Monday, November 24, 2014

STREET ART LORONG BELAKANG SEKSYEN 7, SHAH ALAM


Assalamualaikum...

Berikut gambar-gambar di dinding yang terdapat di lorong belakang premis-premis perniagaan di Seksyen 7, Shah Alam. Sambil shopping tudung dan kain...saya singgah sekejap ambil gambar dan sempat juga selfie. Bab shopping saya suka pergi sendiri... lebih tenang dan selesa...kalau bawa suami atau kawan rasa macam terbatas waktu dan kurang selesa membelek-belek barang yang hendak kita beli, faham-faham sajalah wanita dan shopping kan..

Saya ke sini pada tarikh 11/11/2014 yang lalu.


Jom layan gambar...
















































Ada banyak gambar...ini saja yang dapat saya tangkap, itupun cepat-cepat tangkap gambar sebabnya tujuan utama singgah di Seksyen 7 beli tudung-tudung kiriman emak dan adik. Walaupun saya graduan dalam bidang seni persembahan... tapi lukisan di dinding ini bukan 'bidang' saya...maklum cabang seni itu sendiri sangat luas bukan. 

Kurang sesuai untuk saya kritik lukisan-lukisan ini... semuanya cantik dipandang dan ada mesej tersendiri... yang paling menyentuh rasa ada beberapa lukisan seperti kapal terbang MAS dan pray for Gaza.  

Tentang street art ini juga...ada banyak gambar yang di hashtag di instagram #LORONGBELAKANG  oleh pengunjung yang pernah datang ke sini...ada banyak juga aksi-aksi menarik, komen-komen lucu yang mereka sertakan. Jenguklah di sana untuk lebih informasi!


love,
mr
kapar klang
24/11/2014
monday

 

Friday, November 21, 2014

SEKSYEN 7 SHAH ALAM JALAN-JALAN CARI TUDUNG

Assalamualaikum...

Minggu lepas saya ke seksyen 7 Shah Alam mencari tudung kiriman emak dan adik. Esok adik saya yang belajar di Adtec itu akan pulang ke Sabah bercuti semester.
Sebelum ini saya hanya lalu di tepi-tepi jalan seksyen 7 untuk ke I City dan PKNS Shah Alam, baru kali ini singgah dan merayau ke kedai-kedai tudung yang berderet di situ. Kalau tak sempat ke Jalan TAR bolehlah singgah sini, banyak juga pilihan sampai rambang mata dibuatnya. Dekat saja dengan rumah kami jika dibandingkan dengan turun ke KL. Tapi kalau nak beli banyak/borong...alang-alang turun KL, puas hati.

Sambil cari dan beli tudung...sempat lagi saya singgah di laman seni street art lorong belakang, tapi untuk cerita laman seni itu saya tulis di entri seterusnya. Sekarang mau cerita bab tudung dan kain-kain dulu. Wisma Jakel, Gulati's dan Burger Bakar Abang Burn antara yang selalu disebut-sebut kalau nak pergi Seksyen 7 Shah Alam, senang sangat nak cari tempat ni.

Ok, terus kepada gambar-gambar di bawah.


 


























Kalau naik bas dari bandar Klang tambang RM1 dalam 15 minit dah sampai sini, ikut bas Seranas yang menuju PKNS. Dekat sangat dengan bandar Klang. Saya beli tudung dagu mengikut permintaan emak dan adik, pusing-pusing cari akhirnya beli dekat Real Hijab bermacam jenis dan warna tudung dagu, tak dagu dan lilit-lilit (shawl). Kebetulan Real Hijab tengah promosi 3 helai RM100 sampai hujung tahun 2014 kata jurujualnya. Harga asal RM70 dapat 3 helai RM100 kira ok lah tu... kena dengan bajet emak dan adik.

Korang layanlah tengok gambar ya... nak pilih tudung yang semurah RM10 ke RM puluh-puluh ke ratus suka hati kamu...

Tanda-tanda awal kita memasuki kawasan seksyen 7 antaranya stesen minyak dan bangunan KFC yang besar gedabak tu (dari bandar Klang lah), tapi senang cerita memang mudah cari tempat ni. So? Nak cari tudung berjenama tak berjenama tempat ini juga satu pilihan, InsyaAllah untuk raya puasa tahun 2015 saya nak cari tudung kat sini lagi kalau tak sempat atau tak larat ke Jalan TAR, selain PKNS Shah Alam.

Yang menarik perhatian di sini...majoriti peniaganya Melayu, muka-muka Melayu ada di mana-mana ditambah lagi lokasinya berdekatan dengan pintu masuk Uitm... mood Melayu begitu menonjol sekali, ops ini bukan racist tau! Saya cuma tulis apa yang saya nampak di hadapan mata saya.

Ok, tata titi tutuuuu...jumpa lagi di lain babak.


love,
monalizahrais
kapar,klang
21 nov 2014 friday

 
 

Thursday, November 20, 2014

BURGER IKAN MY STYLE ^____^ HOMEMADE

Assalamualaikum...

Jarang sungguh dapat berblog sekarang...entah apalah yg disibukkan sangat tu.Namun begitu blog ini tidak pernah saya lupakan, cuma kurang konsisten update cerita-cerita yang hendak dikongsikan kepada pembaca yang tidak saya kenali.

Ok lah...sejak terrr...pandang burger bakar abang Burn di facebook, tiba-tiba mood burger menjelma, belum ada kesempatan lagi makan burger bakar yang terkenal tu, akhirnya terrr...buatlah burger homemade.Godek-godek resepi di kepala Encik Google, merayau sana sini di laman maya dan akhirnya menjadi juga burger ikan dan ayam mengikut citarasa saya.

Lain orang lain citarasanya. Saya beli bahan-bahan mentah dekat Mydin jerrr...jujur saya bukan peminat burger, tapi keinginan mencuba itu wujud dan sesekali juga saya ada membeli burger ayam/daging special, kadang-kadang saya rasa sedap kadang-kadang rasanya macam biasa-biasa saja di tekak saya.
Alangkan burger bakar abang Burn itupun bukannya jauh sangat dari rumah kami, tapi tak pernah lagi ke sananya,nak juga ke sana satu hari nanti...

Sebelum ini hendak beli cheese pun saya tak tahu nak pilih yang mana...kerana keinginan membuat burger hasil air tangan sendiri begitu kuat yang mendorong saya 'mesti buat dan siap punya', hehehe...

Terus kepada gambar di bawah, langkah demi langkah membuat burger homemade my style laa...
Sorry ya, panjang sangat mukadimah di atas, al maklum melepas rindu lama tidak menulis di blog.








 














Keratan rentas burger ikan.


Sayang sekali tak dapat upload gambar bahan-bahan mentah, sudah dicuba banyak kali tetap tak dapat upload.Jadi saya tulis saja bahan-bahan kat bawah.

Bun burger (saya beli yg 10 pcs RM2.70)
Burger Ikan/Ayam jenama Ramly 
Daun salad
Tomato
Kobis 
Timun
Lobak merah
Keju (cheedar cheese)
Seasoning saya guna apa yang ada kat rumah saja (salad dressing jenama lady's choice dan sos cili kipas udang macam dalam gambar di atas)
Mentega jenama Daisy
Telur (kalau suka boleh buat ala-ala burger special kan)
 Hirisan bawang (saya tak letak malas hiris)
Bab sayur mayur tu pun ikut suka (dihiris halus-halus)

Saya suka seasoning selain yang di atas...kalau ada sos lada hitam dan ajishio yang dalam botol kecik comel tu...apa pun ikut citarasa masing-masing lah ya.


Kebanyakan dari kita mesti pernah beli burger yang jual kat tepi jalan mesti biasa tengok abang/kakak yang jual burger tu masak dan susun burger, jadi rasanya tak perlu saya terangkan secara detail cara-cara membuatnya, biarlah gambar berbicara.


Ok, jumpa lagi di lain cerita, semoga ada manfaat kepada anda yang membaca cerita ini, InsyaAllah ada versi burger yang lain nak letak lagi dalam blog ini, sekarang masih mood amatur, silap salah harap diampun, hihihi...

love,
monalizahrais
kapar,klang
20 November 2014