Saturday, February 16, 2013

MELAKA 3N4D 08 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI 2013 BAHAGIAN TIGA

Assalamualaikum...

  Bahagian Tiga ini merujuk kepada cerita menaiki Menara Taming Sari. 
RM 15 seorang dewasa, kanak-kanak kurang sedikit, saya sudah lupa harganya.
Duration 7 minit.
Berikut antara gambar-gambar berkaitan Menara Taming Sari yang sempat kami abadikan. Mula-mula gayat juga tapi rasa seronok mengatasi rasa gayat itu.
Sambil naik ke atas dan turun semula ke bawah, ianya turut berputar 360 darjah, so kita dapat melihat seluruh bandar Melaka.



Inilah tiketnya.



Selepas beli tiket, kami diminta bergambar, turun sahaja dari menara, gambar sudah siap. Begini punya gambar sekali dengan fridge badge semuanya berharga RM 55. Memikirkan entah bila lagi dapat bertandang semula ke Melaka... bedal sajalah gambar ni, sesekali buang duit kan...  hehehe... ada juga kenangan.



Beli tiket dapat botol air ni dan kalendar. Tapi kalendar sudah masuk dalam beg, malas hendak keluarkan semula dan menggambarnya. Dalam kalendar itu juga turut disertakan maklumat bangunan yang digazetkan sebagai warisan dunia. Wow!

 


Walaupun gayat tapi bergambar jugakan...




Ceh... buat-buat berani konon...
 



Bayangkan satu ketika dahulu betapa sibuknya perairan Melaka ini dengan kapal-kapal perdagangan...



Muzium Samudera - kapal coklat tu.



Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Hotel Hatten, Pahlawan Walk dan bangunan yang lainnya.



Kalau tak silap saya, ini kawasan Muzium (bangunan-bangunan yang berwarna merah itu). Banyak muzium kan, antaranya Muzium Setem, UMNO, Balai Seni Lukis Melaka, Muzium Belia. (kalau tak lengkap atau tersalah taip, betulkan saya ya)



Tentunya Sungai Melaka, ada juga Kincir Air Kesultanan Melaka, Kubu Kota Melaka yang terletak di tepi sungai. Nak sebut semua bangunan memang tak laratlah, yang penting disebut monumen sejarah.



Yang tinggi tu Hotel holiday Inn, bangunan rendah atap merah seperti perbukitan itu tentunya menempatkan juga antaranya hotel bajet dan premis yang lainnya. Dan sekali lagi, 'lautan sejarah' laluan perdagangan kapal di zaman silam.



Saya snap dari dalam 'bulat-bulat' ketika menara mula bergerak naik ke atas. Spontan saya teringat donut ataupun gula-gula putih yang berperisa mint yang selalu diletak di rak berdekatan cashier.
 


Di sebelah kiri kapal coklat (Muzium Samudera) yang beratap merah itu - Muzium Maritim.



Kami turun dekat sini, Menara Taming Sari pada hari pertama sampai ke Melaka, terus saya ambil peluang snap menara ini.
Kualiti gambar kurang memuaskan, tapi bolehlahkan...

kami sampai sekitar jam 8 malam terus jalan kaki sehingga depan Pahlawan Megamall tanya sekuriti tentang hotel bajet dan akhirnya kami terjumpa Hotel Johan. 



Ambil peluang bergambar berlatarbelakangkan Menara Taming Sari dari atas bukit, sebenarnya di kawasan gereja St. Paul. Akan diceritakan di bahagian yang lain.

Bahagian keempat bersambung tentang cerita di Jonker Walk. Sengaja saya pecahkan beberapa bahagian cerita kerana ianya ceritanya bergambar. Serta memudahkan pemahaman pembaca. Melaka banyak tempat-tempat menarik, tidak dapat diteroka semuanya dalam masa yang singkat bukan.

love,
monalizahrais 

Thursday, February 14, 2013

MELAKA 3N4D 08 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI 2013 BAHAGIAN DUA

Assalamualaikum...

Kami dapat hotel yang baik dan memuaskan hati kami - dari kaca mata kami sebagai pelancong. Tempat menginap yang selesa dan selamat tentunya menjadi pilihan.

Ok, jom layan gambar sekitar hotel  Johan.
























































Di sekitar kawasan pantry



Material buluh dan rotan, senang untuk maintenance kan..














Astray 


Ok, settle tentang penginapan, cerita seterusnya di tempat-tempat menarik yang kami pergi saya sambung dalam MELAKA 3N4D 08 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI 2013 BAHAGIAN TIGA

love,
monalizahrais 









MELAKA 3N4D 08 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI 2013 BAHAGIAN SATU

Assalamualaikum...
 
Perjalanan saya dan suami ke Melaka bermula jam 9 pagi dari rumah, pada tarikh 08 Februari 2013 hari Jumaat. Seawal pagi sudah hujan tapi Alhamdulillah ianya tidak berterusan lebat. Kami bergerak menggunakan public transport. Dari rumah menuju ke Klang, menaiki bas bertambang RM 1 seorang, kurang 15 minit kami sudah jejak di bandar Klang.
 
 
 Inilah beg, kasut kami ala-ala traveller gitu. Tapi awal-awal lagi saya dah standby beg tambahan yang dapat dilipat dan simpan dalam beg, beg plastik tebal dan ada lukisan di luarnya untuk diisi dengan souvenirs dari Melaka. Kami gerak dari Klang +- jam 11 pagi, singgah sarapan sekejap di Alif Maju dan bayar bil api, urusan tandas.


Menuju ke arah Kuala Lumpur... terdapat kesesakan di beberapa tempat. Ini suasana ketika menghampiri Tol Batu Tiga. Yang bestnya, lagu-lagu di bas ini semuanya berentak sentimental, lagu-lagu jiwang sekitar tahun 80 ke 90-an. Oh ya sebelum terlupa, tambang bas RM 3 dari Klang menuju KL, kami drop di Pasar Seni.



Masih lagi sesak, melepasi Tol Batu Tiga. Kesesakan ini tidak lama kerana jalan di hadapan agak kecil berbanding lorong tol yang dibuka hampir semuanya, sekejap sahaja sesaknya dan kemudian trafik mula lancar.



Saje jer tangkap gambar ni... rasa macam sekejap saja dah siap, sebelum ini masih dalam proses pembinaan lagi.


Interframe jap, hehe... muka gembira kot! Jarang-jarang dapat meluangkan masa sebegini, terikat dengan rutin kerja kan.



Yang ni pun sengaja tangkap gambar, stesen Universiti, masa study kat UM dulu menyewa di kawasan ini. Vista Angkasa.



Dari Pasar Seni kami berjalan kaki menuju ke stesen Star LRT Masjid Jamek.


Ambil tiket menuju ke BANDAR TASIK SELATAN. Ikut train arah LALUAN SRI PETALING. Tambangnya saya sudah lupa, tapi tak mahal sangat pun.



Sedang menunggu train menuju Sri Petaling Line, drop dekat Bandar Tasik Selatan. Masa ini tak ramai sangat orang. Jam elektronik tu menunjukkan 12:44 pm.


Token tiket, beli kat machine. Menggunakan public transport sebaiknya kita sedia lebih daripada cukup-  duit syiling dan duit kertas seringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit, memudahkan perjalanan kita. Faham-faham sajalah mesin tu kadang nak accept duit coin atau duit kertas sahaja.
Mood mesin tu pun tak menentu, macam manusia juga.


Sampai di stesen Bandar Tasik Selatan, jalan kaki sikit dan tengok signboard, mudah saja walaupun pertama kali jejak ke sini. Ambil arah anak panah merah menuju ke TBS.


Dari jauh pun dah nampak bangunan yang dicari ini. Semua bas menuju destinasi Selatan ada kaunter di bangunan ini. Terminal Bersepadu Selatan @ TBS.


Ok, jalan terus, bag sandang ketupat, topi oren itu my LingLing...



Nak melancong ke tempat-tempat yang selalu disebut dalam buku teks Sejarah kita masa sekolah dulu-dulu tu, pilih stesen MELAKA SENTRAL.  Ingat tu... MELAKA SENTRAL.



Di hadapan pintu 2, menunggu bas menuju ke Melaka Sentral.


Tiket bas, kami naik bas Transnasional, delay sekejap sepatutnya bertolak jam 3.30 pm tapi kemudiannya kami disuruh menuju platform 12 dan bas hanya bertolak jam 3.45 pm. Mengikut pekerja di kaunter tiket, duration hanya 2 jam menuju ke Melaka Sentral. Tapi awal-awal lagi kami suami isteri sudah menjangka tidak semestinya 2 jam kerana mood Chinese New Year sudah mula terasa. Dan faham-faham sajalah keadaan jalan raya petang nanti kan, tentunya mood balik kampung dan hari terakhir kebanyakan para pekerja sebelum mula bercuti. 
 
Selepas membeli tiket, masa yang ada itu kami gunakan untuk makan, solat di tingkat atas sebelum turun mencari platform.
 
Yang menariknya, kebetulan ada menteri memberi gift perayaan, kami pun ambil kesempatan beratur... dapatlah limau enam biji, angpau RM 10, bendera 2 pcs, kalendar dan badge 1 Malaysia. Di baju menteri itu tertulis WEE KA SIONG.
 



Sampai di kompleks Melaka Sentral pada jam 6.20 pm 08 Februari 2013. Menghampiri Melaka Sentral, dari dalam bas dapat dilihat sesak di kiri kanan jalan, dari semua arah.



Tambang bas Panorama RM 1.30 seorang. Kami turun dekat Menara Taming Sari. 
 
Cerita seterusnya saya sambung dekat MELAKA 3N4D 08 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI 2013 BAHAGIAN DUA

love,
monalizahrais