Thursday, December 19, 2013

NAIK DAN TERUS NAIK

Assalamualaikum...

Tahun 2013 ini menyaksikan banyak isu panas bermula dari isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, pilihanraya PRU 13 seterusnya kenaikan harga minyak, gula dan... tak mau sebutlah, semua orang pun tahu.

Isu terkini berkaitan kenaikan, isu tol. Sedang hangat dibincang di laman sesawang, lebih banyak tak suka berbanding suka. Tarif elektrik pula dinaikkan bermula Januari 2014, belum masuk GST lagi. Sedangkan Astro khabarnya pun naik juga charge.  Isu yang 'turun' hanyalah hujan seterusnya banjir luar biasa di beberapa negeri.

Tentunya laman sosial seperti fb itulah tempat kebanyakan rakyat marhaen seperti saya ini meluahkan rasa tidak setuju. Di mana lagi hendak diluah, sekalipun kita tulis surat atau hantar e mail kepada editor suratkhabar...atau terus kepada menteri, meluahkan rasa yang terbeban itu... adakah akan dilayan dibaca seterusnya disiarkan? Saya pasti berkemungkinan masuk tong sampah jawabnya. Dia pun nak  jaga periuk nasinya, kena pilih yang mana patut disiarkan di paper, bukan?

Semasa saya zaman kanak-kanak dahulu, saya selalu membeli belacan kotak yang ada cap berjabat tangan, harganya ketika itu RM 0.30 sen sahaja. Selain belacan, saya membeli telur ayam berharga RM 0.30 (gred paling besar), Maggi kari atau Maggi ayam jenama Maggi RM 0.50 sebungkus, gula-gula sebiji RM 0.05, keropok RM 0.10 dan kalau keropok yang berharga RM 0.20 tu siap ada komik lagi di dalamnya.

Ketika itu saya sering mendengar orang tua dan nenek saya mengatakan harga barangan yang saya beli itu jauh lebih murah pada zaman kanak-kanak mereka. Tak sampai RM 5, dapat beli banyak barang dapur keperluan untuk seminggu, kata mereka. Masa tu saya masih budak-budak lagi, jadi tak faham sangatlah, sekadar dengar sahaja, tapi yang saya ingat, mereka sering  berkata, setelah saya dewasa harga barang yang murah itu akan naik dan terus naik harganya. Nilai wang semakin mengecil. Kalau dahulu RM 10 dianggap cukup banyak di zaman orang tua dan nenek saya, sekarang? Try bawa RM 50 ke pasar malam berdekatan, ada banyak mana yang dapat dibeli? Bukan merungut, tapi kita bercerita tentang realiti.

 Tahun 2008 bulan Oktober, saya mendirikan rumahtangga ketika harga minyak naik mendadak, tak ingat berapa sen naiknya tapi yang pasti seliter RM 2 ke atas. Nasib baik cukup semuanya keperluan berkahwin ketika itu, walaupun harga minyak naik banyak. Untuk menjimatkan belanja... kami menggunakan beras nasional, nasib baik juga beras nasional ketika itu daripada beras yang berkualiti, kebetulan kami terbeli beras yang kurang % hancurnya. Rezeki kahwin lah tu, Alhamdulillah.

Tentang cerita kahwin, kata emak semasa dia nikah seterusnya majlis kahwin... pada zamannya bajet kahwin emak dan bapa (arwah) pada awal tahun 70-an sekitar RM700, tapi meriah sangat meriah siap tukar-tukar baju bersanding lagi. Seluruh kampung datang menyaksikan majlis kahwin mereka. Seminggu sebelum majlis, siang malam berkulintangan menandakan perkahwinan bakal berlangsung. Dulu-dulu adat dan kepercayaan masyarakat kampung masih menebal lagi. Macam tak cukup syarat majlis kahwin kalau tak berkulintangan. 

Sukar untuk saya membayangkan dengan hanya bajet RM700 dapat mengadakan majlis meriah untuk seluruh penduduk kampung. Tapi hakikatnya zaman yang berbeza, nilai RM700 ketika itu cukup besar!
Sekarang...RM 700 mungkin habis takat sepasang baju sahaja. Saya sendiri semasa majlis kahwin saya ketika itu hanya dua pasang baju pengantin sahaja, siang berbaju songket dan malam lip lap jugalah baju, dan setakat itu sahaja dengan bajet ribu-ribu (merangkumi baju pengantin dan makan minum untuk tetamu, pelamin buat sendiri dibuat oleh emak).


HARGA

Mengimbas, saya mula datang ke tanah Semenanjung Malaysia ini pada May 2000. Sekarang penghujung tahun 2013. Sepanjang tempoh ini, tentunya saya menjadi saksi kepada kenaikan pelbagai barangan dan perkhidmatan. Barangkali sama seperti anda yang membaca cerita saya ini. Tahun 2005, semasa saya bekerja di Pasar Borong, harga ayam sekilo boleh dapat serendah RM 4 paling mahal pun tak sampai RM 5 sekilo.Terkini, saya membeli ayam bulat sekilo RM 7.90, harga runcit. Kepak ayam, paha, isi ayam berlegar sekitar harga RM 8 ke RM 10 sekilo. Di Sabah di negeri kelahiran saya... harga ayam sentiasa kekal RM 10 dan ke atas untuk setiap kilo.

Rindu sama nasi ayam berharga RM 2. Ada nasi, ayam goreng berempah, sedikit tomato dan timun, kicap, sos cili serta sup semuanya berharga RM 2 sahaja. Ayam saiz besar tu, yang jenis ayam bulat dipotong lapan. Saya selalu beli nasi ayam RM 2 ini di pasar malam Kerinchi. Sekarang semuanya tinggal kenangan. Begitu juga dengan nasi lemak biasa. Nasi lemak RM 1 ada nasinya, telur rebus separuh, sedikit sambal, ikan bilis, kacang dan timun. Sekarang pun masih ada lagi nasi lemak seringgit cuma telur rebusnya adalah hirisan nipis, sedikit sambal bilis dan timun, tanpa kacang tanah. Berbeza sungguh berbeza. Hendak marah kepada peniaga, pun payah juga kerana rata-rata mereka juga terbeban seperti kita.

Harga minyak naik sahaja... ianya rantaian kepada barangan dan perkhidmatan yang lain, akan naik juga perlahan-lahan. Ini realiti sama ada suka tak suka. Sejarah sentiasa berulang dan terus berulang.

Semoga kita terus tabah menghadapi hari-hari mendatang yang semakin mencabar. 


love,
Monalizah Rais
Jalan Kapar, Klang
Selangor
19/12/2013 (Khamis)
16 Safar 1435 

 

 

 










 



Wednesday, December 18, 2013

THE HOBBIT : PART 2

Assalamualaikum...

Hari ini Rabu 18/12/2013. Sudah melepasi separuh bulan Disember 2013, tak lama lagi Januari 2014 menjelma. Seperti biasa akan terdengar kata-kata lazim yang sering diucapkan, cepatnya masa berlalu pergi, pejam celik dah nak masuk 2014.

Ok, saya nak cerita tentang The Hobbit : Part 2. Sebelum tu jom tengok tiket dulu.

 Saja jer nak tunjuk tiket yang sudah di'macam-macamkan'. Seterusnya tiket sebenar, tak da edit punya. Senyum...


Kurang jelas tapi masih boleh dibaca, kamera kurang berkualiti. Harga tiket - RM11, saya kalau tengok wayang (kali kedua tengok wayang untuk tahun 2013 ini, yang pertama Man Of Steel), suka pilih waktu orang bekerja, tak ramai sangat, kesejukan dalam panggung wayang itu terasa sangat, kalau ramai orang, dah lah macam-macam karenah dan bunyi sampingan.... tumpuan kita terganggu. 

Yang meramaikan panggung pun kebanyakkannya datang berkeluarga. So, yang bising pun setakat suara kanak-kanak, itupun taklah bising sangat, masih terkawal lagi.

The Hobbit : Part 1 saya tengok tahun lepas. Jadi untuk sequal yang kedua ini tentunya tidak saya lepaskan. Sequal ketiga dan terakhir akan ditayang tahun hadapan. Yang menarik perhatian dan membuatkan saya tersenyum-senyum sendirian...(begitu juga dengan penonton lain, rasanya), apabila memasuki babak di mana Bard si pengemudi tongkang cuba menyeludup masuk orang-orang kerdil dan Thorin. Mereka perlu melepasi TOL untuk sampai ke kampung tasik sebelum menuju gunung apa entah, saya sudah lupa namanya, tepat pada hari terakhir Durin. Siap cop kertas, berjabat tangan bagai sambil berbisik-bisik si Bard dengan penjaga TOL tersebut. 

Segera ingatan saya 'terbang' tentang isu tol yang sedang hangat diperkatakan sekarang, tu yang buat saya tersenyum-senyum tu.
Semuanya pun menarik sebenarnya, pada setiap bahagian cerita The Hobbit : Part 2 ini. Saya secara peribadi, gemar cerita yang berlatarbelakang 'alam dan manusia'. Ada kuda, senjata tradisional, seni mempertahankan diri, gunung-ganang, keindahan alam semulajadi....lain orang lain citarasanya bukan?


love,
monalizahrais
Jalan Kapar, Klang
18/12/2013 (Rabu) 

 

Friday, November 15, 2013

UPSR - NOSTALGIA VS MOTIVASI

Assalamualaikum... hari ini Jumaat, penghulu segala hari. Selamat menunaikan solat Jumaat kepada mereka yang wajb mengerjakannya dan tahniah untuk itu. Anggaplah ucapan tahniah itu sebagai ganjaran untuk diri sendiri. Bukan senang nak mengatur masa malah sering terkejar-kejar waktu antara kerja dan waktu solat Jumaat. Bagi kaum wanita, selalunya waktu rehat tengah hari di hari ini lebih panjang sedikit berbanding hari lain. 
 
Ok, masih lagi mood keputusan UPSR. Alangkah bertuahnya anak-anak sekarang, kemudahan belajar semakin baik dan guru-guru yang diserap untuk mengajar mereka adalah guru-guru yang terpilih, sekarang hendak menjadi seorang guru sahaja perlu keputusan yang 'kaw-kaw' punya, setakat dua tiga A dalam beberapa subjek baik tak payah pohon jadi guru, baik minta bidang yang lain. Saya katakan begitu kerana adik saya sewaktu mengisi borang UPU yang lepas.... ada bercerita tentang syarat ketat memasuki bidang perguruan.
 
Saya setuju sangat tentang syarat ketat memasuki bidang perguruan kerana tidak mudah untuk mengajar anak murid sekiranya ilmu di dada tidak cukup power. Sebagai seorang yang pernah menjadi pelajar satu ketika dahulu... kita sendiri sedia maklum untuk mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan perlu banyak usaha dan pengorbanan, misalnya tengok tv hanya pada waktu tertentu dan terhad masanya atau tak payah tengok terus, kena bangun awal lebih awal daripada biasa untuk ulangkaji sebelum masuk waktu Subuh, tak termasuk mengurus tekanan belajar dan bermacam-macam faktor persekitaran yang lain.
 
Ada ramai juga rakan-rakan saya yang menjadi pendidik. Ada di antaranya yang memang punya rekod pelajar terbaik/cemerlang bermula dari sekolah rendah/menengah dan berterusan sehingga memasuki universiti. Terserlah juga komitmen mereka terhadap pelajar-pelajar mereka melalui cerita-cerita bergambar yang dikongsikan di dinding fb. Sejuk hati dan perasaan kita melihatnya kan? Dan kita tumpang gembira juga sambil berkata-kata alangkah seronoknya kalau anak aku dia yang ajar... kerana kita kenal mereka dan tahu reputasi kejayaannya.
 
Berikut antara subjek yang saya perolehi melalui fb, slip keputusan UPSR yang ditayang di fb :
 
Bahasa Melayu (pemahaman)
Bahasa Melayu (penulisan)
Mathematics
Science
Pentaksiran Kerja Amali
 
Dan di bawah sekali tertulis :
 
Perkara asa fardhu 'ain - lulus atau gagal
 
 
NOSTALGIA VS MOTIVASI
 
 Zaman kita belajar tahun 80-an dengan anak-anak sekarang berbeza, itu sudah pasti. Begitu juga zaman mak bapak kita kan. Malah bentuk motivasi belajar itu juga berbeza disebabkan keadaan persekitaran.

Emak saya sering bercerita tentang pengalamannya di sekolah rendah ketika saya masih budak sekolah dahulu sebagai motivasi supaya saya terus belajar rajin-rajin. Kehidupan kami amat susah, ketika itu hanya belajar dan terus belajar untuk mengubah nasib keluarga sering diungkapkan oleh mak bapa kami dan orang tua rakan-rakan kami, malah guru-guru juga. Rata-rata orang tua kami di kampung halaman ketika itu ada yang tidak pernah jejak kaki ke sekolah dan ada juga yang hanya sekerat jalan disebabkan kesusahan hidup. Jadi, maknanya kesedaran pentingnya pelajaran itu masih di tahap minimum. Sekolah menengah pula hanya terletak di bandar, ditambah lagi masalah pengangkutan... bentuk motivasi pada ketika itu mengarah kepada kesusahan hidup yang dijadikan pembakar semangat untuk mengubah nasib diri sendiri serta keluarga.
 
Mengikut cerita emak, masa dia sekolah rendah dahulu, awal-awal pagi lagi sebelum matahari terbit perlu gerak dari rumah meredah hutan dan sungai untuk ke sekolah. Selain membawa bekal makanan, emak perlu standby parang untuk persediaan terserempak dengan binatang liar. Kadang-kadang tu kata emak, parang itu diguna untuk meluaskan jalan, menebas tumbuh-tumbuhan liar setelah lama bercuti sekolah. Yang seronoknya, balik dari sekolah, parang itulah yang banyak menyumbang untuk memotong dahan dan ranting buah-buah hutan, untuk mengalas perut yang sedang lapar.
 
Kata emak saya lagi, dia seorang yang aktif dan antara yang terbaik di sekolah dalam pelajarannya. Sehingga darjah enam, prestasinya kekal terbaik.
 TETAPI, hasrat emak untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah seterusnya menjadi guru (cita-cita emak) terhalang. Kesusahan hidup serta tanggapan kebanyakan orang tua ketika itu bahawa anak perempuan tidak perlu belajar tinggi-tinggi cukuplah setakat darjah enam sahaja. 
 
Emak cukup kecewa dan marah tapi tiada apa yang dapat dilakukannya selain menangis mengenang nasib diri. Luahan kemarahan dan kecewanya itu ditunjukkan melalui baju-baju sekolahnya yang digunting kemudian dibakar. Tidak lama selepas itu, emak saya bertemu jodoh dengan bapa kami (arwah) dan lahirlah kami 11 orang adik beradik. Orang tua kami sangat mementingkan pelajaran dan Alhamdulillah... kami semua tamat belajar sekurang-kurang tingkatan lima, ada seorang adik saya setakat tingkatan tiga, saya sampai ke universiti dan seorang adik saya sedang belajar di Adtec Shah Alam. Yang sekolah menengah sekarang di Sekolah Agama Tun Juhar, Sandakan Sabah, tahun hadapan tingkatan lima dan tingkatan dua.
 
 
Nilai motivasi yang lain - saya teringat cerita seorang rakan. Katanya dia gagal UPSR kerana faktor yang tidak dapat dielakkan. Dia ketika itu bersekolah di kawasan pedalaman, hanya menggunakan bot sebagai pengangkutan ke sekolah. Itu sahaja cara yang ada ketika itu. Bot yang dinaiki tiba-tiba bocor dan dia tidak dapat menduduki peperiksaan UPSR. Menangis dia melihat slip keputusannya. Tapi slip itu jugalah membakar semangatnya untuk berusaha lebih gigih  berbanding pelajar lain, sehingga akhirnya dia berjaya menyambung pelajaran sampai ke Jepun. 
Dulu-dulu kan gagal UPSR pun tetap dapat masuk sekolah menengah kan, kan...
 
 
Jadi, kepada adik-adik di zaman sekarang ini, sekali lagi alangkah bertuahnya kamu dapat belajar dengan selesa. Gunakan peluang belajar ini dengan sebaik mungkin, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri kalaupun ibu bapamu orang kaya atau hidupmu sudah sedia senang lenang. Kerana orang yang berilmu itu akan ditingkatkan darjatnya di sisi Allah.
 
Ilmu sangat luas, terpulang kepada diri sendiri hendak pilih ilmu yang macam mana.Yang pasti ilmu yang baik-baik bukannya ilmu yang menyesatkan. Bukan tentang hendakkan kehidupan yang baik, kerja gaji besar, rumah besar semata-mata, tetapi dengan adanya ilmu, ilmu tidak pernah habis sekalipun kita terus menggalinya sehingga akhir nyawa, tapi harta akan habis tanpa ilmu. Apabila berilmu, kita dijaga oleh ilmu, sebaliknya apabila berharta, kita yang menjaga harta. Alangkah seronoknya berilmu dan berharta bukan?
 
love,
monalizahrais
Jalan Kapar, Klang
Selangor
15/11/2013 (Jumaat) 
 
 



 
 

Thursday, November 14, 2013

PIALA DAN SIJIL

Assalamualaikum... dan salam hari Khamis. Laa.. Khamis dah rupanya hari ni, esok Jumaat dan seterusnya...blablabla tanpa sedar semakin hampir tarikh 20/11/2013 tu apalagi kalau bukan tentang kedatangan emak dan adik Not dan adik Didang. Apapun sabar hati ini menunggu hari 'gumbira' tersebut, hehehe....
 
 Minggu-minggu terakhir persekolahan sebelum cuti panjang menyaksikan banyak majlis di sekolah melibatkan guru-guru, ibu bapa dan pelajar. Sekarang semua cerita itu mudah didapati di fb kita. Rakan-rakan fb yang pelbagai peringkat umur, tidak lokek berkongsi cerita gembira tentang anak, anak saudara, anak murid mereka di dinding fb. 
 
 Nama majlis pula, ada yang dinamakan majlis hari kecemerlangan pelajar, mini konvokesyen prasekolah...anak-anak sekarang seawal tadika atau prasekolah sudah konvokesyen malah ada juga saya terlihat tamat tingkatan lima dan enam pun ada majlis konvokesyen. 
 
Saya hanya mengalami majlis konvokesyen sekali iaitu sewaktu bergraduasi di UM tahun 2004 yang lepas, tentulah manis dan sangat indah untuk dikenang. Saya tidak berkesempatan memasuki tadika atau prasekolah kerana ketika itu kampung kami masih jauh dari sebarang kemajuan - tidak ada bekalan air dan elektrik malah sekolah yang ada sangat-sangat sederhana, sekolah rendah kami pada ketika itu menjalankan dua sesi iaitu pagi dan petang, bilik darjah terhad, hanya sebuah bangunan sekolah sahaja. Bilik guru pun kecil dan perpustakaan lagilah kecil sebesar bilik seperti bilik biasa di perumahan jenis flat.
 
Berbalik kepada mood 'konvokesyen mini' di fb, meriah memanglah meriah. Melalui gambar, gelagat anak-anak sekolah rendah mengingatkan kita zaman kanak-kanak dahulu. Banyak perbezaannya. Sekarang, melihat keputusan straight A bukanlah sesuatu yang asing berbanding masa dulu, sudah terlalu biasa dilihat, anak-anak sekarang lebih cepat pandai dan menguasai pembelajaran. Yang menarik perhatian dan mengundang ucapan berderet tahniah di fb apabila slip keputusan UPSR anak-anak ditayang di fb, siapa yang tak bangga dengan anak masing-masing kan?

Kami yang belum ada anak ni jadi tukang tengok jer la.. hehehe...


Piala dan sijil sering dikaitkan dengan kejayaan dan pencapaian seseorang pelajar. Bukan tentang keputusan yang diperolehi semata-mata, kadang tu sekadar melibatkan diri dalam bidang kokurikulum pun senang-senang dapat sijil dan piala. Tidak perlu pergi jauh, cuba lihat almari lama di rumah kampung halaman kita, bukankah penuh dengan bermacam jenis piala, medal dan sijil?

Bola baling, pertandingan bercerita, bola sepak, menjadi pengawas sekolah, ketua kelas dan sebagainya banyak menyumbang perhargaan dalam bentuk piala dan sijil.

Dalam masa yang sama, terasa diri dewasalah sangat, melihat rakan-rakan sekolah atau sekampung yang punya anak sekurang-kurangnya sekolah rendah malah ada yang sudah memasuki awal remaja. Bayangkan 10 tahun ke hadapan... waduh kita semakin meningkat usia atau dalam bahasa mudahnya, semakin tua gitu... walaupun tetap awet muda (hahaha... yalah tu).


Seperti tahun-tahun sudah, ketika cuti sekolah ini saya akan melihat banyak cerita yang di post di dinding fb dari rakan-rakan yang bekerja sebagai guru. Selalunya tentang percutian keluarga atau bersama rakan-rakan bagi mereka yang bujang. Di luar waktu cuti sekolah, jarang sekali melihat berita mereka. Terlalu sibuk agaknya. 
 
Sekarang, kebanyakan rakan-rakan kita banyak yang sudah bergelar ibu bapa sedang melalui fasa yang pernah dialami oleh ibu bapa kita dahulu - rasa bimbang, harapan masa hadapan anak-anak, yang pasti sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Perjalanan masih jauh - anggaplah seperti itu walaupun masa terus berlalu tanpa sedar, berusaha yang terbaik untuk generasi seterusnya.
 
love,
monalizahrais
Jalan Kapar Klang,
Selangor
14/11/2013 (Khamis) 




 
 

Monday, November 11, 2013

KATA ORANG....ORANG KATA..

Assalamualaikum...

Kadang-kadang kita dengar ada yang bercakap seperti ini, 'kata orang/orang kata... anak dara tak elok menyanyi di dapur, nanti dapat jodoh orang tua' atau 'kata orang/orang kata... budak-budak tak elok berkeliaran waktu Maghrib, nanti terserempak hantu' dan bermacam-macam lagi kata-kata yang bermula dengan 'kata orang' atau 'orang kata'.

Selalunya merujuk kepada amaran/ingatan/petua terhadap seseorang. Mengikut kefahaman saya, 'kata orang' atau 'orang kata' ini merujuk kepada sumber yang dinamakan 'anonymous' tidak ada 'dalil' asli bermula dari mana dan siapa. Lebih kepada kepercayaan semata-mata, kebetulan ada yang benar-benar terjadi tapi selalunya sekadar 'penyedap rasa' dalam sesuatu perbualan. Ini pendapat sayalah, lain orang lain pandangannya.

Contoh lain yang selalu saya dengar sejak berkahwin ini, 'kata orang kalau mengandung anak sulung selalunya payah sikit nak bersalin lagi-lagi kalau umur dah lanjut' dan sekiranya kata-kata ini meresap di telinga wanita yang sedang mengandung anak sulung ditambah lagi dengan umurnya yang lanjut, tentunya meresahkan. Padahal ada banyak contoh juga wanita lain yang bersalin mudah, tak kira umur mereka lanjut atau masih muda, beranak sulung atau bukan. Ianya berkaitan dengan tahap kesihatan dan amalan wanita itu, bukan semata-mata umur atau anak yang ke berapa. Lagi satu contoh, 'orang kata berumur 40 tahun ke atas dan mengandung akan menyebabkan anak yang bakal dilahirkan tidak sihat atau cacat. Bukan sepenuhnya betul, dan tidak sesuai dijadikan rujukan lengkap, sudah namanya pun 'kata orang' atau 'orang kata'.

Seperti anak dara dilarang menyanyi di dapur supaya tidak berjodoh dengan orang tua. Padahal itu salah satu cara melarang dan mendidik anak dara tadi supaya berkelakuan elok. Jodoh dengan orang tua atau muda, bukan ketentuan kita. Begitu juga kahwin atau bujang sehingga akhir hayat... atau kahwin cerai, pun ianya di luar kawalan kita.

Sebab itulah sekiranya hendak menguatkan hujah, tentunya berbeza dan lebih berkesan apabila kita merujuk kepada Al-Quran dan Hadis. Ada dalil yang sah dan kita tahu sumbernya. Malah dapat dibuktikan dengan kajian sains.

Seperti larangan sewaktu Maghrib agar tidak berkeliaran yang selalunya ditujukan kepada golongan kanak-kanak, bukan sebab utama dibimbangi terserempak dengan hantu atau disembunyikan hantu tertentu, tapi ketika itu penghujung siang akan menghampiri waktu solat Maghrib, jadi kenalah balik rumah mandi dan bersiap untuk bersolat.

Sudah tentu ganjil dilihat sewaktu azan Maghrib berkumandang, kita masih asyik bermain futsal misalnya, nampak sangat tidak menghormati waktu. Itu yang jadinya 'orang kata' atau 'kata orang' seperti yang saya katakan di awal-awal tadi. Itu cuma kaedah supaya cepat-cepat balik rumah, hari sudah  malam dan waktu solat juga semakin hampir.

Dan... banyak contoh kan, sudah terlalu biasa kita mendengar 'kata orang' atau 'orang kata'. Bagi saya, dengar pun boleh cuma 50-50 lah, tak boleh percaya bulat-bulat. 

Contoh, seorang makcik Tun (nama samaran) mencadangkan Kila (nama samaran) supaya mandi bunga untuk cepatkan jodohnya di samping menyerikan wajah. Kila terima dan percaya sepenuhnya cadangan makcik Tun, mandilah dia mandi bunga dengan segala syaratnya - bunga 7 jenis, tengah malam bulan purnama dengan bacaaan mantera yang tidak diketahui apa jenis bacaan itu dan segala syarat yang lain. Hanya kerana 'orang kata' atau 'kata orang'.

Padahal sebenarnya tak salah mandi bunga cuma caranya sahaja yang berlainan. Tolak segala bulan purnama mantera tok bomoh bagai... nak mandi bunga begitu saja pun ok juga. Hendak menyerikan wajah atau untuk kecantikan diri ada banyak doa-doa yang boleh diamalkan, antaranya doa tengok cermin, doa berpakaian tu... apalagi kalau bukan untuk manfaat diri sendiri. 

Kata orang atau orang kata... sekadar pendapat saya saja, bukannya apa kadang tu terdengar yang mengarutlah sangat, tak dapat diterima logik akal. 

Betul.. bukan tipu punya, hehehe...


#sekadar pandangan


love,
monalizahrais
Jalan Kapar, Klang
SELANGOR
11/11/2013 (Isnin) 






 

 



 






 

MOM NOT DANG DATANG KL.... yahooooo!!!!!

Assalamualaikum...


InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar, lebih kurang 9 hari lagi ibu kami, adik Not dan adik bongsu Didang datang KL & Klang. 

Atau lebih tepat lagi tarikhnya : 20 November 2013 - 15 Disember 2013. Hampir sebulan juga kan. 

Mereka datang menaiki Airasia begitu juga dengan balik semula ke Sandakan. Tambang untuk 3 orang berjumlah RM 1390. Saya yang uruskan tiket, melalui telefon kepada ejen yang sudah beberapa tahun kami membeli tiket darinya. 15 Disember 2013 nanti, mereka akan balik berempat sekali dengan adik Amin saya yang bermula cuti semesternya 15 Disember 2013 dan datang semula ke sini 12 Januari 2014.


Memang ada lagi yang lebih murah, tapi tiket ini dibeli beberapa minggu sebelum penerbangan, dalam bulan ini juga dan faham-faham sajalah kan... kena cuti sekolah memang harga tiket sudah melambung tinggi. Oh ya, tiket adik Amin saya dibeli awal sebelum itu. Untuk tiket mak, Not dan Dang, lambat sikit dibeli banyak yang perlu diuruskan emak sebelum datang ke sini.


Tak sabar rasanya melihat reaksi adik Not dan Didang kami, pengalaman pertama mereka menaiki flight begitu juga pertama kali datang ke sini. Dan tak sabar juga hendak mengusik mereka.

Kira rezeki lah tu... seingat saya mula-mula saya datang KL May 2000 yang lalu, ketika itu adik bongsu saya si Didang ini belum pun sampai umurnya sebulan, dia lahir 29 April 2000 dan saya berangkat ke KL pada 20 May 2000. Sekarang, sudah tingkatan satu di SMK Agama Sandakan, Sabah. Tanpa sedar, terasa derasnya masa berlalu pergi. Adik Not pula sekarang tingkatan 4 dan buka sekolah nanti dia kena berhadapan dengan SPM. Separuh dari cuti sekolah mereka dihabiskan di sini.

Tak sabar tak sabar tak sabar nyerr.... menghitung hari... akan sampai waktu yang ditunggu-tunggu. Doakan semuanya baik-baik saja.


love,
monalizahrais
Jalan Kapar, Klang
Selangor
11/11/2013 (Isnin) 

 
 
 

Thursday, October 24, 2013

SETELAH ADANYA FACEBOOK

Assalamualaikum... salam hari Khamis.


 Facebook (fb) macam-macam ada, alaa... semua orang pun tahu. Apa nak hairan kan, dan saya dengan sedikit rajinnya suka sangat menulis perihal berkaitan fb, ada-ada saja yang hendak di stok cerita di blog saya ini.

Ok, mari kita mulakan!.


TAG

Ops! Bukan jenama jam tapi masih lagi berkisar tentang fb. Banyak sangat iklan/page/group atau jemputan untuk permainan online. Selalunya dekat 'notification' tu semak serabut dengan bermacam permintaan untuk 'like', 'add' atau 'invited'.

Ada sekali tu saya jadi 'penyengat' sekejap - saya tulis status yang agak tajam seperti berikut : 

 kadang-kadang kita berhadapan dgn orang yg 'nampak sangat menipunya' walau dia bercakap penuh yakin & lancar & 'berkarisma' (realiti maa... bukan sindiran tapi kenyataan dan kebanyakan org mengalaminya) cth: jurujual yg promote barang tak berkualiti langsung! air liur jer lebih


Isk isk tak baik gaduh-gaduh, rasa lucu pun ya, beberapa hari sebelum tu saya tulis jangan invited saya untuk sebarang permainan online, bisnes MLM, page/group dan yang segaris dengannya. Seperti yang dijangka... masih ada lagi yang berbuat demikian. Tapi sejak status 'penyengat' tertulis, sampai sekarang, hanya satu sahaja request itupun berkaitan group sekolah saya dahulu. Yang tu tak pa, it's ok. 

Mula-mula saya berfb beberapa tahun dahulu... saya hanya menjenguk rumah fb saya sekali-sekala, kadang-kadang seminggu sekali, dua minggu sekali malah sebulan sekali. Itupun saya jenguk melalui komputer di cyber cafe. Ketika itu penuh 'dinding rumah fb' saya dengan bermacam-macam iklan, suruh beli itu ini, sampaikan saya rasa seolah-olah rumah fb saya itu sudah jadi semacam papan iklan pun ya. Bengang jugalah masa tu. 

Dalam masa yang sama... saya sendiri pun tak reti sangat bab IT. Lama kelamaan... saya bongkar akaun fb saya dan akhirnya dapat juga reset setting, gambar, status hanya untuk friendlist dan keluarga sahaja.

Cuma memang serabut semak dekat notification laa... tapi bab kena tagged gambar atau status sebelum publish dekat wall saya tu... memang dah saya set saya kena tapis dulu.

Niat kita berlaman sosial itu boleh berubah/dipengaruhi rakan-rakan sekeliling (friendlist kita). Kadang-kadang ianya di luar kesedaran kita. Katakan niat asal sekadar suka-suka, sekadar mengisi masa lapang... tiba-tiba ada yang sentap menyampah dengan 'dekorasi dinding rumah fb kita'. Dan kita pun hairan... laa itupun sentap juga rupanya, sungguh itu juga di luar jangkaan.


LIKE.COMMENT.SHARE

Di ruangan 'news feed', sering kita melihat contohnya : Alibaba(nama samaran) 'likes this' dan kebetulan Alibaba menyukai 'page' berkaitan ubat kuat untuk lelaki, dan... Alibaba sudah berkahwin.

Kita mengenali Alibaba kerana dia kawan kita satu sekolah dahulu... apa yang terlintas di fikiran kita? Kenapa Alibaba menyukai 'page' ubat kuat tersebut? Adakah dia bermasalah dengan tenaga batinnya?

Atau...

Tiba-tiba kita terlihat juga seorang rakan kita yang sudah beranak pinak 'like' iklan untuk krim payudara yang kendur, jatuh dan sewaktu dengannya? Apa yang akan kita fikir?

Kesimpulannya apa yang kita 'like.comment.share' dekat fb menggambarkan siapa diri kita. Dalam 'friendlist' kita itu tidak hanya kaum wanita sahaja, tentunya ada juga rakan-rakan lelaki semasa zaman sekolah/belajar kita atau rakan sepejabat, apatah lagi yang sudah berkahwin dan beranak pinak, tanpa sedar kita mendedahkan 'kelemahan' diri / hal-hal dalam kelambu yang bersifat peribadi walau tidak sepatah pun kita tulis dekat 'dinding rumah fb' kita.

CANDY CRUSH SAGA

Game ini yang paling banyak 'request' terhadap saya, inilah yang selalu menyerabutkan 'notification' saya. Beberapa tahun lepas, seingat saya permainan FARMVILLE yang selalu dimainkan oleh rakan-rakan fb saya. 

Sampaikan masuk surat khabar ada yang sakit pinggang gara-gara terlalu taksub dengan 'game candy crush saga' ini.  Berhantu juga permainan ini kan, banyak peminatnya. 

24 JAM ONLINE

Satu hari, tiba-tiba seorang ahli keluarga terdekat saya, pangkat pakcik kepada saya menghantar mesej di ruangan chatting, dia bertanya kenapa saya selalu online facebook, saya tak kerja kah? Sambil tersenyum-senyum sendirian saya membalas mesejnya dengan senang hati, saya katakan sambil menyelam minum air pakcik! Kalau ikut menghadap fb ni siang malam satu kerja pun tiada siap. Ditambah lagi dengan bermacam rancangan menarik di Astro...hmmm kan, kan.

Di restoran, dalam bas, LRT sekarang ini bukan sesuatu yang luar biasa melihat orang lain memegang pelbagai gajet dan tentunya sedang online juga sama ada facebook, tweeter, WeChat, Keek, Whatsapp dan yang segaris dengannya. Semurah seringgit sehari sahaja, dah dapat online dan mengetahui berita terkini beberapa jam sebelum berita utama di tv.

Malah menyebar fitnah pun sepantas kilat! Hanya dengan satu klik sahaja. Mohon dijauhkan daripada menjadi penyebar fitnah. Jangan cepat terpengaruh dengan sesuatu berita hangat/sensasi, ambil beberapa waktu memikir dan menapis kesahihan berita tersebut. Kalau meragukan, abaikan sahaja.


Sekitar bandar-bandar besar atau di Lembah Klang ini sahaja (merujuk kepada Kuala Lumpur dan Selangor terutamanya) liputan internet banyak yang baik berbanding kawasan kampung. Boleh online 24 jam... laman maya sahaja yang tetap 'hidup' 24 jam tapi penggunanya macam biasalah, macam yang saya katakan kepada pakcik saya itu, menyelam sambil minum air. Kita perlu tidur, makan minum, tandas, solat dan bermacam lagi yang dilakukan.

Sekarang.. untuk mengelak dari tanggapan yang bukan-bukan... saya set ruangan chatting dekat fb saya hanya untuk famili sahaja. Itu yang terbaik, saya fikir, kerana kalau adapun mesej dari rakan-rakan... bila-bila masa sahaja saya dapat membacanya walaupun saya 'offline'. Yang pasti tetap online sepanjang masa. Pada pendapat saya, perlu kita memiliki akaun fb untuk alert perkembangan semasa yang terjadi di sekeliling kita, kita perlu add atau like page seperti PDRM, majlis perbandaran, suratkhabar utama, personaliti penting seperti pemimpin misalnya dan lain-lain yang difikirkan perlu. 

Dalam minggu ini sahaja, antara yang famous di fb, berkaitan kes rompakan bersenjata di bank dekat Subang Jaya, demam politik di Sg. Limau, banjir lumpur di Cameron Highland, pembentangan belanjawan 2014 (kalau tak silap esok) dan yang terkini kes ditikam sampai mati, ada juga yang mengatakan kes tembak di stesen LRT Gombak dan stesen LRT Taman Melati (sumber fb, saya menunggu berita utama jam 8 malam ini).

Ok lah, stop sekejap di sini, dah nak dekat Maghrib dah ni. InsyaAllah akan disambung lain kali, senyummmm....


love,
monalizahrais
Jalan Kapar, Klang
SELANGOR
24 OCTOBER 2013 
KHAMIS