Assalamualaikum…
Cuaca di luar rumah mendung, cuaca di dalam hati cerah. Rindunya
hendak tulis begini ~ ‘bab cuaca’ tu, agak lama meninggalkan blog bersawang
berhabuk, banyak cerita tersimpan terperap begitu saja di fail laptop… dah siap
tulis cuma belum upload di blog.
Hari ini bertarikh 27 Disember 2017, bersamaan Rabu, saya
ringkaskan kisah kami sepanjang 2017 ini. Berbaki kurang seminggu memasuki
tahun 2018… kalau dah masuk 2018 baru nak tulis benda-benda dari 2017 rasa
macam kurang fresh pula.
@Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji@
Kedua-dua raya kami di Klang, Selangor. Atas sebab tertentu yang
tidak dapat dielakkan… kami terpaksa beraya di sini. Beberapa hari menghampiri
hujung bulan puasa… tiba-tiba suami cadangkan kami turun KL pergi tengok Tugu
Negara. Pergi sana waktu Hari Raya pertama. Kata encik suami, selama dia duduk
Malaya dia tak pernah jejak kaki ke sana lagi, kurang sikit sedih sebab tak
dapat balik beraya.
Kami pun pergilah ke Tugu Negara, dari KL Sentral kami ambik
teksi, RM 15 sehala, perjalanan lancar, nasib baik kami pergi awal puas
bergambar. Menjelang tengah hari, ada banyak kumpulan pelancong yang datang ke
sini, sampai tahap nak bergambar kena ikut giliran. Selesai di Tugu Negara…
ambil teksi sekali lagi drop dekat Dataran Merdeka, seterusnya kami bergambar
lagi, jalan-jalan, makan-makan. Plan asal kami naik LRT saja menuju KL Sentral
seterusnya ambik komuter menuju Klang.
Realitinya? KL dan pekerja asing Bangladesh, Myanmar, Nepal
berpisah tiada kalau dah cuti umum. Tambah-tambah lagi waktu
perayaan…hmm…melihat mereka memenuhi segenap segi pelosok Kuala Lumpur (dalam
cerita ini Pasar Seni dan sekitarnya) rasa menyesal pula turun KL, sesak padat
nak bergerak pun susah. Akhirnya kami cari teksi lagi menuju KL Sentral, RM 10
sehala.
So, kesimpulannya… kalau dah hari raya tu cuba sedaya upaya
untuk balik kampung, kecuali ada kekangan yang tak dapat dielakkan.
@Azam 2017@
Soalan untuk diri sendiri, ‘apa citar’ azam 2017 tu? Langsai tak
langsai? Atau kena sambung bawa ke hadapan 2018? Aduh duh duh pedih rasa… ada
yang kena sambung 2018, tak apa, yang penting FOKUS. Teruskan berazam dan
teruskan usaha merealisasikan azam kita tu. Sebenarnya azam saya bukannya luar
biasa sangat pun…lebih kurang sama dengan azam orang lain, tapi hendak ditulis
di sini rasanya kurang sesuai pula.
@Balik kampung 2017@
Saya sangka sebab tak dapat balik beraya kedua-dua raya puasa
dan haji…mungkin tahun 2017 ini memang tak jejak kaki ke Sabah. Tapi itulah,
siapa kita hendak menduga kejadian pada masa hadapan. Ingat lagi tak tahun
sudah 2016 saya balik kampung berbulan lamanya atas urusan rumah kami? Sangkaan
saya semuanya ok, no problem bilang orang puteh, baik-baik belaka gitu.
Rupa-rupanya… individu yang kami amanahkan sebagai wakil
membayar sewa rumah kami, entah apa masalah dia sebenarnya, bayaran rumah kami
ditangguhkan begitu saja. Duit kami dah kirim tapi tak dibayar ke majlis. Macam-macam
alasan, ayat-ayat ‘back up’ diberi. Bertembung pula dengan pelarasan akaun dari
pihak majlis perbandaran yang memerlukan kehadiran tuan rumah…akhirnya saya
tergesa-gesa balik kampung halaman.
Itu ini begitu begini…
makan masa lebih kurang dua bulan saya balik Sandakan 18/09/2017 sampai tarikh
15/11/2017. Malas mau cerita panjang-panjang bimbang ter…laser tercakap yang
jahat-jahat tapi untuk ingatan kita bersama…amanah dan tanggungjawab dalam
setiap apa yang kita lakukan, mudahkan urusan orang lain, InsyaAllah urusan
kita dipermudahkan. Marah memang marah tapi biarlah…Allah Maha Adil, biarlah Allah membalasnya, yang
penting kami tidak menyusahkan orang lain, kami usaha untuk kesenangan kami
suami isteri di masa hadapan. Zaman sekarang agak mencabar mencari orang yang
amanah, jujur dan ikhlas…lagi-lagi melibatkan urusan wang ringgit.
@Happy Birthday!@
Bukan budaya dalam keluarga kami ucapan birthday kek tiup lilin
bagai tu. Tapi kita dah join facebook, rakan-rakan fb kita akan tahu birthday
kita sekian-sekian haribulan, ada yang ucap, so kita terima sajalah. Menariknya
birthday saya 26 Mei pada tahun 2017 ini sehari sebelum bulan puasa, iaitu
sehari sebelum 1 Ramadhan. Mengingatkan saya momen mula-mula berblog tujuh
tahun lepas…sehari sebelum bulan puasa masa tu, Jun 2011.
@Dengarlah Ceritaku@
Saya mula berblog Jun 2011 seperti yang saya nyatakan dalam poin
di atas. Setiap kali menghampiri tahun baru, hujung tahun… saya selalunya blur memikirkan display, heading, theme dan yang segelas dengannya, tentang blog
ini. Untuk tahun 2018, saya masih belum menetapkan sebarang tema mencantikkan, ‘renovation’ blog. ‘Dengarlah Ceritaku’
itu asalnya dari perkataan ‘Mari Bercerita’ atau ‘Cerita Saya’ atau ‘Aku
Bercerita’ tapi setelah ditolak campur bahagi
darab akhirnya saya memilih ‘Dengarlah Ceritaku’, rasa macam sedap sikit
didengar dan agak unik. Lama kelamaan, bertahun berlalu saya terjumpa satu
novel bertajuk Aku Bercerita penulisnya RAM. Masa itu saya terfikir rupa-rupanya
perkataan Aku Bercerita itu ‘wujud’. Nasib baik tak letak jadi heading blog.
Kemudiannya saya cuba berfikir terbalik ‘Dengarlah Ceritaku’
dari sisi negatif mungkin seakan luahan emosi terpendam yang orang lain tidak
tahu, tidak mengetahui apa yang saya pendam, rahsiakan. Sebenarnya dalam
kebanyakan tulisan saya di blog ini… ianya bahagian diri saya, sisi saya yang
lain, keluarga dan rakan-rakan tak tahu. Malah kalau saya bercerita kepada
mereka… mungkin mereka akan menyangka saya bergurau.
Baru-baru ini sewaktu saya balik kampung… kebetulan saya dan
adik bercerita tentang sekolah/kolej/university yang menawarkan pengajian seni.
Saya berkongsi cerita yang saya tahu, sambil sempat bercerita tentang kursus
Seni Persembahan (Drama) atau senang sebut Teater yang saya ikuti sewaktu zaman
belajar di UM 2000 – 2004.
Reaksi adik saya? Dia semacam hairan, menyangka saya sekadar
bergurau.
Sememangnya keluarga hanya tahu saya belajar ‘kebudayaan’ sebab
itulah yang saya beritahu mereka. Ditambah lagi buat masa sekarang saya ‘jauh’
dari aktiviti teater… siapa mau percaya kan? Sah-sah kita disangka bergurau. Alangkan
suami saya pun buat muka pelik setiap kali saya sebut teater, inikan pula orang
lain.
Sentiasa berharap blog ini menjadi medium pembacaan orang lain
yang mungkin akan ada manfaatnya, tak dapat banyak, sedikit pun sudah cukup
baik. Yang baik-baik dijadikan teladan, yang tak baik cepat-cepat buat
sempadan. Seronok menulis, dan dalam masa yang sama saya kena beringat, niat
menulis tu bukan kondem hentam marah maki hamun pihak lain. Saya ini bukannya
orang terkenal, orang biasa-biasa saja, sekadar berblog melayan pendapat
sendiri tentang isu-isu yang berlegar di sekeliling kita. Masing-masing punya
fikiran dan pendapat.
‘Usia’ blog saya +- 7 tahun, kalau budak sekolah dah masuk
darjah satu. Semoga tahap tulisan saya lebih baik pada hari-hari mendatang,
lebih matang, mantap dan sentiasa malar segar (amboi malar segar kau, bukan
alang-alang).
@Graduation Day@
Julai 2017 adik saya konvo, yang datang adik dan emak. Hari graduasi…
saya, suami, emak, adik Not memeriahkan majlis adik Amin saya di ILP, KL. Majlis
berjalan lancar – gambar family, terima skrol, cari hotel, shopping
sikit-sikit. Sekejap saja adik Amin dan emak di sini hanya 4 hari, datangnya
Sabtu baliknya Rabu, atas kekangan kerja. Walaupun sekejap, yang penting momen
manis itu, bukan selalu emak dapat datang ke sini.
Dan lain-lain berjalan seperti biasa, buat rutin harian, rasanya
summary 2017 setakat ini saja. “Tidak semua cerita perlu diceritakan” – pinjam sekejap
petikan dialog dari filem Tombiruo ini.
love,
monalizahrais
Klang, Selangor
27 Disember 2017
Rabu
No comments:
Post a Comment