidia binti sidia ini anak cucunya jenis luar nikah. Nauzubillahiminzalik. Ibarat dia mengata rabaknya pakaian orang lain sedangkan pakaiannya lebih banyak lubang tidak berjahit. Saya bersyukur perkahwinan kami suami isteri berlangsung atas sebab mendirikan masjid secara baik-baik.


Dan saya juga melihat ada yang mencemuh pasangan yang mengambil anak angkat, katanya tak sama dengan anak sendiri, rugi. Memanglah cik kak oi… tak sama tapi awak sanggup ke pelihara anak angkat? Anak awak sendiri pun tak terurus. Awak tahu ke tidak ganjaran memelihara anak yatim?


Saya pernah ditanya oleh sipolan binti sipolan, sambil dia memegang anaknya yang masih bayi – mahukah saya memelihara anaknya sekiranya dia beri bayinya itu kepada saya. Saya jawab, tak tahu. Kemudian dengan nada sinis dia membalas – kalau saya meminta merayu pelihara anaknya pun dia takkan beri. Sambil memandang saya dengan pandangan menghina. Sungguh, saat saya menulis perenggan ini hampir-hampir menitis air mata dibuatnya. Sebak tau. Dia yang memulakan perbualan bukan saya.


Ada seorang makcik (dah meninggal dah makcik ni), pada setiap tahun saya balik kampung…dia akan intai-intai saya dan setiap kali ada kesempatan berjumpa/berselisih makcik ni mesti tanya saya, kalau-kalau saya tahu anaknya duduk mana, saya ada jumpa ke tidak anaknya itu. Anak makcik ini dah berpuluh tahun tak balik kampung, tanpa sebarang kiriman berita/panggilan telefon, entah hidup atau mati. Saya hanya mampu menjawab -  tak tahu dan tak pernah jumpa pun anaknya.


Di luar jangkaan, anak makcik ini terbuka hati balik ke kampung halaman, siap bawa menantu lagi. Dan beberapa tahun kemudian, makcik ini pun meninggal dunia. Nasib baik sempat bro! Kalau tak, menyesal tak sudah jawabnya bro!

@ Air @
Isu air di Selangor tiba-tiba mengundang beberapa karakter ‘menghiburkan’ di laman sosial. Apalagi, status bunga api warna warni di sana sini, ‘star wars’. Kalaulah yang berlagak ‘badut’ itu level rakyat marhaein kita tak hairan sangat, tapi apabila ianya melibatkan individu yang berpengaruh, viral/tular cerita itu sangat laju. Siap kena troll lagi.  Tak perlu saya sebut, kamu pun tahu ini story…hot & spicy. Sehingga sakit perut gelak dibuatnya.


Di kampung halaman, masalah air sudah berzaman diperjuangkan. Entah di mana silapnya. Sekarang dah ada bekalan air paip, tapi selalu sangat airnya tiada/kurang. Mengadu? Tunggu pilihanraya waktu YB datang berduyun-duyun mencari undi, meraih sokongan. Di luar waktu pilihanraya… pandai-pandailah menjadi kreatif dan berinovasi?


Dua bulan di kampung saya menjadi saksi emak bangun seawal 3 ke 4 pagi menyambut air memenuhkan tangki biru, baldi dan dram. Setiap hari beb. Bekalan air di kampung tidak menentu, sekejap ada sekejap tiada, macam iklan biskut chipsmore tu. Di sini,baru beberapa hari mati air dengan notis pemberitahuan pula tu… sudah ada yang meroyan tak tentu pasal. Kalau tanpa notis, agaknya sewel terus.


@ Jauh @
Lembah Klang vs Sabah. Orang-orang tua selalu merasakan KL dan Sabah sangat jauh. Tapi pada saya tak begitu. Naik flight  2 jam 45 minit, dekat dah tu. Jauh hanya dari sudut geografi dan wang ringgit. Sekarang kau pun tahu, itu tambang murah Air Asia, Malindo, Mas. Beli awal tiket, seawal 6 bulan, 3 bulan, rancang cuti. Dapat yang murah-murah.
Tak dapat selalu balik kampung, kita angkut family datang sini, jalan-jalan, shopping mopping duit.  Sekali lagi, tunggu promosi tambang dan rancang cuti awal-awal.


Bermula umur 13 tahun, saya memang dah biasa berjauhan dari family. Sampai sekarang umur jejak 36 tahun… saya masih di perantauan. Sejujurnya saya tak kisah menjadi warga Selangor, dah serasi pun saya duduk sini. Tapi kita masih ingat dan rindu kampung halaman. Cuma cara rindu tu beza banyak semasa masih bujang dan setelah bertahun-tahun bergelar isteri.


Masa semua adik beradik masih bujang, agak rapat semuanya, boleh share macam-macam, setelah keluarga berkembang biak… kita fikir rumahtangga kita dulu kemudian baru fikir family di kampung. Politik keluarga sentiasa wujud, terjadi kepada semua orang dan berulang-ulang ceritanya. Apa kau ingat drama-drama Melayu kita di tv itu sekadar rekaan 100%?


Kau silap beb, walau tak masuk akal ceritanya, percayalah ada yang benar-benar terjadi di alam realiti, beza pada ‘seni persembahan’ drama itu dipersembahkan. Ianya semacam fotostat cerita sebenar, cuma diolah/diadaptasi dalam bentuk kreatif. Kita fotostat satu page dan page seterusnya, ada pilihan jenis hitam putih dan warna warni, ibaratnya gitulah.


love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar
Selangor
24 Disember 2016 Sabtu






Thursday, December 15, 2016

WAYANG LEBIH, POP CORN MANIS


Assalamualaikum…


Sambung lagi, entri wayang lebih, popcorn masin, cuma kali ini wayang lebih, popcorn manis. Ada sikit lagi nak sambung. Di luar rumah 28`C mostly cloudy, di dalam hati – natural, biasa-biasa saja. Tak mendung tak cerah.



@ Tiket @
Disember, pertengahan bulan membawa maksud +- 2 minggu ke hadapan kita akan memasuki tahun 2017. Baru-baru ini sewaktu membeli sedikit lauk di pasaraya terdekat rumah kami, saya melihat ‘bunga-bunga’ perayaan Tahun Baru Cina itu sudah nampak, walhal Krismas tak lepas lagi. Limau lokam tu dia dah start jual. Pisang kaki, kacang tanah mentah. Seimbang dengan jualan perhiasan Krismas. Setiap tahun jadi macam ni. Dan saya pun spontan mengulang ayat yang sama, cepatnya masa berlalu, how time flies.


Di facebook saya melihat trend terkini promosi jualan online tudung pucci, kain pucci dolce/vantage etc mendominasi wall news feed saya. Saya menjangkakan mood fesyen Hari Raya Aidilfitri 2017 akan didominasi corak pucci dolce ini. Meriah tak? Corak dia tu. Tiba-tiba saya teringat fesyen ‘tudung turki’ zaman sekolah menengah dulu. ‘Tudung turki’ itu semacam tudung pucci, yang bahagian jenis kain tu, jenis licin, ala-ala kain satin dan berkilat. Beza pada corak.


Untuk fesyen,  saya biasanya akan beli beberapa helai tudung mengikut trend terkini. Beli banyak-banyak pun bukannya available sepanjang masa dipakai, namanya pun fesyen. Sebab saya duduk di kawasan jualan fesyen tudung, pakaian yang sentiasa up to date. Contoh saya pergi Jalan TAR bulan ini, kemudian tiga bulan akan datang saya turun lagi Jalan TAR. Fesyen 3 bulan sudah berbanding hari ini banyak beza. Cepat sangat perubahan fesyen tu. Fesyen datang dan pergi, seperti touch n go… mungkin.


Ok, sambung sedikit cerita tiket. Tiba-tiba my husband tanya, Ah dan Id ada call lagi tak? Tanya pasal tiket dia orang. Saya jawab sejak kejadian abang sakit dan saya disindir-sindir tu… sampai sekarang senyap. Kemudian saya dan suami berpendapat – Ah dan Id pandai-pandailah dia orang atur tiket sendiri, dah pernah datang KL dua kali, nombor teksi pun dia orang pegang.

 Alangkan di Sabah pun duduk hotel dan tak naik rumah keluarga sendiri, inikan pula di KL. Ironinya, Raf beritahu saya, Ah cari peguam untuk tuntut harta di kampung, lawan saudara sendiri di mahkamah. Ironinya yang bahagian cari peguam tu, yang menolong Ah mencari peguam tu siapa? Individu yang mencantas tiket saya tahun 2000. Hohoho…


Dendam tidak, marah sikit-sikit. Tapi marah saya tu dah lenyap dah, marah sekejap je sebab kena provokasi, disindir. Saya membayangkan bila-bila masa di masa hadapan sudah tentu kami akan terjumpa Ah dan Id di mana-mana, ketika itu agak-agak macammana reaksi kami? Saya fikir begini, sekarang pun saya tiada perasaan dendam, marah etc yang segaris dengannya. InsyaAllah saya akan layan seadanya, cuma saya tidak akan berurusan apa-apa hal yang melibatkan Ah dan Id.


Ok, siap dah, saya tak mau tulis panjang-panjang part Ah dan Id. Cukup-cukup sudah.



@ MLM Multi Level Marketing @
Selepas dua bulan saya duduk di Sabah dan pulang semula ke sini… tiba-tiba my husband cerita tentang satu simcard bagus, dapat menjana pendapatan lumayan. Kawan promosi katanya. Berdasarkan cerita suami… gerak hati saya mengatakan – ini MLM ni. Saya dah mula risau, saya terus tanya suami berapa duit dia minta untuk modal? Suami cakap tak banyak tak sampai RM 100 pun. Saya tanya lagi, ada sign apa-apa tak? Tiada, balas my husband. Fuh lega.


Saya tak perlu ulang tulis apa itu MLM. Kebanyakan orang tahu tentang ini. Dan saya pun tak naklah lecture my husband lebih-lebih, sekadar mengingatkan dia supaya berhati-hati. Beberapa bulan berlalu akhirnya suami ‘bising’, tipulah simcard ni, nasib baik duit aku keluar sikit je. Simcard tipu yang dia pakai tu pula ada banyak panggilan dari entah siapa-siapa yang selalu call my husband. Tu yang dia rimas tu. Dan nasib baiklah my husband tak terpengaruh cari downline sana sini. Akhirnya berkubur begitu saja simcard tu.


Demo pinggan tak pecah, masak guna lilin. Dulu ada masuk kampung kami, orang jual pinggan kaca, siap demo hempas pinggan depan kita dan memang betul, pinggan tak pecah. Dia jual mahal, ratus RM. Pinggan yang dia hempas tu sah original, cuma pinggan yang dia jual tu tak original. Lepas penjual tu balik, kita try hempas pinggan tu, sah-sah pecah. Masak guna lilin tu pengalaman my husband zaman remaja dia ikut-ikut orang berniaga. Dia tak tahu orang yang dia ikut berniaga tu jenis tipu.



@ Drama @
Actually, my family tak tahu saya lulusan teater, sehingga ke hari ini, saat ini. Dan almost my friend terdekat, terapat, bff, non bff…pun tak tahu. Saya cuma cakap saya belajar bidang kebudayaan. Tak tipu, cuma tak berterus terang saja. My husband? Dah namanya suami, kenalah terus terang, dalam proses saya menerangkan saya ni bekas student teater… garu-garu kepala juga dia mendengarnya sambil melihat saya dengan pandangan yang… kau rasa? Try teka.


Next, sedikit tambahan sambungan entri sebelum ni.


*Behind the scene – saya duduk belakang pentas lebih banyak dari berlakon atas pentas, alaaa zaman belajar dulu tu. Jenis pemalu, naik pentas atas sebab melibatkan kredit CGPA je pun. Kalau sengaja untuk berlakon, memang tak naiklah saya masa tu. Rela lari laju-laju balik rumah, hehe…


So pengkhususan saya, pengurusan dan teknikal teater. Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang saya tak teruja sangat dengan hasil akhir, saya lebih berminat ‘benda-benda tersembunyi’, behind the scene dan konsistensi. Ianya umpama – it’s not about nasi lemak, it’s about the PROCESS, macam mana nak buat nasi lemak?


Atau… bukan tentang menjadi juara semata-mata, tapi cara nak mengekalkan kejuaraan itu.
Ingat tak dekat fb, yang behind the scene filem Titanic tu? Agak-agak selepas ni adakah pandangan awak berubah atau masih sama? Setiap kali menonton Titanic?


Kadang-kadang saya tengok drama/filem sebab best sangat jalan ceritanya, saya mesti terfikir…hebat penulis skripnya atau penulis novel ni. Siapa dia?
Kita sama-sama tahu watak Joker psikopat, tapi pernahkah kita terfikir penulis/pencipta Joker tu siapa? Yang mana lagi ‘psikopat’?


Saya terbaca di fb ada seorang individu ni dia suka sangat kritik/komplen pasal drama-drama Melayu kita. Orangnya kerja bidang sains, tak perlu saya sebut pekerjaannya. Seronok juga baca post-post dia tu… dari sudut pandang seseorang yang di luar bidang drama.


Behind the scene ianya seperti rasa manis dalam segelas teh tarik, kita rasa manis tapi kita tak nampak gula yang manis tu. Wujud seperti angin, kita dapat rasa tapi tak nampak.


*Blocking (stage) – dalam teater membawa maksud : precise staging of actors in order to facilitate the performance of a play, ballet, film or opera. Nak tahu lebih lanjut…awak baca wikipedia je, dia terang cukup silau dah tu.


Saya cepat rasa rimas melihat rumah kecik tapi padat dengan perabot sampaikan jalan kita terhalang. Sebab saya duduk di belakang tabir kita buat make up, set & prop, so dalam kehidupan seharian ianya banyak mempengaruhi kita pada waktu-waktu tertentu – menyusun atur letak barang-barang di rumah. Saya sangat mementingkan mesti tiada blocking, mesti rasa selesa. Bukan tentang besar kecik ruang yang ada atau kemas serabut, tapi yang penting kita bebas dan selesa untuk bergerak.


*Cermin.




Di rumah, ada 3 cermin besar dapat lihat seluruh badan, 3 cermin muka saiz sebesar buku latihan budak-budak sekolah yang 200 pages tu, dan cermin kecik letak dalam handbag. Sebelum bercermin… pastikan kita menghadap tempat terang, saya buat macam ni – saya sangkut cermin dekat tingkap, so saya dapat pencahayaan semulajadi dan ini juga membawa makna, di luar rumah itulah muka sebenar kita, rata tak rata bedak yang dipakai, make up yang natural atau terlebih cat muka. Tapi untuk make up pelakon di pentas kena teballah sesuai dengan watak, kadang panas kat atas tu, tu belum kena suluh lampu sorot lagi tu, gerak sana sini. Kalau tak make up macam mana nak show watak tu.


Saya hairan melihat sesetengah kaum wanita terutamanya, selamba je bercermin dengan cermin yang kotor, dah berbintik-bintik cerminnya. Tu belum masuk bab cermin retak sana sini. Apa yang dia pandang ya? Saya terfikir, dia tak cek ke jerawat, bulu, apa-apa keganjilan dekat muka dia tu, kena pula tu cermin tu membelakangkan cahaya. Kan gelap tu. (dey! berapa banyak tu daa…)


*Sisi pandang –rasa seronok menonton tv bersama family, yang bahagian komen-komen tu. Mendengar komen jujur dari mereka, kadang kita mendengar sesuatu yang baru tak terlintas pun di fikiran. Kalau menonton drama/filem bersama rakan-rakan seperjuangan (sama bidang hehe…) pimai pimai tang tu je lah komennya. Dah nama pun bidang yang sama, fikiran lebih kurang sama patennya.


*CCTV – melihat ‘drama’ kehidupan di hadapan mata ‘live’. ‘Membaca suasana’ dan duduk diam-diam sambil hmmm… lantak koranglah, yang penting aku bahagia haha…

Dan, habis sudah cerita. Nanti sambung lagi lain kali, tata… bye sayang…

love,
monalizahrais
Bt 3 Jln Kapar, Klang
Selangor
15 Disember 2016
Khamis

Saturday, December 10, 2016

WAYANG LEBIH, POP CORN MASIN II

 Assalamualaikum…

Ada sambungan pula ya. macam tak puas hati je tu. Haha…rileks, tak ada apa, memang nak sambung pun. Sebab bahagian pertama dah cukup panjang banyak sangat perenggan, saya tulis lagi wayang lebih, popcorn masin II.


@ Tiket @
Mesej bunyi, ejen tiket whatsapp saya tiket promosi bermula Disember  2016 sehingga September 2017. Saya terus teringat Ah dan Id. Ibu bapa saya tidak pernah mendidik kami membalas kejahatan/kekurangan orang lain berbalas kejahatan. Saya pernah melihat sendiri ketika zaman kanak-kanak saya, ada yang bersikap kasar dengan ayah saya, tapi ayah tetap berdiam diri dan senyum saja. Saya tanya kenapa tak balas, katanya biarlah Allah membalasnya. Kita buat kerja kita sendiri, jangan kacau kerja orang lain. Zaman kanak-kanak saya dulu, saya agak rapat dengan ayah. Ayah pula tukang kayu, saya selalu ikut ayah ke mana-mana – laut, ladang kelapa sawit malah bertukang kayu.


Tiket kapal terbang pertama saya ditaja oleh seorang YB/potitician. Itu tiket saya ke Kuala Lumpur untuk sambung belajar di Universiti Malaya. Tahun 2000, masa itu untuk ke Kuala Lumpur kita perlu ke Kota Kinabalu. Belum ada penerbangan terus dari Sandakan –Kuala Lumpur seperti sekarang ini. Dan harga tiket juga tidak semurah sekarang. Kalau dapat RM 500 untuk perjalanan sehala pun, dah cukup heaven dah tu. Sangat.


Satu-satunya tiket saya itu dicantas oleh seseorang yang mengambil kesempatan untuk kepentingan dirinya sendiri. Diringkaskan cerita, ada seorang lagi politician dengan murah hati memberi saya tiket ke KL. Sayangnya saya tidak ada kesempatan bertemu one to one dengan beliau, dah meninggal pun pakcik tu.


Ok, U turn cerita pokok – Ah dan Id. Saya berharap mereka berdua pandai-pandailah mengurus tiket mereka. Sayangnya hati saya tidak semurni hati ayah saya yang membalas kejahatan dengan kebaikan. Saya jenis, kalau saya dah fed up, saya lari jauh-jauh, tinggalkan. Malas nak gaduh panjang-panjang. Sekarang saya sedang bertungkus lumus menyiapkan m*******p, saya hanya akan melayan benda penting sahaja due to bunyi mesej/call di smartphone saya. 


Mengingatkan kembali karenah Ah dan Id, selagi mereka tidak berubah, sudah tentu benda yang sama berulang-ulang, rimas dibuatnya. Biarlah saya di cop sombong, tak kisah. Mereka jenis orang belajar tinggi, jadi bukan satu masalah besar pun hendak urus tiket. Sepatutnya begitulah. Yang saya tahu, silibus budak-budak sekolah rendah dan menengah sekarang jenis kbat (kemahiran berfikir aras tinggi). Ah dan Id pula cikgu, takkan berfikir aras rendah? Tak gitu?



@ MLM Multi Level Marketing @
Sejak akhir-akhir ini ada friend tag saya di fb. Itu perkara biasa, terjadi kepada semua orang yang ada fb. Mula-mula berfb dulu, wall saya penuh iklan bermacam jenis barangan online. Sesuka hati je dia orang tag saya. Aduh, rimas amat. Akhirnya saya adjust setting dekat fb, sekarang sebarang tagging perlu ditapis dulu sebelum publish, sebelum saya approved. Ibarat kita datang rumah orang lain…kita selamba je lekat poster/iklan di dinding rumah tu, salam tidak, mohon kebenaran pun tidak. Ni kalau di kampung maunya kena hambat penyapu kena halau, biadap sungguh menurut orang-orang tua kita.


Ini juga dapat elak orang lain tag kita dengan gambar-gambar yang tak sepatutnya. Kadang tu family atau kawan-kawan kita candid gambar kita tak tutup aurat, yalah tak semua orang faham konsep aurat. Pada zaman info lebih laju dari kelajuan keretapi laju…mudah sangat kita viral/tular di laman social.


MLM, sekarang lebih advance, sebab fb melibatkan fikiran, pejuang-pejuang MLM sangat agresif, ‘memaksa’ kita join group mereka. Penunggang agama dan gelaran palsu (info banyak sangat, kamu google/fb sendiri, tak perlu saya tulis ulang di sini, semua orang pun tahu).  Ada yang saya terpaksa unfriend, tak menahan kena tag selalu. Walaupun saya tak approved di timeline… telefon tetap bunyi setiap kali geng-geng mereka komen di post yang saya kena tag itu. Ini membuatkan kita terrr..baca benda-benda yang kita tak nak.


Agaknya apa khabar J sekarang? Adakah sudah bergelar jutawan? Beberapa tahun sudah berlalu sejak peristiwa J mengajak saya join MLM dia tu. Kali terakhir saya ‘baca’ khabar J di fb… dia dah balik kampung dah. Tak buat apa-apa pun, mengular memanjang…saya cuba bersangka baik…balik kampung tanam jagung kot. Kadang kita sedih, yang pro MLM ni kawan-kawan dan family di sekeliling kita. Orang terdekat kita. Tak join, salah, nak join pula banyak sangat tak betulnya, nampak sangat menipunya aduii…tapi untuk keselamatan kewangan dan kestabilan emosi kita untuk long term, tolak awal-awal.


@ Drama @
Sekarang, sejak bergelar orang awam, dah habis sekolah, duduk di alam realiti melihat/merasai tinggi rendah langit kehidupan… asas teater itu sedikit sebanyak mempengaruhi cara pandang saya dalam banyak perkara.

Ada ketikanya saya jadi macam ni –

* Saya ke pasar, beli barang dapur. Melihat si penjual buah, suara dia kuat tau. Sejauh 20 langkah kita dah dengar suara dia tu. Dalam fikiran saya – dia ni kalau duduk atas pentas tak payah susah-susah pakai mikrofon, suara cukup padu, vocal mantap.

* Di hospital, melihat doktor pakai mask. Ingatan saya terbang teringat topeng Noh, Bunraku dan bermacam jenis seni persembahan melibatkan topeng. Awak jangan salah faham pula, saya sekadar teringat. Dan kebetulan, semua fail pesakit dia letak di hujung katil saya, sambil doctor tu menulis sesuatu di fail + dari hari pertama, kedua dan ketiga saya duduk di wad…muka doctor yang sama…membuatkan saya terfikir,  ‘doktor ni kerja dia siap banyak dah, aku ni m*******p asyik tangguh saja. Dan saya pun berhuhuhu…sambil mengenang nasib diri.

* Handsome/cantik – bahagian ini agak seronok. Kita melihat/bercakap/berjumpa dengan orang lain yang pada pandangan kita  rupa paras mereka sangat menawan. Ada yang sekali pakej senyuman cantik. Ada ciri-ciri artis dalam diri mereka. Tapi realitinya mereka hanya orang kampung, melakukan kerja-kerja rencam.

* Dewan dan pentas. Semacam magnet. Ternampak dewan dan pentas di mana-manapun… semacam ada satu perasaan…sukar untuk digambarkan, pandangan saya akan terkalih walau sekejap.

* Sembang dengan orang kampung, jenis datuk nenek, golongan ini kalau bercerita dia punya penghayatan tu super ohsem. Cerita sedih – mudah sangat mata berkaca, kita yang mendengar pun terasa kesedihannya itu.

* Tengok wayang di pawagam. Tempat duduk penonton seakan bilik kuliah. Waktu beli tiket, saya akan cari tempat duduk tengah, sudut pandangan 45 darjah menghadap pentas. Ini sudut terbaik untuk melihat pementasan, dalam sisi di pawagam…menonton skrin, pun available.  

* Mencuba resepi baru. Membaca resepi seakan membaca skrip. Baca berulang-ulang/menghafal sampai melekat di ruang fikir. Kemudian barulah saya buat resepi tu. Saya rasa terganggu sambil memasak sambil membaca resepi, seolah-olah pergerakan saya perlahan dan tersekat-sekat. Saya menyimpan ingatan dalam bentuk ‘youtube’. Visualisasi.


Dan banyak lagilah, tak larat tulis. Perut dah lapar dah ni, musim hujan gini asyik nak makan, sekejap-sekejap makan. Siap tulis entri ni nak melayan Maggie dulu, sekali sekala makan Maggie. Lepas tu mengikut plan asal, menyambung taip m*******p pula, semoga dipermudahkan amin…


love,
monalizahrais,
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
12 Disember 2016 Sabtu