Tuesday, November 25, 2014

MAKAN-MAKAN DI SANDAKAN,SABAH

Assalamualaikum...

Melancong ke Sandakan, Sabah? Makan di mana ya? Lupakan sekejap tentang fast food - KFC, McD, Pizza Hut, Marrybrown, Burger King dan yang segaris dengannya. Boleh didapati di seluruh Malaysia setakat fast food itu,betul kan?Ok, fokus kepada Sandakan sebuah bandar di tepi laut, tentunya aneka makanan laut segar menjadi tarikan istimewa untuk dinikmati.

Saya lahir dan melalui zaman kanak-kanak, remaja sehingga berusia 19 tahun di Sandakan, kemudian pada 20 Mei 2000 lagi enam hari menjelang harijadi saya yang ke-20 ketika itu...saya sudah berada di Kuala Lumpur di Semenanjung Malaysia, hidup saya berubah bermula dari tarikh tersebut. Sehingga kini 2014 Oktober, saya masih lagi di bumi Malaya mencari rezeki di sini...tapi setiap tahun saya akan pulang ke kampung halaman berhari raya bersama keluarga tercinta.

Dalam belasan tahun ini... saya melihat banyak perubahan di bandar Sandakan, tapi untuk cerita hari ini saya fokus kepada subjek makan-makan di Sandakan.
Terkini saya melihat ada banyak pengaruh makanan dari Semenanjung Malaysia antaranya masakan tomyam, paprik, nasi lemak, rendang, sambal merah, lontong/kuah lodeh.

Senarai menu berikutnya boleh didapati di kedai-kedai makan biasa, dan makanan jalanan/street food.


SARAPAN PAGI/WHOLE DAY

Mee goreng dan telur mata
Pisang goreng
Aneka roti
Nasi kuning berlauk sambal telur atau ikan tongkol
Cakoi
Terang bulan (apam balik)
Sup ayam/daging
Kuih muih tradisional
Jagung bakar

Menu di atas biasa saya jumpa pada waktu pagi, sama ada di kedai-kedai makan/tepi jalan - street food atau di atas pasar besar. Di Sandakan ada kilang memproses mee kuning kering, selalunya mee goreng di sini gelap berwarna hitam disebabkan kami guna kicap yang banyak untuk goreng mee ini. Ayam goreng seketul sangat mahal contoh, paha ayam goreng boleh berharga RM 5 - RM 6...itu baru seketul.

Yang uniknya di sini...semangkuk sup kosong mesti ada sebagai pelengkap hidangan, contoh kita pesan nasi kuning berlauk dan minuman, diiringi sup kosong walaupun kita tidak request.

Pisang goreng menggunakan pisang Sabah atau pisang sanggar. Aneka roti, cakoi dan mee goreng biasanya terdapat di kedai makan Cina. Oh ya, di sini majoriti kaum Cina yang berniaga, kedai dan restoran mereka ada di mana-mana. Minoriti yang berniaga makanan terdiri mamak muslim/keling dan orang tempatan atau yang separuh tempatan...hehe...sini banyak pendatang from Indonesia dan Filipina mencari rezeki mengharap tuah dalam kehidupan mereka, datang dengan cara halal atau haram itu saya tak nak komen apa-apa...korang tengoklah sendiri. Dan di sini juga ada penjual permaidani - from Pakistan mereka menjaja dari rumah ke rumah.

Untuk selera mamak muslim atau dipanggil keling menurut panggilan orang tempatan, lebih kurang sama macam di Malaya juga, ada roti telur, roti canai...senang cerita segala macam aneka masakan mamak muslim pun ada. Cuma kalau kita order minuman macam ni sebutannya:

Nescafe nai - nescafe susu panas, sini semenanjung sebut nescafe saja kan
Milo ping - milo sejuk/milo ais
nescafe nai ping - nescafe ais
Nai merujuk kepada susu dan ping merujuk kepada ais/sejuk

#menu-menu di atas yang selalu saya jumpa ketika zaman sebelum merantau lagi, sekarang bermacam-macam menu baru yang muncul. Cuma sebutan nai dan ping itu masih kekal sehingga sekarang.

MAKANAN POPULAR DAN AVAILABLE SEPANJANG HARI

Sayap ayam /kepak ayam panggang
Buntut, hati dan pedal/bedal ayam panggang
Ikan tongkol bakar
Udang, ketam, sotong,ikan bakar/panggang
Rumpai laut
COTO MAKASSAR
Bakso
Sup ayam/daging
 Jagung bakar

Coto makassar itu sengaja saya highlightkan sebab melalui dapatan di blog-blog di "rumah pakcik Google" ada banyak yang menulis tentang kesedapan coto makassar ini. Betul dan memang betul...ianya sedap sangat, saya bagi 5 bintang...hehehe...


Bos Cina tapi pekerja tempatan - pemandangan biasa di kedai-kedai makan, ianya dijamin halal, yang masak semuanya Islam, InsyaAllah walaupun majikannya non Muslim.
Yang tak halal selalunya ada bunting/banner/gambar arak di sekitar kedai, yang itu jangan masuk, sure tak halal punya.
Kita juga akan selalu melihat ayat sebegini - SERVE NO PORK di dinding restoran.
 Ada juga restoran yang pamer gambar-gambar lama Bandar Sandakan di dinding-dinding restoran, hitam putih dan dibingkai cantik-cantik.

Di meja-meja makan...ini merupakan perkara biasa, jom lihat gambar yang saya maksudkan:-

 Nak makan guna chopstik, sudu garfu...terpulang, nak tambah seasoning kegemaran dalam makanan yang diorder pun ikut suka kamu.

Ok, sekiranya kita hendak makan di tempat yang standard tapi berbaloi-baloi, ala-ala mahal gitu... tentunya ada restoran sebegitu. Antaranya Restoran Ocean King yang terletak di tepi laut, English Tea Restaurant dekat Agnes Keith House (dapat view panorama bandar Sandakan dari Pavilion), di Sim-Sim pun ada siap free nasi lagi. Pasar malam berhampiran perpustakaan dan pejabat pos ada banyak pilihan bakar-bakar, seafood, nasi campur, makanan tradisional, jalan menuju ke Bandar Ramai-Ramai. Ada tempat lain lagi tapi korang carilah sendiri ya? Mood melancong dan meneroka gitu..

Sebenarnya walaupun saya orang Sandakan...saya sekadar limpas/lalu sahaja tempat-tempat makan sebegitu...sebabnya untuk aneka seafood udang, ikan, ketam, ikan pari segar bugar...rumah kami  tak jauh sangat dari laut, kami beli terus dari nelayan yang mencari rezeki di sekitar Pantai Dandulit. Murah pun murah di bawah RM 10 sekilo, segar pun segar.

Ayam? Sentiasa berharga RM 10 dan ke atas setiap kilogram, memang mahal dan ianya menjadi juadah istimewa ketika perayaan dan kenduri kendara.
Ikan kembung atau ikan lumahan, mengikut panggilan tempatan dan ikan sardin...boleh jatuh harga sehingga seringgit sekilo! Sampai jemu makan, tapi bukan selalu ada masa-masa tertentu saja.

Purata harga ikan di Sandakan di bawah RM 5, di bawah RM 10...yang pasti sentiasa lebih murah daripada harga ayam perkg. Sayur dan buah-buahan.. Alhamdulillah tersangat banyak pilihan, ikut citarasa masing-masing nak yang mana. Katakan kita dari bandar Sandakan hendak ke Sepilok yang terletak di batu 16... dalam perjalanan adalah perkara biasa melihat gerai-gerai buah-buahan di tepi jalan. Antaranya buah terap, cempedak, rambutan, pisang.

Di Sandakan, perkara biasa kita melihat orang tua-tua berjalan berpasangan atau bersendirian...bukannya tidak dipedulikan oleh anak-anak, tapi ada di antaranya memang jenis kuat bekerja tenaga pun masih gagah lagi, turun sendiri ke bandar membeli barang-barang yang mereka perlukan (bercakap sedikit tentang apa yang dilihat).

Kaum Cina dan bangsa Sungai hampir sama sahaja bentuk muka dan kulit mereka - mata sepet, kulit putih, yang membezakan dari segi pakaian, bahasa atau kadang-kadang sukar dibezakan sekiranya kita orang luar yang berkunjung ke sana.

Pasaraya, premis perniagaan dibuka seawal pagi bermula jam 7.30am/8.00 am. Pasar besar dan kedai-kedai makan dibuka lebih awal sebelum atau ketika matahari baru terbit. Tempat yang happening, agak meriah tertumpu di kawasan Waterfront Sandakan sehingga waktu lewat malam. Lain-lain tempat akan mula sunyi seawal jam 8 pm ke jam 9 pm.
Bandar ini 'bangun' awal dan 'rehat' pun awal.

Ok... jom layan gambar lagi :-

 Rumpai laut/agar-agar, yang dalam bungkusan plastik tu saya tak tahu namanya















 Buah terap dari belakang rumah kami


Isi buah terap


sambal lada








 ABC


COTO MAKASSAR - kami pilih coto makassar campur/special, ada nasi impit, hirisan daging, urat, paru, isi ayam. Rasa kuahnya ada rasa kacang tanah ditumbuk, rasa lemak manis-manis...datang Sandakan WAJIB makan ini!


  Waterfront Sandakan


 Anggur laut - kategori rumpai laut, saya sangat-sangat suka yang jenis anggur ini, makan begitu saja pun sedap (ikut selera sayalah hehe...)



 Ok, abaikan orang dalam gambar tu... yang penting nak cerita pemandangan Waterfront, Sandakan kat belakang saya tu...


 Tu papan tanda pelancongan yang di belakang saya.





Laut Sulu
Di seberang sana terletak Pulau Nunuyan, dekat saja kan...


 Makanan terlarang tetapi popular, sama seperti rokok seludup - tentunya telur penyu, boleh didenda puluhan ribu jika didapati membeli dan menjual. Ini tuan rumah hidangkan kami sewaktu berkunjung berhari raya. Telur penyu seperti bola ping pong yang lembut.

 
Udang masak nanas pun sekali hidang dengan juadah di atas.


Sekitar waterfront, sayang sekali matahari terbenam arah lain...tak nampak dari sini



 ABC buah special sekali dengan aiskrim, di Waterfront,Sandakan


Burger ayam special

___________________________________________________________


Gambar-gambar seterusnya diambil semasa berada di Kota Kinabalu...sama jer makanannya dengan di Sandakan, tak banyak beza. Jom layan gambar makanan...

 

 Ini namanya putu/piutu, diperbuat daripada ubikayu parut, diperah airnya kemudian digoreng tanpa minyak, ada yang ditambah kelapa parut atau gula, semacam pengganti nasi.







 Inilah ikan tongkol bakar dan ikan kerisi bali bakar


 Buntut ayam/tongkeng bakar 



 Sambal kicap iringan sayap ayam, buntut ayam panggang

 








 Sayap ayam panggang...pun WAJIB makan









 Sekali lagi...WAJIB cuba, mesti makan sayap ayam bakar/panggang kalau datang Sabah





 Yang ini agak mahal boleh mencecah harga RM50 seekor - LOBSTER





 Aksesori wanita daripada pearl/mutiara, pastikan anda handal dalam proses tawar menawar untuk dapat harga terbaik dan puas hati. Kalau ada kawan orang Sabah, bawa dia sekali, lagi mudah kalau pandai cakap bahasa tempatan.

OLE-OLE (Nak cepat pergi ke Pasar Umum/Central Market, semua ada di sana)

udang kering
ikan bilis
ikan terubuk masin
belacan merah/papar
kuih cincin
kuih penyaram
souvenier - key chain, T-shirt etc



 love,
monalizahrais
kapar klang
25/11/2014
selasa




NASI KERABU BIRU YANG SEDAP *____0

Assalamualaikum...

Nasi kerabu biru kegemaran ramai, sama ada berasal Kelantan atau luar Kelantan. Termasuklah saya penggemar nasi kerabu ini bermula belasan tahun sudah, tapi baru sekarang ada kesempatan belajar dari 'uncle Google' dan praktik masak di rumah.

Antara tahun 2000-2004 ketika bergelar pelajar UM...hampir setiap minggu saya membeli nasi kerabu di pasar malam dekat PKNS Kerinchi 17 tingkat yang berseberang dengan pintu masuk Vista Angkasa. Ketika itu harga nasi kerabu biru + aneka kerabu, sambal lada, budu dan sambal tumis berlauk telur masin separuh + hirisan daging bakar + solok lada RM 4.50 ke RM 5 sahaja, saya suka formasi lauk sebegitu. Lauk hirisan daging bakar itu cepat sangat habisnya, biasanya saya ganti dengan ayam goreng berempah, pun masih di bawah RM 5. Kadang-kadang diberinya ikan kembung goreng celup tepung percuma. Nasinya banyak...boleh kongsi dua orang makan. Kadang-kadang saya menimbang bungkusan nasi kerabu itu dengan tangan sambil mengagak...maunya sekilo lebih juga berat bungkusan juadah ini, haha...


Kali terakhir saya membeli nasi kerabu berlauk ayam goreng berempah dan solok lada...di pasar malam Klang berharga RM 7.50, +- 3 bulan lepas sebelum Ramadhan. Dan saya tidak terkejut sekiranya gabungan lauk lain mungkin akan menghasilkan RM 10, kerana sekarang barang keperluan sentiasa naik mendadak, minyak sahaja tahun ini 2014 sudah naik 3 atau 4 kali?... dan bermula Disember 2014...subsidi minyak Ron 95 dan Diesel dihapuskan serta merta. 

Terus kepada cerita nasi kerabu biru...saya guna ikan kembung sekilo dapatlah 6 ekor, RM 10 sekilo,  tapi puas hati sebab segar, saya beli di Pasar Besar Klang, Meru, hari Ahad lepas.

Terus kepada gambar-gambar di bawah :

NASI KERABU BIRU :
Pewarna makanan biru (saya beli jenama star, warna 'true blue') pengganti bunga telang
Beras
Daun limau purut diracik/diramas-ramas
sedikit garam
Serai diketuk
Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi
Masak seperti masak nasi putih yang selalu kita makan tu







 _________________________________________________________________



SOLOK LADA
Cili hijau (10 biji) dibelah dua jangan sampai putus dan buang biji cili
Isi ikan kembung MENTAH dicincang (saya guna 3 ekor) asingkan tulangnya, kemudian campurkan kelapa parut + bawang merah + bawang putih + halia + lada hitam = tumbuk semuanya sekali (saya kisar guna blender, tak larat tumbuk)
Sumbat ke dalam cili
Masukkan santan ke dalam kuali/periuk, susun cili yang telah disumbat tadi, pastikan santan tidak tenggelamkan cili hijau
Masak atau kukus dengan api sederhana +- 10 minit
 Guna cili yang lurus mudah untuk susun
 









 ___________________________________________________________________

SAMBAL IKAN + KELAPA
Kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga berwarna perang, elakkan hangus (kalau rajin + suka tumbuk guna lesung batu, tapi saya tak buat)
Letak tepi dahulu
(Saya guna 3 ekor) Isi ikan kembung REBUS asingkan tulang ambil isinya saja + serai + bawang merah + lada hitam + cili kisar + garam + gula  (saya blender saja macam di atas tak larat tumbuk), Kemudian tumis campuran ini dan tambah santan cair, masak sehingga airnya hampir kering
Akhir sekali masukkan kelapa parut yang digoreng tadi dan gaul sehingga semuanya sebati/kering 
 


 






 ____________________________________________________________________


SAMBAL TUMIS
Cili kering(10 pcs) direndam guna air panas sehingga kembang dan kisar sekali dengan bawang merah, halia
Serai diketuk
Tumis bahan yang dikisar tadi, kemudian masukkan santan pekat, kacau selalu untuk elak santan pecah, guna api sederhana
 Garam gula secukupnya
Budu (pilihan, ikut suka hati tapi saya tak letak)


 _____________________________________________________________________


Saya guna apa yang ada - timun, kobis, daun selom, bunga kantan, kacang panjang
 Semuanya dihiris halus
 
 ___________________________________________________________________________________

Sedikit keropok lekor digoreng
 
__________________________________________________________________________________

Budu + perahan limau + cili 



 Inilah hasilnya setelah dihidang, Alhamdulillah menjadi juga nasi kerabu biru saya.

Siap!

Tak habis makan simpan dalam peti sejuk, sampai hari ini masih berbaki lagi solok lada, ulam-ulaman, sambal ikan + kelapa dan kuah sambal tumis. Hari ini masa makan malam saya berlaukkan sotong masak hitam dengan nasi kerabu.

Pertama kali membuat...rasa mencabar dan penat sebab semuanya dibuat pada hari yang sama, dan saya habiskan semua 6 ekor ikan kembung jadi banyaklah juga untuk 2 orang makan...maklum tak dapat agak lagi hasilnya banyak mana kan...1st trial kan...

Kelapa parut saya beli RM 3 +- 2 biji kelapa kata penjual tu. Dari kelapa parut saya agak-agak saja sukatan untuk buat santan pekat, santan cair, untuk sambal tumis, sambal kelapa dan solok lada.

Rujukan di internet dengan membaca banyak blog, saya ceduk sikit dari blog itu cedok sikit dari blog sinun, rujukan fb pun ada...jadi saya pilih kaedah yang paling mudah saya faham dan buat, paling penting kena dengan selera kita.

love,
mr
kapar klang
25/11/2014 selasa