Tuesday, March 12, 2013

MENGURUS PAKAIAN

Assalamualaikum...
 
Salam pagi Selasa. Malam tadi awal tidur, mengantuk sangat belum lagi jam sepuluh pun sudah zzzz... sebelum itu hujung Asar sehingga memasuki Maghrib tiba-tiba terlalu mengantuk, tapi sekadar memejamkan mata, bersandar untuk relaks. Jangan tidur selepas Asar apatah lagi sewaktu Maghrib. 
 
Dan kesudahannya saya bangun sekitar jam 3.30 am tadi, jalan-jalan di fb lepas tu baru buka blog ini yang lebih seminggu  dibiarkan tanpa cerita. 
Berita menarik di fb, semua orang malah mungkin serata dunia tahu tentang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Malas saya hendak mengulas insiden tersebut, sebabnya semua fakta malah gosip/khabar angin mudah didapati di laman sosial/blog/internet/youtube.
 
Terpulang kepada diri kita sendiri hendak membaca/mendengar yang mana satu, sama ada yang bersifat fakta/khabar angin.
Khabar angin bagi saya - percaya dan tidak itu seiring, 50-50 kerana pokok tidak akan bergoyang tanpa angin meniupnya. Atau... kita tamsilkan seperti ini - kita beli sos cili jenama XXX, kita refer tarikh luputnya, katakan 03 Mac 2014. Oh, lambat lagi expiry date, ok lah tu. Kemudian kita lihat bahan-bahan yang digunakan, cili, gula, blablabla dan akhirnya 'bahan perisa' yang dibenarkan. Itupun kalau kita prihatin dengan bahan-bahannya.

Yang paling menarik perhatian - Tanpa Bahan Pengawet. Difikir logik sos cili tradisional jangka hayatnya lebih pendek berbanding yang dijual secara komersial di pasaraya. Tetapi disebabkan ada penguat 'Tanpa Bahan Pengawet' akhirnya kita pun percaya sos cili jenama XXX itu tiada bahan pengawet ditambah lagi expiry date yang tertera hanya akan due setahun/ beberapa tahun ke hadapan.

Jadi, YA dan TIDAK itu sekali jalan. Terpulang kepada diri kita sendiri hendak percaya yang mana satu. Yang penting bagi saya apa yang kita nampak di hadapan mata kita, berasaskan kepada banyak cerita yang kita sendiri tidak tahu yang mana lebih sahih. Saya call emak di kampung bertanyakan keadaan di sana, katanya dia melihat banyak situasi yang di luar kebiasaan antaranya - tiba-tiba balai polis yang selalu kami limpas itu dipenuhi dengan kubu guni pasir malah di tempat tertentu sekali stand by dengan senjata yang entah apa namanya tapi sering kita lihat dalam filem-filem perang di tv/pawagam. Checking (roadblock) lebih kerap berbanding hari biasa. Dan kata emak lagi orang ramai membeli beras, gula, minyak dan lain-lain barangan keperluan isi rumah lebih banyak daripada biasa. Ini semua bahana 'khabar angin'. Tapi sudah tentu emak tidak berdiam diri begitu sahaja. Terpenting sekali BERJAGA-JAGA dan sediakan payung sebelum hujan. 
 
Sebelum hujan turun pun ada tanda-tandanya. Hujan tidak turun begitu sahaja. Awan perlu digerakkan oleh angin ke satu tempat yang sudah 'diset' untuk diturunkan hujan. Selalunya sebelum hujan kita akan melihat ke atas dan berkata 'mendung saja ni nampak hendak hujanlah' misalnya. Sebelum malam berlabuh, matahari mesti tenggelam dahulu dan begitu juga dengan siang, matahari perlu terbit sebagai penanda aras peralihan waktu. 
 
Saya teringat sewaktu berada di Melaka CNY ( 08 Februari 2013 - 11 Februari 2013 ) yang lalu. Malam kedua berada di sana saya bermimpi tentang peperangan. Saya melihat kampung yang berhampiran dengan kawasan pantai telah diserang oleh penceroboh. Diringkaskan cerita suasana kelam kabut dan darah tumpah di mana-mana. Balik ke KL cerita tentang penceroboh di Lahad Datu berkumandang di telinga sehingga ke puncak cerita yang kita dengar di media massa. Allah lebih mengetahui masa hadapan berbanding diri kita.
 
Ok, siap, seterusnya saya hendak berkongsi pengalaman membeli pakaian baharu. Kita terutamanya wanita akan ada bajet, tak banyak pun sedikit mesti ada khusus untuk membeli pakaian, alat solek, aksesori, beg tangan, kasut etc.
Terus kepada poin utama - ada sekali tu saya hendak membeli baju T dan blouse. Dari satu kedai ke satu kedai akhirnya terhenti di kedai XYZ ada banyak baju cantik-cantik. Belek punya belek adalah yang saya berkenan. Tapi sayangnya tiada saiz hanya itulah saiz yang ada. Rasa sedih juga kemudian saya belek yang lain pula. Dalam sibuk membelek memilih tu... saya ternampak ada di antara baju yang dipamergantungkan itu berlubang, bertahi lipas di bahagian belakang. 
 
Situasi ini membuatkan saya terfikir sesuatu - kita terutama sekali wanita, biarlah kita cerewet  dalam memilih pakaian dan aksesori, lebih baik belek betul-betul tengok luar dalam, tengok jahitannya pastikan tiada tahi lipas, lubang kecil dan sebagainya dan yang paling penting... BASUH pakaian yang baru dibeli terutama sekali bra dan seluar dalam. Walaupun nampak bersih terutama yang dibeli di pasaraya besar yang sentiasa aircond itu... hakikat sebenarnya pakaian dan aksesori itu melalui pelbagai peringkat sebelum disusun cantik untuk dijual. Bayangkan keluar dari kilang - lori - flight (brand oversea) - lori - gudang - pasaraya - penjual - pembeli. 

Ya...memanglah dalam bungkusan bukan main redah campak macam tu saja, tapi bagi saya sebaiknya kita basuh sebelum pakai. Nampak macam bersih saja, siap ada bau segar lagi (bau kedai). Kalau dah basuh tu, senang hati nak pakai tak payah nak bimbang badan gatal, bersih ke tidak baju tu. 

Bercerita tentang pakaian lagi, ada satu situasi yang nampak remeh tapi disebabkan saya sudah 'terkena' saya tidak mahu 'pisang berbuah dua kali'. 

Masa mula-mula berpindah ke rumah ini, di bahagian halaman belakang rumah ada ruangan untuk menjemur pakaian. Macam biasalah, kita jemur dan kering disebabkan angin dan panas matahari. Yang menghairankan saya, kenapa badan  saya selalu gatal-gatal, rasa tidak selesa. Adakah disebabkan alahan kepada makanan tertentu? Fikir saya. 

Kawasan ini kawasan kampung, ada masa tertentu jiran membersihkan sekeliling dan daun-daun kering itu dibakar. Jadi kesimpulannya pakaian yang kita jemur itu selalu terkena asap, ditambah lagi wap yang naik dari longkang di belakang rumah itu... ditiup angin dan tentulah baju kita semacam saja rasanya apabila dipakai. Bukan saya seorang malah suami pun begitu juga. Akhirnya saya jemur dalam rumah sahaja, ruangan dapur ini lebih besar, luas berbanding ruang tamu, pencahayaan yang masuk ke dalam rumah pun agak baik. Matahari terbit dari belakang rumah so tiada masalah hendak menjemur dalam rumah. Lagipun kita basuh guna mesin basuh juga kan. 

Yang paling tak seronoknya... kita kalau di rumah bukannya pakai lengkap sangat pun. Kadang tu pakai seluar pendek, baju kelawar, kena pula tu masa tengah tidur tup tup hujan turun. Gelabah hendak pakai pakaian lengkap, cari tudung lagi, buka pintu lagi bukan main tension kita kerana hal seremeh pakaian sahaja.
 
Jemur dalam rumah, tak payah risau tentang itu semua. Pun begitu kaedah cuma sesuai untuk anda yang ruang dapurnya luas dan selesa. Ada satu sudut khas untuk menyidai pakaian dan cahaya matahari yang baik, kalau tidak nanti berbau pula baju tu. 
Masing-masing punya cerita kan....
 
 
love,
monalizahrais 





 
 
 
 
 


 

Friday, March 1, 2013

AGNES KEITH HOUSE

Assalamualaikum...

Maklumat asas, mudah difahami, dengan merujuk 'signboard' di bawah. Berkunjung ke Sandakan - Bandaraya Alam Semulajadi tidak sah sekiranya tidak melawat di tempat-tempat yang dinyatakan di bawah. Selain Sepilok, Sukau Rainforest Lodge etc. Info lanjut dalam laman web tourism.

Bertahun-tahun di rantauan, setiap kali balik kampung halaman saya cuba mengunjungi kawasan pelancongan yang selama ini tidak saya peduli, tidak mengetahui keistimewaan tempat saya sendiri. Sebenarnya tahu cuma tidak mendalami sahaja, hehehe... (sengih-sengih jap).


Sedikit info ringkas tentang Agnes Keith. Agnes Keith merupakan penulis buku Land Below The Wind. Dia datang ke Sabah dengan belayar dari California, bukannya dengan menaiki kapal terbang. Seperti yang kita ketahui... sebut sahaja negeri Sabah, akan disebut juga Sabah negeri di bawah bayu. Penulis inilah yang menggelar Sabah sebagai sebuah negeri yang damai, sejuk dan tenang selembut hembusan bayu.

Buku-bukunya memaparkan pengalaman sewaktu bermastautin di Sabah khususnya di Sandakan ini. Apakah pengalamannya itu? Beli dan baca buku Land Below The Wind serta buku-bukunya yang lain. 
 Berharga RM 60 (Land Below The Wind).
 Hendak maklumat lebih? Berlambak dalam internet just taip Agnes Keith House.










Inilah rumah Agnes Keith. Sebenarnya telah dibaik pulih, dibina semula dan dibuka khusus untuk tatapan pengunjung.

Ok, apa yang saya nampak di tingkat bawah antaranya gambar-gambar lama di dinding :
- gambar Sandakan pada tahun 1940
-pemandangan Kg. Air dari arah Selatan pada tahun 1930-an
-perahu layar tempatan 1936
-pusat bandar Sandakan tahun 1930 
-bangunan pejabat kerajaan 1930
-salah satu lorong jalan di Sandakan dari pasar 1935/6
-Pasar Sandakan selepas perang, dapat dilihat peniaga Cina dalam pakaian tradisional, berambut panjang kemas bertocang dan memakai topi tiga segi
-St. Andres's Night 1951 di Sabah Hotel (photo ihsan Camera Studio)
-St. Andrew's Night 1938

Selain gambar, kita dapat melihat barang lama seperti peti sejuk KELVINATOR, radio jenama BUSH buatan London, England dan jam dinding jenama MONTHE buatan Jerman.
Juga gramaphone jenama HIS MASTER VOICE buatan Britain.

Di tingkat atas, di ruangan bilik kerja yang dipanggil The Bookroom... mesin jahit jenama VICKERS dan mesin taip jenama Remington. Kedua-duanya buatan British.

Dan banyak lagi maklumat penting berkaitan Agnes Keith House. Semuanya ada di dalam rumah ini. Yang saya nyatakan tadi hanya sedikit sahaja.


Bah, kita santai dulu sebelum masuk ke dalam. 
Kita perlu buka kasut/selipar sebelum masuk ke dalam rumah.
Bayaran tiket cuma RM 2 sahaja.
Syaratnya tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di dalam rumah ini.





Bahagian belakang rumah.






Boleh nampak jalan di belakang rumah.





















Adik bongsu kami, Didang. Ketika gambar ini diambil, Didang berumur 11 tahun, sekarang dah masuk tingkatan satu dekat SMK Agama Sandakan, Sabah.





Jika kita bercerita tentang Agnes Keith House... English Tea House & Restaurant juga mesti disebut sekali, kedua tempat ini terletak berhampiran antara satu sama lain. Kalau tak silap saya, program Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di tv3 itu pernah memaparkan tentang restoran ini, ketika itu pengacaranya Maria Tunku Sabri.



Suasana di halaman English Tea House & Restaurant. 





Duduk minum petang sambil bersantai memang seronok, tapi kami cuma bersiar-siar di sekitar kawasan ini. Kebanyakan pengunjung ketika itu terdiri daripada pelancong warga asing.





Memasuki ruangan rumah tea ini kita dapat melihat beberapa barangan lama, antaranya lukisan, mata wang, wain, sofa, etc.


Lawn ball pun ada!



Saya setiap kali pergi ke tempat-tempat menarik, mesti nak snap benda-benda menarik, unik, pokok mangga ini juga termasuk dalam kategori 'benda-benda menarik', tengok tu bunganya bukan main banyak lagi, mesti buahnya pun banyak juga... aduiii... membuatkan air liur kita...



Snap dari jarak dekat.


Berkunjung ke sini mesti tengok sekeliling apalagi kalau bukan Laut Sulu yang terbentang luas itu.



Dah turun dari pintu gerbang English Tea House & Restaurant tu, ambik gambar sekejap sebelum menuju ke Pavilion. Lebih kurang macam tempat meninjau pemandangan.





Adik bongsu Didang bergambar bersama Lingling di Pavilion, berlatarbelakangkan Laut Sulu dan awan biru...



Sebahagian Bandaraya Sandakan, hamparan Laut Sulu dengan kapal-kapal 'berjalan' di atasnya, sesekali kita melihat burung-burung terbang bebas sambil menikmati hembusan bayu yang sepoi-sepoi bahasa itu, cewah... jiwang sekejap. Rasa fresh, tenang jer... menatap keindahan alam.



Tengok tu, 'kulit' Laut Sulu, indahnya ciptaan Allah. Nampak kecik jer kapal tu. Saya try zoom dan lihat Gentingmas Mall. Salah satu pasaraya terpenting di Sandakan. Konsepnya seperti Mydin - borong dan runcit. Sentiasa penuh dengan pelanggan apatah lagi ketika mood perayaan... sesak sangat, tapi pelanggan tetap datang dan sanggup berasak untuk membeli barangan yang diperlukan. Berbaloi berbelanja di sini, cawangannya bertabur di sekitar bandaraya Sandakan. Pilih saja nak yang kedai kecik atau yang besar. 

Peniaga-peniaga kecil, kedai runcit di kawasan kampung selalu memborong barang-barang runcit di sini. Saya mesti berkunjung ke Gentingmas Mall atau rangkaiannya yang lain setiap kali balik Sandakan. Keseluruhannya aktiviti perniagaan di bandaraya Sandakan ini didominasi peniaga berbangsa Cina. Mereka memang kuat dan rajin bekerja. Sehingga sekarang... setiap kali balik Sandakan, masih saya lihat muka pekerja yang sama... sejak saya zaman remaja sehingga usia dewasa ini.

Hanya pekerja tempatan sahaja yang sering bertukar muka, manakala perniagaan makanan dan pakaian didominasi Keling/Mamak Muslim. 



Gambar ini diambil pada tahun 2011 bulan September. Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu sekarang sudah siap sepenuhnya - kata kawan saya. InsyaAllah lain kali balik Sandakan saya nak ambil gambar terkini. Bangunan Harbour Square Mall dan Four Point - yang tertinggi di bandaraya ini.





National Clock.


Gambar-gambar ini saya ambil lama dah, tahun 2011 yang lalu. Tetapi ianya menyimpan cerita baik untuk dikongsikan bersama pembaca. Manalah tahu ada yang terrr....datang ke Sandakan, apalagi ambil peluang yang ada berkunjung ke tempat-tempat pelancongan ini. Dan jangan lupa makanan lautnya yang mesti dinikmati, murah dan segar...

love,
monalizahrais 

WARNA WARNI DI MELAKA 08022013 - 11022013 BAHAGIAN DUA / PENUTUP

Assalamualaikum...

Hari pertama di bulan Mac 2013. Beberapa hari yang lepas sehinggalah ke pagi ini, saya 
'berjalan-jalan' di laman maya, isu utama yang hendak ditinjau itu berkaitan dengan cerita-cerita dari blogger yang pernah berkunjung ke Melaka. Terus kepada poin cerita utama- sebenarnya saya meninjau tu manalah tahu ada yang pernah mengalami pengalaman menyakitkan hati berkaitan makan di restoran atau kedai.

Rupa-rupanya ramai, sayang sekali perkara sebegini terjadi di kawasan yang digazet Bandaraya Warisan Dunia. Bukan calang-calang nama, sepatutnya hot spot sebegini menampilkan prestasi cemerlang dalam semua aspek - makanan terutamanya. Ya... terlalu tinggi harapan yang diletakkan selaku pengunjung kali pertama ke Melaka. Cuba kita lihat di kaca tv atau laman web... bukan main gah lagi dicanang kehebatan Melaka, dialu-alukan datang ke sana. Sesuailah dicanang sebegitu hebat, malangnya segelintir pengusaha makanan memandang ringan kepentingan mereka sebagai 'duta kecil' makanan khususnya melibatkan identiti Melaka. 


 Malah saya masih ingat lagi, dalam perjalanan menuju ke Melaka tempoh hari... terdapat slogan di salah satu papan iklan yang menarik perhatian... mengenali Melaka maknanya kita mengenali sejarah Malaysia - lebih kurang begitu maksudnya.


Tidak semua yang berkunjung ke Melaka itu akan makan di tempat yang eksklusif yang mana harga makanannya mahal-mahal belaka. Setakat dua orang makan tempat standard mahal-mahal tu boleh tahan lagi tapi kalau datangnya satu keluarga meliputi pelbagai peringkat umur dari pangkat datuk nenek sehingga ke cucu... lebih-lebih lagi jenis orang kampung atau orang bandar yang nak merasa masakan kampung - bakar/panggang tentunya tidak kisah sekadar makan di gerai-gerai tepi pokok, tepi sungai kerana suasana begitu sangat dekat dengan alam sekeliling. Ditambah lagi sambil makan tu dapatlah kita menoleh sesekali item sejarah.


Spontan terngiang-ngiang di telinga saya 'soal jawab' antara saya dengan 'tauke kedai makan' sewaktu berada di Melaka. Dia langsung tidak berasa bersalah walau sedikit pun, malah menyalahkan kami. Begitukah cara berniaga? Sungguh, menyakitkan hati betul! Biadap! 

 CADANGAN :

Sekadar cadangan, pihak berwajib yang berkenaan - majlis bandaraya atau wakil dari bahagian pelancongan Melaka tolonglah hantar pegawai, orang tertentu turun padang, jadi pelanggan kedai/restoran makanan yang berhampiran dengan tumpuan utama pelancongan. Lihat dan rasai sendiri pengalaman menyakitkan hati yang telah kami lalui.

Bagi briefing kepada pengusaha kedai makan tersebut, cari satu solusi untuk memenuhi permintaan pelanggan. Dalam banyak-banyak cadangan... apabila diteliti semuanya pasti akan ada satu kaedah yang paling sesuai untuk dipilih.

Kepada yang berniaga makanan tu, jadilah kreatif - upahlah pekerja secukupnya terutama sekali ketika mood perayaan atau cuti umum. Tukang masak terutamanya, kalau hari biasa mungkin seorang dua dah mencukupi tetapi hari-hari tertentu tambah tukang masak  untuk masakan bakar/panggang/goreng-goreng... makanan laut yang paling utama.

Sekadar berkongsi - memandangkan Sandakan dan Kota Kinabalu merupakan bandaraya yang terletak berhampiran laut, tentunya makanan laut mendominasi hidangan popular. Untuk memudahkan order makanan cepat sampai kepada pelanggan...dan panas-panas pula tu, saya melihat penjaja jalanan/ peniaga kecil-kecilan yang menjual rangkaian makanan laut akan berbuat begini :

Sebaik sahaja buka kedai mereka terus memanggang/membakar aneka ikan, ikan pari, sotong, udang tentunya di bakarpanggang menggunakan arang. Kemudian disusun cantik di atas meja yang dialas dengan daun pisang. Setelah order makanan diambil dari pelanggan yang datang... misalnya ikan pari bakar, stok ikan pari yang sudah dibakarpanggang itu di letakkan seketika di atas arang. Ok, siap dimasak dihidangkan dalam pinggan, disertakan sos dan nasi panas, kurang dari 10 minit order pun sampai. 

Aneka seafood yang sudah dibakarpanggang sebelum ini dimasak hanya separuh/ suku masak sahaja, tetapi sebaik sahaja order diterima dari pelanggan... dibakarpanggang sehingga masak dan banyak masa dijimatkan. Pekerja pun tidak perlu ramai, setakat dua atau tiga orang sudah memadai. Nasi awal-awal lagi sudah disiapkan, begitu juga dengan sambal belacan, sos. 

Jangan bimbang, mereka tidak membakarpanggang sekaligus stok seafood mereka. Contoh 10 ke 20 pcs untuk first trip bakar ikan pari, ikan tongkol, udang, sotong. Apabila rangkaian seafood ini sudah kurang atau hanya tinggal beberapa pcs barulah mereka akan membakarpanggang untuk trip seterusnya. Mudah bukan. Dan stok siap sentiasa ada. Pelanggan bukannya peduli sangat pun kaedah memasak kerana mereka sudah lapar dan yang bermain di kepala hanya inginkan makanan cepat siap dan panas-panas. 

Kalau makan tempat eksklusif, pilih seafood yang masih mentah, tunggu sehingga masak... cepat lambat masak itu bergantung kepada saiz, tak apalah itu tempat eksklusif. Harap-harap pelayannya pun eksklusif. Tapi bukannya jatuh standard pun kalau makan kedai/gerai yang biasa, kaedah yang saya sebutkan tadi mungkin boleh dipratikkan di gerai/kedai makan yang problem itu. 

Nampak macam remeh, kecil sahaja masalahnya, tapi takkan dibiarkan sampai berakar umbi, pandangan pertama pengunjung ke Melaka itu sangat penting, kerana meraka akan membawa cerita baik buruk untuk dikongsi/disebarkan kepada ahli keluarga, rakan-rakan malah turut dikongsikan di blog!.

love,
monalizahrais 

 







Wednesday, February 27, 2013

BUNGA BETIK DAN UDANG TAJAM

Assalamualaikum...

Salam hari Rabu !

 RM 1 untuk sepinggan kecil. Saya beli di pasar malam Klang, setiap Sabtu ada pasar malam kat situ. Tidak jauh dari Masjid Bandar Diraja Klang yang cantik itu. Ok, sebab saya nak memang dalam kuantiti kecil, makan sesekali sayur pahit untuk kesihatan. Ini bunga betik yang belum kembang lagi. Selain bunga, pucuk betik sedap dibuat sayur, terutama sekali mereka yang menggemari sayuran pahit untuk faedah kesihatan. Tak payah makan selalu, sekali dalam masa dua minggu atau sebulan sekali pun sudah ok. Yang penting selalu makan makanan seimbang. Kombinasi lauk yang dilengkapkan dengan sayur.

Kami di rumah, petua untuk menghilangkan/mengurangkan rasa pahit pucuk/bunga betik ini sangatlah mudah. Rebus seketika sekali dengan daun jambu atau asam jawa. Nak pahit yang sederhana, rebus sekejap, nak menghilangkan pahitnya, rebuslah lama sikit. Tapi saya suka rasa pahitnya yang asli. Untuk balance rasa pahit ini, masak sekali dengan udang jadi resultnya = pahit sayuran bergabung dengan manis udang.

 


Udang tajam saya goreng asing. Kemudian bunga betik ini saya masak sama seperti kita tumis sayur, masukkan udang tajam dan masak seperti biasa.

Pahit dan manis. Masakan kampung, maklumlah kan orang kampung, sumber sayur-sayuran itu tidak semestinya yang dibeli di pasar sahaja, di sekeliling rumah kita pun banyak berlambak. Just petik sahaja, fresh lagi. Aduh, tiba-tiba saya terfikir hendak beli betik muda pula, nak buat sayur juga... hmmm...

love,
monalizahrais 

 

REBUNG DAN UDANG TAJAM

Assalamualaikum...
 
 Rebung yang dah siap dihiris beli sekilo RM 3 di Pasar Besar Klang. Udang tajam tu pula dibeli dengan harga RM 7 sekilo. Berbaloi dan dapat masak beberapa jenis masakan berlainan. 

Bawang putih, bawang merah, kunyit dan halia ditumbuk, cili padi diketuk kemudian tumis.
Nak tambah serai pun ok juga.
Setelah layu masukkan udang tajam yang sudah dibersihkan dan tumis lagi sehingga naik bau.
Masukkan rebung, terus tumis kacau seketika, kemudian masukkan air.
Setelah mendidih dan hampir masak rebung tu, bolehlah dimasukkan santan, api sederhana, masak seketika, tambah garam gula ajinomoto ( pilihan ) dan tutup api.
Makan dengan nasi panas, sedappp!
 
#Rebung boleh digantikan dengan nangka muda, untuk dimasak seperti kaedah di perenggan atas.


Memandangkan kulit udang tajam itu keras... jadi macam kita makan siput sedut, kemudian kupas kulit udang perlahan-lahan sebelum makan dengan rebung dan nasi. Masing-masing punya selera. Di kampung halaman, emak selalu masak lemak campur dengan ikan masin atau makanan laut. Versi yang lainnya saya campur masak dengan sotong. Diringkaskan ceritanya, masih bahan yang sama cuma rebung ini nak masak dengan seafood pun sedap, bagi saya dan suami yang merupakan penggemar seafood ini memang selalu buat macam tu...

Lain kali  pergi pasar saya nak beli rebung, saya nak beli part rebung yang paling lembut - macam daun muda... lebih power rasanya apabila dimasak sebegini.

 
 love,
monalizahrais 

Monday, February 25, 2013

HAKIKAT KEBENARAN

Assalamualaikum...

Bercakap tentang kebenaran... hakikat kebenaran memang pahit. Bercakaplah benar walaupun pahit untuk dikatakan. Kita mungkin akan dipandang hina, dipulaukan atau kena marah, maki hamun. Zaman sekarang dapat dilihat, banyak yang sudah terbalik, selain lelaki menjadi perempuan atau perempuan menjadi lelaki, perkara benar dianggap salah dan perkara yang jelas salah itu pula yang dianggap benar. Malah sesiapa yang cuba bercakap benar... tidak dipedulikan. Dunia akhir zaman...


Amboi... mukadimah, sajer jer tulis macam tu, tapi betul apa.


Malam tadi saya dan suami berbincang tentang cuti raya. Apa? Cuti raya? Betullll.... macam tak logik jer cakap tentang cuti raya, lambat lagi tapi hakikat sebenarnya tiket cepat habis untuk hari-hari kegemaran - dua tiga hari atau seminggu sebelum raya. Kita sering mendengar di kaca tv... tiket balik kampung ke Kelantan dan Terengganu selalunya habis dijual tiga bulan sebelum raya!

Begitu juga tiket balik Sabah, tiket ada tapi harganya mahal melonjak tinggi dan cepat habis untuk 'hari-hari kegemaran' seperti yang saya sebutkan di perenggan atas. Balik kampung halaman bermakna kita akan berjumpa dengan ahli keluarga kita yang macam-macam perangainya itu, ada yang menyakitkan hati dan tidak kurang ada yang 'cool' saja. Adatlah tu... lumrah kehidupan kan.

Bercakap tentang hari raya... InsyaAllah tahun ini kami akan ke Kota Kinabalu dahulu kemudian barulah menuju Sandakan. Sebelum ini kami biasanya menuju Sandakan dahulu disebabkan beberapa tahun kebelakangan ini adik-adik saya berderet kahwin hampir setiap tahun ditambah lagi ketika itu arwah bapa saya sedang sakit tenat. Jadi tumpuan lebih di Sandakan kemudian di Kota Kinabalu. Kedua orang tua suami saya sudah lama meninggal dunia sejak suami saya remaja lagi... jadi itu juga salah satu penyebab kenapa kami ke Sandakan terlebih dahulu berbanding Kota Kinabalu.

Tahun ini, setakat ini tidak ada lagi kedengaran suara dari kampung halaman saya - maksud saya suara tentang adik saya yang masih bujang itu manalah tahu hendak berumahtangga dan ini bermakna ada kerja-kerja kahwin, jadi rancangan kami nanti, suami isteri berhari raya di Kota Kinabalu kemudian barulah menuju Sandakan. Untuk lebih adil dan selama inipun suami cukup memahami keadaan keluarga saya yang diuji dengan penyakit arwah bapa serta sentiasa sibuk dengan kerja-kerja kahwin beberapa tahun kebelakangan ini. Oh ya, keluarga kami mengadakan majlis kahwin pada waktu Hari Raya kerana inilah saja masa yang paling sesuai untuk menghimpunkan semua keluarga terdekat.

Kami berfikir seperti ini, biarlah tahun ini cuti Hari Raya nanti seperti ini - dari KLIA menuju KKIA berpuasa dan beraya di sana dan bakinya di Sandakan. Saya tak kisah sebenarnya beraya sama ada di Sandakan atau Kota Kinabalu, ok jer... Cuma saya ingatkan suami sekiranya kami beraya di KK, apa-apa hal penting kena berbincang suami isteri, jangan sembunyikan apa-apa dari saya kerana suami yang anak bongsu itu sebenarnya selalu serba salah antara pendapat ahli keluarga di KK dan saya sendiri.


Apabila kita sudah berkahwin, ahli keluarga kita bebas memberi pendapat mereka, tetapi keputusan akhir di tangan kita suami isteri. Contoh - xyz mengatakan kita tidak patut tinggal di Semenanjung Malaysia dan bekerja di sini kerana jauh dari keluarga. Tak apalah dia hendak berkata sebegitu... itu cuma pendapatnya. Tapi kita yang dikomen itu perlu berfikir -  kita bukannya bujang lagi, sudah suami isteri pun... balik Sabah hendak kerja di mana dan tinggal di mana? xyz yang beri pendapat itu adakah dia yang menanggung hidup kita? xyz kah yang memberi gaji setiap bulan untuk makan minum kita? Hakikat kebenaran kita yang bekerja walau tidak sekaya manapun... tapi tidak meminta-minta dengan keluarga sendiri.


Saya anak sulung dan tentunya perwatakan saya berbeza dengan anak bongsu bukan. Anak bongsu selalunya tidak banyak karenah, lebih cepat bersetuju berbanding anak  sulung adakalanya degil, cerewet dalam sesetengah perkara. Bukankah perkahwinan saling melengkapkan? Kalau isteri tegas tentu suaminya jenis lembut atau kalau si isteri pendiam tentu si suami jenis rajin bercakap.

Berkatalah benar walaupun pahit. Persoalan tentang anak sering diajukan kepada kami, hakikat sebenarnya Allah yang menentukan bilakah masa sesuai untuk mengurniakan zuriat kepada kami. Kita merancang dan berusaha, Allah menentukan, Allah perancang terbaik. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Saya tidak menolak tentang kaedah mengurut, salah satu cara tradisional mendapatkan anak, dengan izinNya. Tapi saya belum berjumpa lagi dengan tukang urut yang mengamalkan sepenuhnya kaedah Islam yang tidak bercampur dengan perkara-perkara mistik yang meragukan. Contoh perkara mistik yang meragukan saya ialah, kita dikehendaki menyediakan garam, telur ayam atau hidangan tertentu untuk santapan 'tertentu'. Perlu mandi selepas beberapa hari dengan bacaan tertentu yang hanya tukang mandi itu sahaja yang tahu apa yang dibacanya. Menyeramkan! Dan semoga saya dijauhkan daripada perkara khurafat ini. 

Allah Maha Berkuasa. Hanya kepadaNya kita meminta, berdoa di samping berusaha dan bertawakal. Semoga kita sentiasa dijauhkan daripada perkara-perkara kejahatan sama ada yang tersembunyi atau yang terang nyata. 


love,
monalizahrais 

 



 



 

Saturday, February 23, 2013

TANDAS

Assalamualaikum...

Tandas di Central Market, Kuala Lumpur. Salah satu tandas yang terdapat di dalam bangunan Pasar Seni. Nak masuk kena bayar 50 sen. Masuk duit dalam 'tabung'. Entah macam mana nak cakap tapi selepas kita beli tiket tren komuter misalnya, kita masukkan tiket dan melalui laluan yang dikhaskan. Lebih kurang macam tu konsepnya. Dan dapat tisu tandas yang sudah sedia dilipat. Dua pilihan... tandas duduk dan mencangkung.



 Tengoklah sinki ni...



Beginilah suasananya ada deretan cermin di dinding di selang seli dengan susunan batu bata.


Pintu tandas dari dalam. Ada 'mata', 'kening', dan mulut atau hidung? (*-*)


Pintu tandas dari luar.


love,
monalizahrais