Assalamualaikum...
Kali terakhir saya update cerita di blog ini pada Januari 2019.
Sekarang bulan Julai 2019, melepasi pertengahan tahun sesudah Hari Raya Puasa kemudian kita akan melalui Hari Raya Haji…seterusnya hari-hari
mendatang. Cerita untuk entri ada banyak tapi entahlah apa yang disibukkan
sangat tu. ‘Tertulis’ di minda kemudian terbiar begitu saja, entah bila dapat
dipindahkan ke blog.
Malam ini saya cuba menulis cerita untuk simpanan di sini. Cuaca
siang tadi cerah, panas dan cuaca di hati tenang-tenang saja.
Memudahkan perjalanan cerita dan ‘refresh’ jari jemari yang dah
lama tak menaip guna keyboard laptop, kita gunakan poin penting kemudian cerita
sikit-sikit. Yang menaip mudah dan diharap yang membaca pun mudah faham dan
seronok membaca.
@ Teksi vs Grab @
Kadang-kadang rasa kasihan melihat pakcik teksi termenung
panjang menunggu penumpang. Ada di antara pakcik teksi yang saya kenal, siap
simpan kad dan seringkali mengguna khidmat teksinya terutama trip ke airport
setiap kali kami balik kampung halaman atau waktu kecemasan.
Tapi harga Grab jauh lebih murah dan selesa berbanding teksi,
malah kita boleh pilih nak kereta jenis Economy/Premium/Specialty (info
selebihnya boleh search dalam Grab). RM 65 adalah harga tetap KL ke KLIA/KLIA2
tidak termasuk bayaran tol.
Berbanding harga teksi, dulu saya akan standby awal-awal duit
dalam dompet paling kurang RM 150-RM 200 dari airport ke rumah di Klang atau
sebaliknya. Dan kena pula flight kita mendarat di airport waktu tengah malam,
cas teksi RM 100 ke atas, harga kawan-kawan pun kita hulur RM 100 juga.
Dan ada banyak kelebihan menaiki Grab. Tak perlu saya jelaskan
panjang-panjang, kebanyakan kita ada smartphone dan apa saja info boleh dicari
dengan mudah. Yang sedia ada akaun Grab lebih dari faham apa yang saya tuliskan
ini.
@ Sambung belajar @
Tiba-tiba satu petang mesej whatsapp saya berbunyi. Buka mesej…
adik bongsu saya bertanya tentang UPU. Saya sedia maklum proses memasuki pusat
pengajian tinggi ketika ini hampir 100% online. Sangat-sangat berbeza zaman
saya sambung belajar sekitar tahun 2000 – 2004. Manual sepenuhnya. Berbulan
menunggu keputusan. Telefon guna telefon rumah. Tunggu surat sampai rumah.
Tidak banyak maklumat yang dapat saya kongsikan dengan adik
saya…sudahnya saya menyuruh dia bertanya rakan-rakan sekelasnya yang terlebih
dahulu sambung belajar.
@ Member Card @
Kad oren fungsinya kumpul poin kemudian dapat tebus barang atau
dapat diskaun barang berdasarkan berapa banyak poin terkumpul.
Kemudian pihak pasaraya A (nama samaran), naiktaraf kad oren
kepada kad ungu yang banyak kelebihan berbanding kad oren. Kad oren dimansuhkan
dan pelanggan digalakkan tukar kad ungu. Antara kelebihan kad ungu ianya dapat
disambung terus dengan kad kredit atau kad debit yang kita ada. Selain itu poin
terus dapat dikumpul seperti biasa.
Kami request dekat staf kami nak yang biasa-biasa saja, setakat
kumpul poin macam kad oren sebelum ini. Kami tak mau sambung kad ungu dengan
kad bank kami.
@ Bank In @
Ada beberapa perkara yang tidak dapat kita elakkan. Akhirnya
kami “terpaksa” membuka akaun bank online. Kami sedia maklum melalui maybank2u
atau cimbklik banyak urusan kita menjadi mudah. Bayar bil, transfer duit, beli
tiket flight dan bermacam lagi kemudahan di hujung jari.
Mula-mula buka bank online, saya ‘tersasul’ sekejap ~ saya pergi
bank beratur di mesin ATM untuk bank in duit ke akaun emak saya. Kemudiannya
saya tersedar, kenapa tidak transfer saja duit tu, kan senang tak payah beratur
hahaha…
Kemudian saya teringat seorang ejen tiket yang setiap tahun kami
akan beli tiket flight dengannya, mungkin selepas ini kami akan beli tiket
flight sendiri…sebab dah ada bank online kan… pukul 3 pagi pun boleh beli
tiket, dapat check in awal dari rumah sebelum gerak ke airport. Sampai sana
hanya perlu print out boarding pass dan drop barang di kaunter.
@ Kahwin @
Bab ini semua orang sedia maklum. Dulu lain sekarang lain. Zaman
saya kahwin tahun 2008, tidak ada pelamin tunang, tiada hantaran dulang, tak
perlu fikir tukang gambar siapa, tiada baju tema. Semasa bertunang pihak kami
menetapkan wang hantaran di bawah RM 10,000. Pelamin emak saya buat sendiri.
Yang perlu dibawa semasa bakal suami saya meminang hanyalah cincin tunang dan
sedikit gulungan kain kuning sekadar memenuhi adat saja. Dan yang perlu dibawa
semasa hari nikah selain mas kahwin…perlu bawa cincin nikah, duit sagu hati
untuk tok kadi dan saksi. Itu saja.
Duit hantaran untuk majlis kahwin kami… diguna sepenuhnya untuk
makan minum tetamu dan bilik pengantin. Baju pengantin kami suami isteri kami
sewa sendiri guna duit kami. Mak andam saya sepupu sendiri, solek pengantin
stail dulu-dulu. Pertama kali saya cukur kening seumur hidup. Nak make up
sendiri tak reti buat. Tukang ambik gambar pengantin guna kamera dan telefon
bimbit kurang pintar. Tidak ada FB dan lain-lain media social. Hanya tahun 2010
barulah saya mula berFB.
Sekarang… saya ambil contoh terdekat adik sendiri yang kahwin masa
Hari Raya sudah Jun tahun ini. Beza memang berbeza. Hantaran 20K, bermula
meminang sudah ada pelamin tunang, hantaran dulang nikah, tukang gambar, MUA
(mak andam) sehingga hari nikah pun ada pelamin nikah, hantaran dulang nikah,
hari sanding ada pelamin sanding, MUA, tukang gambar, door gift, baju tema…dan
apa lagi? Yang biasa jalan-jalan di media social akan biasa melihat ada banyak
pakej perkahwinan lalu lalang di wall fb kita.
Zaman saya nikah 2008, mendengar hantaran 10 ribu itu sesuatu
yang sangat besar nilainya di kampung kami dan bakal menjadi bualan orang-orang
kampung. Kemudian sedikit demi sedikit hantaran itu bertambah perlahan-lahan
mencecah belas ribu ke puluh ribu.
Sekarang saya ada 2 orang adik yang masih bujang. Satu lelaki
dan satu perempuan. Untuk tahun-tahun seterusnya, entah berapa belas ribu atau
puluh ribu yang perlu dihantar untuk adik lelaki atau diterima oleh adik
perempuan kami. Saya yang sulung dan 5 orang adik saya sudah berkahwin.
Syukur semasa majlis kahwin saya tahun 2008 itu orang tua
saya setuju untuk hidangan makan minum kepada tetamu undangan – guna stail
hidangan buffet/stail katering. Asalnya emak nak buat stail kampung jenis
hidang bertalam. Memikirkan banyak ahli keluarga terdekat bekerja, ianya sangat
susah untuk direalisasikan. Semua sibuk dengan kerja masing-masing. Saya beli
dulang catering dari Klang kebetulan ada promosi harga murah. Bawa naik kapal
terbang ke Sabah.
Next, majlis kahwin adik-adik saya selepas itu kami masih kekal
stail buffet/katering. Juadah dimasak sendiri oleh orang kampung dan ahli
keluarga. Semangat rewang masih ada di kampung halaman kami walaupun bukan 100%
seperti zaman mak bapa kita.
Petang tadi semasa saya sedang print out dokumen di cyber cafe
(CC), ada seorang customer CC bertanyakan saya cara-cara mengisi borang nikah
online. Saya jawab saya tak tahu sebab tiada pengalaman. Zaman saya dulu
semuanya manual. Terus pergi jabatan agama. Dan isi borang. Kemudian customer
itu menjelaskan sekarang sudah wajib isi borang nikah online kemudian print out
borang dan hantar ke jabatan agama.
Usia saya 40 tahun pada tahun hadapan namun dalam hal teknologi
maklumat, gajet hampir setiap hari ada
benda baru… saya merasakan seperti seorang tua yang sedang berhadapan dengan
dunia baru teknologi yang kadang-kadang tak masuk akal…tapi realitinya wujud.
Tak terkejar kita dibuatnya. Ibarat seorang tua dan seorang cucu yang saling
berhadapan.
@ Kedai gajet vs kedai buku @
Awal tahun ini, saya dan suami pergi ke Plaza Low Yat, mencari
telefon pintar yang sesuai dengan bajet kami – anggaran RM500 sehingga di bawah
seribu ringgit. Terkejut sekejap melihat di celah-celah kedai gajet dalam Plaza
Low Yat… ada satu kedai buku terselit di situ. Rasa pelik pun ada. Jangkaan
saya kedai buka itu akan tutup akhirnya terkalah oleh kedai gajet yang sentiasa
ramai pengunjungnya.
Tahun 2000-2004 ketika saya masih bergelar pelajar Universiti
Malaya, waktu-waktu cuti saya sering habiskan masa dengan meluangkan masa
berjam-jam atau seharian di kedai buku MPH di Mid Valley. Saya memikirkan
dengan hanya tambang bas seringgit pulang balik stesen Universiti – Mid Valley…
saya dapat membaca percuma pelbagai buku di MPH.
Bermula harga buku di bawah 5
ringgit sehingga buku berharga ratusan ringgit.
Sekarang dengan hanya RM 50 sebulan keperluan internet saya,
saya dapat 7 GB + 90 GB percuma sebulan dengan hanya membaca di smartphone.
Rasa sedih ketika membaca berita, ada kedai buku terpaksa gulung tikar, ianya
tidak dapat dielakkan.
Ada sekali saya naik Grab pemandunya orang lama, dan ada surat
khabar di sebelahnya. Tiba-tiba juga saya rasa pelik atau ironi
mungkin? Entahlah.
E-book atau buku elektronik. Selain buku fizikal, kini telah
wujud eBook. Apa itu eBook? Google saja kawan, semua ada jawapannya, sama
seperti saya yang bertanya kepada ‘Pakcik Google’ apa itu eBook. Saya tak nak
ulas lebih-lebih sebabnya saya pun dalam proses mempelajari apa itu eBook. Kecuali
kalau saya dah ada pengalaman tentang eBook mungkin saya dapat berkongsi cerita
di sini.
@ Media Sosial @
Tiba-tiba satu hari melintas di dinding news feed fb saya… ada
hantaran berbentuk screenshot dari page yang agak terkenal di fb. Page LM (nama
samaran), tunjuk mesej seorang makcik yang menyuruh supaya namanya di ‘remove’
dari ‘group’. Page LM dengan lantangnya menegaskan mereka tidak pernah ‘add’
makcik tu dalam ‘group’ kerana page LM bukan ‘group’ tapi page LM adalah page.
Pengguna tegar media social tentu faham perbezaan antara Page
dan Group. Malangnya makcik ini menjadi bahan kecaman ahli-ahli page LM. Siap
kena ‘serang’ di fb nya.
Tiba-tiba saya teringat emak di kampung dan rasa bersyukur
sangat emak tidak ada akaun facebook. Tidak semua orang dapat melayan arus
media social, ombaknya sangat kuat membadai perasaan, kena hati kering beb.
Cerita ini siaran tertunda, sepatutnya bulan lepas kena simpan di sini. petang ini saya sudahkan cerita, terus upload di sini.
💚💚💚
🌸🌸🌸
🌸🌸🌸
love,
monalizahrais
Klang,
15 Ogos 2019,
Khamis